BAGAIKAN poskad, suasana kejiranan Alfama yang usang namun chic ini dirakamkan dari dek tinjau Elevador de Santa Justa di tengah-tengah Lisbon, Portugal.

Menjadi kawasan paling tua dan bersejarah di ibu kota itu, petempatan ini tersusun padat di lereng bukit antara Istana St. George dan Sungai Tejo. Nama Alfama itu berasal dari perkataan Arab 'al-hamma', yang merujuk kepada air pancuran hangat atau tempat mandian.

Gambar ini adalah daripada editor Astro AWANI, Hamzah Hamid, yang juga penerbit dan hos program berita kembara, HamzTravels.

Episod Lisbon bakal bersiaran tidak lama lagi dalam pakej musim kedua HamzTravels, hanya di saluran 501 Astro AWANI.

Kejiranan Alfama, Lisbon, Portugal. - Astro AWANI/Hamzah Hamid


* Jika anda berminat untuk berkongsi foto kegemaran anda, hantarkan di Twitter Astro AWANI @501 Awani atau di Facebook 501 Astro AWANI. Pastikan foto itu milik anda sendiri, dan jangan lupa sertakan nama serta lokasi foto diambil.

* Foto terpilih akan disiarkan pada hari Sabtu dan Ahad di platform Digital 501 AWANI.