TENANG dalam kehijauan habitat yang dihadiahkan oleh manusia.
Begitulah ibaratnya santuari istimewa Taman Burung Kuala Lumpur (KL Bird Park) yang menyambut naluri ingin tahu pengunjung, khususnya yang gemar memerhatikan pelbagai spesies unggas.
Lensa kamera kali ini sempat merakam aksi comel dua ekor itik Mandarin yang berehat di sebalik rimbunan pokok, tanpa mempedulikan kehadiran manusia yang cuba mendekati.
Gambar ini dirakam oleh Ketua Pegawai Eksekutif Astro AWANI, Suhaimi Sulaiman, yang berkunjung ke taman unggas bertaraf dunia itu baru-baru ini.
* Jika anda berminat untuk berkongsi foto kegemaran anda, hantarkan di Twitter Astro AWANI @501 Awani atau di Facebook 501 Astro AWANI. Pastikan foto itu milik anda sendiri, dan jangan lupa sertakan nama serta lokasi foto diambil.
* Foto terpilih akan disiarkan pada hari Sabtu dan Ahad di platform Digital 501 AWANI.
Astro Awani
Sat Sep 22 2018

Itik Mandarin di KL Bird Park. - Astro AWANI/Suhaimi Sulaiman

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

#MataKantaAWANI: Kejiranan Alfama
Kawasan kejiranan di sekitar Alfama yang usang namun bergaya, menyimpan pelbagai kisah sejarah dan budaya masyarakat di kota Lisbon.

#MataKantaAWANI: Hamparan luas
Taman negara di kawasan pergunungan ini menjadi tarikan alam popular bagi sesiapa yang mengunjungi Dublin, Ireland.

FOTO PILIHAN AWANI: Pantai tersembunyi untuk sang penyu
Kedamaian suasana di salah satu pantai di pulau-pulau negeri Terengganu yang menjadi persinggahan penyu untuk bertelur.

FOTO PILIHAN AWANI: Santuari unggas
Pelbagai spesies burung menyambut kunjungan pengunjung di KL Bird Park di ibu negara.