ALOR SETAR: Allahyarham Mohd Azraai Khor Abdullah, 72, pernah berpesan kepada isterinya agar tidak menerima sebarang pingat kebesaran yang dianugerahkan kepadanya selepas dia meninggal dunia kelak.
Isterinya, Rohani Ibrahim, 64, berkata, Allahyarham sering berpesan perkara itu kepadanya kerana bagi legenda jurulatih Hijau Kuning itu, jasa seseorang itu harus dikenang ketika hayatnya.
"Dia tidak menunjukkan sebarang perubahan dan itu sahaja yang sering dipesan kepada saya. Memang saya agak terkejut dengan pemergiannya ini sebab semuanya berlaku secara tiba-tiba.
"Bagaimanapun saya reda kerana dia pergi pada hari yang baik dan pada bulan Rejab yang baik," katanya ketika ditemui di pekarangan Kedah Medical Centre (KMC), di sini pada Khamis.
Menurutnya, suaminya itu kurang sihat sejak empat hari yang lalu selepas mengalami kesukaran untuk membuang air besar.
"Oleh sebab itu, perutnya semakin kembung dan menyusuk-nyucuk di bahagian kelilingnya. Saya dah bawa ke klinik dan doktor maklumkan tekanan darahnya agak tinggi mungkin disebabkan dia tak dapat tidur malam kerana menahan sakit," ujarnya.
Katanya, pada pagi Khamis selepas menyiapkan sarapan dan memberi Allahyarham memakan ubat dia keluar untuk mencari buah betik seperti diminta oleh suaminya itu.
"Kemudian semasa saya menyuapkan buah betik ke mulutnya, dia buang, suap air pun meleleh keluar semula.
"Saya mula rasa tidak sedap hati, disebabkan bimbang tengok keadaan suami, saya terus meminta anak untuk menghubungi ambulans," katanya.
Rohani berkata, ketika dalam ambulans, suaminya dilihat seperti terkena serangan strok selain nafas semakin laju.
“Sampai di hospital, doktor kata mereka akan cuba selamatkan arwah tetapi keadaannya ketika itu memang sudah kritikal dan minta kami bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan.
"Lama juga doktor cuba selamatkan arwah tetapi selepas itu kami dimaklumkan dia telah meninggal dunia kira-kira jam 12.05 tengah hari," katanya.
Katanya, dia agak terkilan kerana hasrat arwah untuk menghantar anak perempuan mereka menyambung pelajaran bulan hadapan tidak kesampaian.
"Allahyarham sangat teruja membuat persiapan keperluan untuk menghantar anak perempuan kami yang berusia 20 tahun yang ditawarkan pengajian di UiTM Segamat.
"Dia yang beli beg pakaian dan lain-lain kelengkapan, dia senang hati dan berbangga kerana anaknya dapat tawaran sambung belajar," katanya.
Dalam masa yang sama Rohani menambah, Allahyarham pernah menzahirkan rasa bangga menjadi anak jati Kedah dan minatnya terhadap sukan bola sepak tidak akan berakhir kerana sudah sebati dengan jiwanya.
"Ramai yang menghormatinya kerana dia tidak pernah sombong dengan sesiapa, walaupun sudah bersara, dia masih menyumbang idea, berkongsi pengalaman dengan sesiapa sahaja," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Feb 08 2024
Rohani berkata, Allahyarham Azraai (gambar kecil) sering berpesan supaya tidak menerima pingat kebesaran yang dianugerahkan selepas kematiannya. - Gambar/ Sinar Harian
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Akmal Rizal sanjung karier Azraai Khor
Allahyarham yang berusia 71 tahun sememangnya meninggalkan begitu banyak legasi sepanjang kariernya.
'Arwah pesan jangan ambil sebarang pingat kebesaran' - Balu Azraai Khor
Allahyarham Mohd Azraai Khor Abdullah, 72, pernah berpesan kepada isterinya agar tidak menerima sebarang pingat kebesaran yang dianugerahkan kepadanya selepas dia meninggal dunia kelak.
Anwar ucap takziah kepada keluarga Azraai Khor
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga legenda bola sepak negara Mohd Azraai Khor Abdullah yang disahkan meninggal dunia selepas diserang strok, hari ini.
Wajib dapat enam mata dua aksi pertama
Keputusan positif dalam dua perlawanan pertama amat penting bagi meningkatkan keyakinan dalam kalangan pemain.
Tiada naturalisasi, tiada masalah
Beliau tidak melihat kedua-dua pemain naturalisasi itu memberi impak kepada persembahan pasukan kebangsaan.
Situasi Lang Merah memalukan! - Azraai
Status pasukan Hijau Kuning itu selaku pasukan elit Liga Malaysia (Liga-M) tercemar gara-gara isu gaji tertunggak.
Jonathan McKain gagal menyerlah - Azraai
Pengendali Kelantan, Azraai Khor Abdullah menyifatkan pertukaran taktikal di babak kedua membolehkan pasukannya bangkit menyamakan kedudukan selepas ketinggalan, dalam aksi berdepan Sime Darby.
Perak yakin turunkan barisan terkuat
Pengendali Perak, Azraai Khor Abdullah yakin dapat menurunkan barisan terkuat menjelang pertemuan dengan Terengganu dalam perlawanan bola sepak Liga Super Jumaat ini.
Yob tenang bertemu Selangor di Lumut
Ketua jurulatih Perak, Azraai Khor Abdullah tetap tenang mempersiapkan pasukannya bagi pertemuan dengan Selangor di Lumut, malam ini.