ZINEDINE ZIDANE mengakui dia berasa jengkel dengan kegagalan Real Madrid untuk menewaskan Getafe selepas terikat 0-0 dalam aksi LaLiga di Coliseum Alfonso Perez, awal pagi tadi.
Madrid melengkapkan tiga perlawanan di laman lawan tanpa kemenangan ketika gagal memecah kebuntuan jaringan ke atas skuad kendalian Jose Bordalas di mana Karim Benzema hampir menjadi penjaring pelawat.
Keputusan itu, bagaimanapun, dimanfaatkan Getafe untuk kekal di tangga keempat liga walaupun Sevilla membelasah Rayo Vallecano 5-0 dalam perlawanan lebih awal.
Ia bermakna, mereka masih kekal dalam kelompok kelayakan ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan dengan hanya berbaki empat perlawanan musim ini.
Madrid pula hampir pasti menamatkan musim di tempat ketiga dan sudah boleh menumpukan kepada musim depan, namun Zidane masih mengharapkan aksi menyerang yang lebih baik daripada pasukannya.
"Kami mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan gol dan kami tidak memanfaatkannya," katanya seperti yang dipetik AS.
"Kami agak jengkel dengan keputusan ini, kami sepatutnya memperoleh yang lebih baik.
"Pemain telah memaparkan aksi baik. Kami amat bagus ketika bertahan dan tidak mahu mengambil risiko.
"Kami hanya tidak menjaringkan gol untuk memenangi perlawanan ini.
"Kami agak marah kerana tidak memenangi perlawnan.
"Anda mahu melakukan perubahan (dari bangku simpanan) untuk memperbaiki keadaan.
"Mereka tidak mencipta sesuatu seperti yang saya harapkan. Itulah yang sedang berlaku.
"Perkara baik adalah tidak dibolosi. Perkara lain..."
Zidane memilih untuk terus menggunakan Keylor Navas di benteng terakhir walaupun Thibaut Courtois sudah kembali cergas sepenuhnya dan pemain kebangsaan Costa Rica itu memaparkan aksi menyelamat berganda dalam babak kedua untuk menafikan percubaan Jorge Molina dan Jaime Mata.
Bagaimanapun, Zidane tidak mendedahkan penjaga gol mana yang akan diturunkan untuk berdepan Rayo, hujung minggu ini.
"Kedua-duanya akan diaturkan jurulatih.
"Hari ini Keylor beraksi. Selepas ini, kita akan lihat nanti," tambahnya.
Astro Arena
Fri Apr 26 2019
![Zidane jengkel dengan prestasi Madrid Zidane jengkel dengan prestasi Madrid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://stadiumastro-kentico.s3.amazonaws.com/stadiumastro/media/sa-images/2019/april/25/karim-benzema.jpg?ext=.jpg)
Madrid melengkapkan tiga perlawanan di laman lawan tanpa kemenangan ketika gagal memecah kebuntuan jaringan ke atas skuad kendalian Jose Bordalas di mana Karim Benzema hampir menjadi penjaring pelawat.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Debaran dan kemeriahan Liga Super dirasai di Restoran Habib, Taman Mount Austin Debaran dan kemeriahan Liga Super dirasai di Restoran Habib, Taman Mount Austin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721124516_TBbizonewatchparty.jpg)
Debaran dan kemeriahan Liga Super dirasai di Restoran Habib, Taman Mount Austin
Pengunjung kelihatan lebih santai dan berpuas hati dengan siaran kandungan secara sah walaupun hanya ditonton di premis biasa.
![FCKL julang Piala Iber Barcelona 2024 FCKL julang Piala Iber Barcelona 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720785370_FCKLJulangPiala.jpg)
FCKL julang Piala Iber Barcelona 2024
Skuad FC Kuala Lumpur (FCKL) Bawah 14 Tahun (B-14) muncul juara Piala Iber Barcelona 2024 buat julung kalinya.
![Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks, tahan 39 wanita warga asing Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks, tahan 39 wanita warga asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720349985_TBmassage.jpg)
Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks, tahan 39 wanita warga asing
Polis menahan 39 wanita warga asing yang disyaki bekerja sebagai pekerja seks dan tukang urut dalam serbuan di 10 premis urut sekitar Lembah Klang, Jumaat lepas.
![Terima kasih Stadium Shah Alam - TMJ Terima kasih Stadium Shah Alam - TMJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720137688_tbStadiumShahAlam.jpg)
Terima kasih Stadium Shah Alam - TMJ
Rumah pasukan Selangor itu kini sedang dalam proses untuk dirobohkan selepas lebih empat tahun tidak digunakan.
![NSFC buka pusat fisioterapi kepada atlet, orang awam NSFC buka pusat fisioterapi kepada atlet, orang awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720043312_pusatfisioterapi.jpg)
NSFC buka pusat fisioterapi kepada atlet, orang awam
Pusat berkenaan menyediakan fasiliti terbaik kepada para pemain NSFC selain menjadi antara cabang perniagaan untuk kelab bola sepak itu.
![Sanusi terima kekalahan di padang, yakin menang PRK Sanusi terima kekalahan di padang, yakin menang PRK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719759401_MuhammadSanusiMdN.jpg)
Sanusi terima kekalahan di padang, yakin menang PRK
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menerima kekalahan pasukannya dalam perlawanan persahabatan bola sepak menentang pasukan pilihan Akmal Nasrullah.
![“Tuan-tuan dan puan-puan, saya persembahkan kepada anda ‘Tokong’ sebenar bola sepak Malaysia” - TMJ “Tuan-tuan dan puan-puan, saya persembahkan kepada anda ‘Tokong’ sebenar bola sepak Malaysia” - TMJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719506434_HRHCrownPrinceof.jpg)
“Tuan-tuan dan puan-puan, saya persembahkan kepada anda ‘Tokong’ sebenar bola sepak Malaysia” - TMJ
Menerusi status dimuat naik di Facebook rasmi Tunku Ismail, baginda turut mengimbau tindakan denda sebelum ini yang dikenakan terhadap beliau dan juga pasukannya, JDT.
![Selangor FC belum fail rayuan ke MFL, hanya akan buat rayuan terhadap keputusan baharu Selangor FC belum fail rayuan ke MFL, hanya akan buat rayuan terhadap keputusan baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719490820_selangorfc.jpg)
Selangor FC belum fail rayuan ke MFL, hanya akan buat rayuan terhadap keputusan baharu
The Red Giants hanya akan membuat rayuan terhadap keputusan yang telah dipertimbangkan semula oleh Ahli Lembaga Pengarah MFL.
![Polis tahan tiga lelaki disyaki terbabit judi bola sepak Euro 2024 Polis tahan tiga lelaki disyaki terbabit judi bola sepak Euro 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716563551_PolisLogoPolisP.jpg)
Polis tahan tiga lelaki disyaki terbabit judi bola sepak Euro 2024
Dua lelaki tempatan berusia 40 dan 44 tahun itu serta seorang warga asing berumur 34 ditahan di tiga lokasi sekitar Cheras.
![SUKMA 2024: Selangor buru 61 pingat emas, Negeri Sembilan sasar 20 emas SUKMA 2024: Selangor buru 61 pingat emas, Negeri Sembilan sasar 20 emas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81698828303_NajwanHalimi.jpg)
SUKMA 2024: Selangor buru 61 pingat emas, Negeri Sembilan sasar 20 emas
Selangor menyasarkan 61 pingat emas sementara kontinjen Negeri Sembilan optimis meraih lebih 20 pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 di Sarawak pada 17 hingga 24 Ogos depan.