WASHINGTON: Kajian oleh Universiti Pittsburgh mendapati menghisap e-rokok berperisa pudina boleh menyebabkan fungsi paru-paru menjadi lebih lemah berbanding perisa tanpa mentol, lapor United Press International (UPI).
"Ramai orang terutama belia, tersilap menganggap bahawa vape selamat sedangkan campuran vape tanpa nikotin pun mengandungi sebatian yang berpotensi merosakkan paru-paru.
"Hanya kerana sesuatu bahan itu selamat untuk dimakan, tidak bermakna ia selamat untuk disedut," kata pengarang kanan Kambez Benam, profesor bersekutu di Bahagian Pulmonari, Alergi dan Perubatan Kritikal di Sekolah Perubatan Universiti Pittsburgh.
Dalam kajian itu, penyelidik menggunakan sistem robotik untuk meniru manusia menghisap vape dan pernafasan manusia.
"Robot vaping" dapat meniru suhu, kelembapan, isipadu sedutan dan tempoh perokok, sambil turut meniru corak pernafasan yang sihat dan berpenyakit sebagai tindak balas kepada tahap toksik paru-paru yang disebabkan oleh e-rokok.
Penyelidik mendapati cecair e-rokok yang mengandungi mentol menghasilkan lebih banyak zarah mikro toksik dalam paru-paru berbanding tanpa mentol.
Di samping itu, kajian itu menganalisis rekod pesakit yang mengesahkan perbezaan fungsi paru-paru antara e-rokok mentol dan bukan perokok mentol.
Antara 2.5 juta belia yang mengambil e-rokok pada 2022, perisa pudina dan mentol merupakan pilihan paling popular.
Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan AS terus menekan pengeluar rokok supaya menghentikan penggunaan mentol dalam produk tembakau mereka untuk menghalang orang ramai daripada menghisap vape dan mengelakkan kematian.
"Bertukar kepada e-rokok mungkin merupakan alternatif yang lebih baik dan selamat bagi seseorang yang cuba berhenti menghisap produk tembakau biasa, namun mereka perlu mengetahui tentang risiko e-rokok sebelum mencubanya," kata Benam.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 12 2023

Kajian oleh Universiti Pittsburgh mendapati menghisap e-rokok berperisa pudina boleh menyebabkan fungsi paru-paru menjadi lebih lemah berbanding perisa tanpa mentol. - Gambar hiasan

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kerajaan digesa segera haramkan penjualan vape di kedai serbaneka - Sivaraj
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan.

Pengharaman penuh industri vape di Malaysia bukan penyelesaian yang adil - Nanostix
Nanostix Innovations Sdn Bhd dalam satu kenyataan mahu kerajaan menekankan pertimbangan utama bagi memastikan pelaksanaan yang lebih seimbang.

Tindakan lebih tegas perlu untuk perangi vape, ketagihan dadah dalam kalangan pelajar - Lee
Peningkatan gejala vape dan kes ketagihan dadah dalam kalangan pelajar sekolah telah menimbulkan kebimbangan yang serius, sekali gus menuntut tindakan segera bagi melindungi generasi masa depan.

SPRM lakukan risikan bagi kesan sindiket penyeludupan vape yang lain
SPRM sedang giat menjalankan risikan bagi mengesan sekiranya terdapat sindiket lain yang melakukan penyeludupan rokok elektronik (vape).

Sindiket penyeludupan vape berkait rangkaian antarabangsa
Sindiket penyeludupan rokok elektronik (vape) yang tumpas baru-baru ini dipercayai mempunyai rangkaian antarabangsa untuk membuat pengikraran tidak benar bagi mengelirukan pihak berkuasa negara ini.

Enam pegawai terlibat sindiket seludup vape ditukarkan ke bahagian tidak kritikal
Enam pegawai JKDM yang ditahan selepas disyaki terlibat dalam sindiket penyeludupan dan pengelakan cukai melibatkan rokok elektronik (vape) baru-baru ini, telah ditukarkan ke bahagian tidak kritikal.

JKNJ rampas vape bernilai RM34,158 termasuk berbentuk permainan, makanan
JKNJ merampas 989 produk vape atau rokok elektronik bernilai RM34,158 termasuk produk vape berbentuk permainan serta makanan.

Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.

Johor kekal larang penjualan vape, tidak pernah keluar lesen sejak 2016
Tiada sebarang lesen penjualan vape atau rokok elektronik dikeluarkan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Johor.

Thailand kesan kes pertama penyakit berkaitan 'vape'
Akhbar Bangkok Post melaporkan, seorang lelaki dari Buri Ram telah dikesan menghidap penyakit Evali, atau kecederaan paru-paru berkaitan rokok elektronik atau 'vape'.