KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga legenda bola sepak negara Mohd Azraai Khor Abdullah yang disahkan meninggal dunia selepas diserang strok, hari ini.
Beliau yang menyifatkan Allahyarham sebagai bekas pemain kebangsaan dan jurulatih disegani, berkata sudah pastinya jasa dan sumbangan Allahyarham kepada dunia bola sepak negara akan dikenang terutamanya buat penyokong Kedah apabila membawa pasukan itu muncul juara double treble pada 2007 dan 2008.
"Moga keluarga Allahyarham sabar dan tabah menempuh dugaan ini.
"Dititipkan doa agar Allah SWT menempatkan Allahyarham dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah," katanya dalam catatan terbaharunya menerusi Facebook miliknya hari ini.
BACA: Bekas jurulatih Kedah Azraai Khor meninggal dunia
Allahyarham yang nama asalnya Khor Sek Leng merupakan bekas pemain Kedah era 1970-an dan pernah menyarung jersi skuad kebangsaan dari 1975 hingga 1978.
Selain itu, Allahyarham juga berjaya membawa Kedah muncul juara 'double treble' pada 2007 dan 2008, selain pernah membimbing beberapa pasukan lain seperti Negeri Sembilan dan Perak serta menjadi ketua jurulatih skuad Harimau Muda pada 2010.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 08 2024
Allahyarham berjaya membawa Kedah muncul juara 'double treble' pada 2007 dan 2008. - Gambar/ FB Anwar Ibrahim
Perhilitan sahkan kehadiran harimau berhampiran kampung Orang Asli Sungai Choh
Perhilitan Perak turut menemui kesan tapak kaki haiwan pemangsa itu berdekatan lokasi kejadian serta kecederaan pada bahagian badan lembu.
Tsunami 20 Tahun: Pembangunan bakat kunci kebangkitan semula – Gabenor Aceh
Gabenor Aceh, Dr. Safrizal ZA berkata pembangunan bakat melalui pendidikan dan biasiswa merupakan kunci kepada kebangkitan semula Aceh pasca bencana tsunami pada 2004. Jelasnya, ribuan sarjana yang melengkapkan pengajian di dalam dan luar negara pulang ke Aceh untuk berbakti kepada usaha pembangunan kota berkenaan. #AgendaAWANI
Tsunami 20 tahun: ‘Sebelum bencana kami tidak kenal istilah tsunami’ - Mangsa
Mangsa Tsunami 2004 dan penduduk Desa Weu Raya Loknga, Lahmujdin Harun berkata sebelum bencana ngeri tsunami pada 2004 di Aceh, penduduk tidak kenal dengan istilah ‘tsunami’. Sebaliknya, generasi di kota berkenaan hanya mengenali bencana bah besar dengan nama ‘air bena’ yang tidak separah ombak yang melanda dua dekad lalu itu. #AgendaAWANI
Tsunami 20 tahun: Hikmah 59 mangsa berlindung dalam kapal atas rumah
Mangsa Tsunami 2004 dan penduduk Desa Lampulo, Nilawati berkata 59 mangsa tsunami yang berlindung dalam Kapal Ampung Lampulo semasa bencana tsunami di Aceh pada 2004 yang lalu meninggalkan hikmah yang sangat mendalam. Jelasnya, kebergantungan tidak berbelah bahagi kepada tuhan membuka rezeki diselamatkan daripada ombak dahsyat berkenaan. #AgendaAWANI
Dua ditemukan lemas ketika mandi di Papar
Seorang lagi mangsa iaitu kanak-kanak lelaki 12 tahun berjaya diselamatkan orang ramai dalam kejadian tersebut.
Tentera Israel ceroboh selatan Lubnan
Tentera Israel memasuki kawasan Wadi al-Hujeir sambil melepaskan tembakan menggunakan mesingan berkaliber besar.
10 Berita Pilihan - (26 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: Gempur Teknikal | Sebat di Khalayak Awam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight 26 Dec 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. MACC to focus on grand corruption, national asset recovery in 2025
2. Thousands mark 20 years since deadly tsunami
#AWANIEnglish #AWANINews
1. MACC to focus on grand corruption, national asset recovery in 2025
2. Thousands mark 20 years since deadly tsunami
#AWANIEnglish #AWANINews
AWANI Tonight: Thousands mark 20 years since deadly tsunami
Survivors and families of victims across countries gathered on Thursday to mark the 20th anniversary of the deadly tsunami that killed over 230,000 people.
Akmal Rizal sanjung karier Azraai Khor
Allahyarham yang berusia 71 tahun sememangnya meninggalkan begitu banyak legasi sepanjang kariernya.
'Arwah pesan jangan ambil sebarang pingat kebesaran' - Balu Azraai Khor
Allahyarham Mohd Azraai Khor Abdullah, 72, pernah berpesan kepada isterinya agar tidak menerima sebarang pingat kebesaran yang dianugerahkan kepadanya selepas dia meninggal dunia kelak.
Anwar ucap takziah kepada keluarga Azraai Khor
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga legenda bola sepak negara Mohd Azraai Khor Abdullah yang disahkan meninggal dunia selepas diserang strok, hari ini.
Wajib dapat enam mata dua aksi pertama
Keputusan positif dalam dua perlawanan pertama amat penting bagi meningkatkan keyakinan dalam kalangan pemain.
Tiada naturalisasi, tiada masalah
Beliau tidak melihat kedua-dua pemain naturalisasi itu memberi impak kepada persembahan pasukan kebangsaan.
Situasi Lang Merah memalukan! - Azraai
Status pasukan Hijau Kuning itu selaku pasukan elit Liga Malaysia (Liga-M) tercemar gara-gara isu gaji tertunggak.
Jonathan McKain gagal menyerlah - Azraai
Pengendali Kelantan, Azraai Khor Abdullah menyifatkan pertukaran taktikal di babak kedua membolehkan pasukannya bangkit menyamakan kedudukan selepas ketinggalan, dalam aksi berdepan Sime Darby.
Perak yakin turunkan barisan terkuat
Pengendali Perak, Azraai Khor Abdullah yakin dapat menurunkan barisan terkuat menjelang pertemuan dengan Terengganu dalam perlawanan bola sepak Liga Super Jumaat ini.
Yob tenang bertemu Selangor di Lumut
Ketua jurulatih Perak, Azraai Khor Abdullah tetap tenang mempersiapkan pasukannya bagi pertemuan dengan Selangor di Lumut, malam ini.