Satu akaun khas diwujudkan untuk mengatur tajaan tajaan syarikat Vida Beauty Sdn Bhd kepada pasukan Liga Super The Red Warriors (TRW).
Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berkata, tajaan itu juga bukan hanya tertakluk kepada bayaran gaji pemain semata-mata.
"Ia melibatkan perancangan pemilik Vida Beauty Sdn Bhd Datuk Seri Dr Hasmiza Othman sendiri dalam pembangunan bola sepak di Kelantan.
"Datuk Seri ada idea untuk memperbaiki infrastruktur sukan yang kita tidak tahu berapa kosnya, setakat mana Datuk Seri hendak buat dan dalam itu ada elemen untuk menggalakkan bolak sepak akar umbi yang kita tidak tahu berapa kosnya.
"Kita terpaksa membuat satu jawatankuasa penganjuran bola sepak akar umbi. Datuk Seri juga ada idea untuk menjadikan Kelantan tuan rumah untuk menjemput pemain antarabangsa yang kita tidak tahu berapa jumlahnya," katanya semasa sidang media selepas majlis menandatangani kontrak perjanjian pasukan Liga Super Kelantan Musim 2016 di sini hari ini.
BACA: Datuk Seri Vida sah taja KAFA
BACA: Tajaan Vida Beauty beri nafas baharu pembangunan bola sepak Kelantan
BACA: KJ mahu lebih ramai Datuk Vida dalam sukan
Dalam pada itu kata Annuar, beberapa pemain import sedang dalam proses perundingan untuk menyertai pasukan Kelantan pada musim ini.
Jelasnya, keputusan pilihan pemain itu hanya akan dimaklumkan selepas 17 Januari.
"Semua pemain akan dimaklumkan kepada Datuk Seri Vida dan menjelang 22 Januari semua pemain akan lengkap termasuk empat pemain import yang akan diumumkan kelak," ujarnya.
Sebelum ini, Dr Hasmiza memperuntukkan nilai tajaan sehingga lapan angka untuk pasukan Kelantan.
Ahli perniagaan yang berasal dari Machang, Kelantan itu memberitahu beliau tidak ada masalah untuk mengeluarkan jumlah yang besar dan tampak begitu teruja serta bersemangat untuk memastikan pasukan negeri kelahirannya itu mampu memberi saingan.
Penajaan itu sekali gus bakal membawa perubahan warna Stadium Sultan Muhammad IV yang akan dicat dengan warna merah jambu selain tempat khas untuk penyokong wanita.
Wan Syamsul Amly
Fri Jan 15 2016

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa (kanan) bersama Pengasas Vida Beauty, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman memegang surat perjanjian penajaan pasukan bola sepak Kelantan di Medan Mara hari ini. - Foto Bernama
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

'Annuar boleh hidup dengan angan-angan' - Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.

Annuar sifatkan Pas konsisten dalam perjuangan, pilihan tepat pimpin ummah Malaysia
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa yakin PAS adalah pilihan yang tepat untuk memimpin ummah di Malaysia.

'MN Sabah tak dibubar, akan selesai isu 24 jam' - Annuar Musa
Annuar Musa menegaskan bahawa MN Sabah tidak dibubarkan dan ia berjalan seperti biasa dengan sokongan daripada timbalan dan naib pengerusi serta ahli jawatankuasa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.

Muafakat Nasional Sabah dibubar - Pengerusi
Kesemua 30 Ahli Jawatankuasa mengambil keputusan untuk keluar daripada Muafakat Nasional (MN) Sabah.

PRK Nenggiri: Ahmad Zahid sedia siasat dakwaan BN guna aset kerajaan
Ahmad Zahid sedia melakukan siasatan berhubung dakwaan bahawa jentera BN menggunakan aset kerajaan semasa berkempen bagi PRK Nenggiri.

Nazri Aziz sertai Muafakat Nasional
Ketua UMNO Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muafakat Nasional (MN).

Annuar Musa balas sindiran Ahmad Jazlan
Annuar membalas sindiran dilakukan Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang mendakwa dirinya umpama kemuncup di seluar dalam.

Jangan talkinkan TRW - Annuar Musa
Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, mengenangkan nasib yang menimpa bola sepak Kelantan, baru-baru ini.

Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon
"Memaksa diri untuk (dicalon atau bertanding) bukan cara saya."

Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi
Rafizi berkata, keutamaan dalam 2023 adalah menstabilkan harga barang dengan menurunkan inflasi kerana ia membolehkannya tidak terus melonjak naik sepertimana dialami kerajaan sebelum ini.