Dalam kejadian kira-kira 2.18 pagi itu, anggota APM turut menggunakan tali dan batang obor bagi 'menewaskan' buaya tersebut.
Ketua APM Sandakan, Kapten Sulaman Salama berkata, sebelum itu pihaknya menerima panggilan kecemasan memaklumkan penduduk terlihat seekor buaya di bawah rumahnya yang berhampiran sungai.
Selepas itu, sepasukan anggota APM segera dihantar ke lokasi kejadian.
Sejurus tiba, operasi menangkap buaya segera dijalankan dengan mengunakan peralatan seperti tali, selimut dan batang obor.
Operasi turut dibantu penduduk kampung.
Hasilnya, buaya seberat 300 kilogram dan panjang lebih 3 meter itu berjaya ditangkap.
Haiwan liar berkenaan kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar untuk tindakan lanjut.