Ketua jurulatih Perak, Azraai Khor Abdullah tetap tenang mempersiapkan pasukannya bagi pertemuan dengan Selangor dalam satu perlawanan Liga Super di Lumut, malam ini (Selasa).
Biarpun jentera serangan masih tumpul dan dihimpit masalah kecederaan serta penggantungan beberapa pemain utama, Azraai enggan panik dan tetap yakin dengan kemampuan anak-anak buahnya.
Antara pemain yang masih cedera adalah dua penyerang Yob, S.Chanturu dan tonggak import, Karim Rouni.
Lantas Azraai menimbang kemungkinan untuk mencuba gandingan baru.
Sabtu lalu, Perak dipaksa berhempas pulas sebelum melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas Negeri Sembilan di tempat lawan.
Azraai mengharapkan semangat juang para pemain akan kekal tinggi susulan kemenangan tersebut.
“Apa sekalipun, pasukan Perak tidak akan menyerah begitu sahaja, Kita akan lawan sampai ke saat-saat terakhir dan satu lagi petanda yang baik pasukan ialah kemunculan pemain-pemain muda daripada skuad Piala Presiden banyak membantu, terutamanya di Stadium Paroi tempoh hari,”kata Azraai.
Bekas pengendali Kedah dan Negeri Sembilan ini juga kemungkinan akan menurunkan Syazwan Roslan bagi memperkuatkan bahagian pertahanan.
Ia berikutan ketiadaan Hisyamuddin Shaari yang digantung perlawanan selepas menerima kad merah di Paroi.
Astro Awani
Mon Jan 21 2013


Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Akmal Rizal sanjung karier Azraai Khor
Allahyarham yang berusia 71 tahun sememangnya meninggalkan begitu banyak legasi sepanjang kariernya.

'Arwah pesan jangan ambil sebarang pingat kebesaran' - Balu Azraai Khor
Allahyarham Mohd Azraai Khor Abdullah, 72, pernah berpesan kepada isterinya agar tidak menerima sebarang pingat kebesaran yang dianugerahkan kepadanya selepas dia meninggal dunia kelak.

Anwar ucap takziah kepada keluarga Azraai Khor
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga legenda bola sepak negara Mohd Azraai Khor Abdullah yang disahkan meninggal dunia selepas diserang strok, hari ini.

Wajib dapat enam mata dua aksi pertama
Keputusan positif dalam dua perlawanan pertama amat penting bagi meningkatkan keyakinan dalam kalangan pemain.

Tiada naturalisasi, tiada masalah
Beliau tidak melihat kedua-dua pemain naturalisasi itu memberi impak kepada persembahan pasukan kebangsaan.

Situasi Lang Merah memalukan! - Azraai
Status pasukan Hijau Kuning itu selaku pasukan elit Liga Malaysia (Liga-M) tercemar gara-gara isu gaji tertunggak.

Jonathan McKain gagal menyerlah - Azraai
Pengendali Kelantan, Azraai Khor Abdullah menyifatkan pertukaran taktikal di babak kedua membolehkan pasukannya bangkit menyamakan kedudukan selepas ketinggalan, dalam aksi berdepan Sime Darby.

Perak yakin turunkan barisan terkuat
Pengendali Perak, Azraai Khor Abdullah yakin dapat menurunkan barisan terkuat menjelang pertemuan dengan Terengganu dalam perlawanan bola sepak Liga Super Jumaat ini.

Yob tenang bertemu Selangor di Lumut
Ketua jurulatih Perak, Azraai Khor Abdullah tetap tenang mempersiapkan pasukannya bagi pertemuan dengan Selangor di Lumut, malam ini.