Ringkasan AI
- Meta dan Snap akan memperkenalkan kaca mata realiti terimbuh generasi baharu pada September 2024, dengan fokus pada teknologi terlebih dahulu sebelum penjualan kepada umum.
- Meta akan melancarkan kaca mata pintar "Orion" yang menawarkan pengalaman realiti terimbuh menyeluruh dan integrasi kecerdasan buatan Meta AI untuk memudahkan pengguna bertanyakan soalan dan menerima jawapan.
- Snap akan memperkenalkan kaca mata pintar generasi baharu mereka seminggu sebelum Meta, dengan integrasi teknologi baharu pada produk mereka yang sedia ada.
Pengenalan kaca mata pintar oleh kedua-dua syarikat teknologi ini dijangka memfokuskan penawaran teknologi terlebih dahulu, dan bukannya penjualan kepada umum dalam masa terdekat.
Pembangunan kaca mata Meta yang terbaharu bukan lagi rahsia, dan telah diperkatakan beberapa kali sebelum ini.
Dinamakan sebagai “Orion”, kaca mata pintar ini dijangka akan menjadi kaca mata pintar pertama di bawah Meta yang menawarkan pengalaman realiti terimbuh menyeluruh sepenuhnya.
Ia juga akan diintegrasikan bersama sokongan kecerdasan buatan Meta AI – sekali gus memudahkan pengguna bertanyakan pelbagai persoalan dan menerima jawapan melalui sokongan kecerdasan buatan generatif.
Selain Meta, syarikat di sebalik Snapchat turut dijangka perkenal kaca mata pintar generasi baharu mereka seminggu sebelum pengenalan oleh Meta.
Snap dijangka akan terus memperkenalkan integrasi teknologi baharu pada kaca mata pintar mereka yang sedia diperkenalkan sebelum ini.
Spectacles 2.0
Dengan perkembangan ini, semestinya produk kedua-dua pihak ini akan mencuri perhatian ramai dalam arena kaca mata pintar pada bulan September 2024 ini.
Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut, dan melihat bagaimanakah teknologi ini akan terus maju ke hadapan, dan mengubah kaedah interaksi kita bersama alam digital. -Amanz