Kontinjen Wilayah Persekutuan masih yakin dapat mempertahankan kejuaraan keseluruhan Sukan Malaysia (Sukma) di sini, walaupun kini menduduki tempat ketiga dengan hanya berbaki tiga hari lagi sebelum temasya itu berakhir.
Pengarah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhammad Rafii berkata, kontinjen itu mampu mengulangi pencapaian edisi lalu di Perlis, untuk membawa pulang sekurang-kurangnya 55 pingat emas.
"Kita memang nak kekal juara, tetapi jika dapat kedudukan tiga teratas pun Alhamdulillah...sasaran kami kali ini sebenarnya 70 emas.
"Setakat ini semuanya masih mengikut perancangan. Sewaktu di Perlis, kami juga tidak mendapat sebarang pingat untuk tiga hari pertama sebelum bangkit mengejar," katanya ketika ditemui pemberita di Stadium Sarawak di sini, hari ini.
Di Perlis, kontinjen yang dikenali sebagai 'The Vipers' itu meraih 55 emas, 38 perak dan 49 gangsa berbanding Terengganu yang menjadi naib juara dengan 51 emas, 55 perak dan 31 gangsa, diikuti Sarawak 48-32-35.
Setakat pukul 3 petang ini, Wilayah Persekutuan berjaya meraih sebanyak 30 emas, 31 perak dan 30 gangsa manakala Selangor berada di kedudukan teratas dengan 44 emas, 54 perak dan 46 gangsa, diikuti tuan rumah dengan 42 emas, 25 perak dan 35 gangsa.
Mohd Razlan bagaimanapun yakin The Vipers mampu meraih lebih banyak pingat emas menerusi acara seperti angkat berat, badminton, bola sepak, boling padang, tenpin boling, golf, hoki lelaki dan wanita, memanah olahraga dan silat.
Bernama
Thu Jul 28 2016

Kontinjen Wilayah Persekutuan meraikan kejayaan atlet angkat berat Nur Atikah Mahamd Sobri yang beraksi cemerlang pada Sukma ke-18 di Dewan Jubli UiTM Kota Samarahan semalam. - fotoBERNAMA
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

SUKMA 2024: Wilayah Persekutuan dominasi ping pong
Wilayah Persekutuan membuktikan kuasa dominan dalam sukan ping pong apabila menamatkan saingan Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 dengan meraih empat daripada keseluruhan enam pingat emas dipertandingkan.

Sarawak juara keseluruhan SUKMA 2024
Kejayaan ini merupakan kali keempat selepas muncul juara edisi 1990, 1992 dan 1994 dengan mengumpul keseluruhan 76 pingat emas, 55 perak dan 70 gangsa.

Larian baton SUKMA 2024 berakhir di Kuching
Larian itu sebelum ini melalui Limbang, Miri, Bintulu, Mukah, Sibu, Kapit, Sarikei, Betong, Sri Aman, Serian dan Samarahan.

Syarat penyertaan minimum SUKMA dikaji semula - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negara (MSN) akan mengkaji semula syarat penyertaan minimum bagi acara yang dipertandingkan di temasya Sukan Malaysia (SUKMA).

SUKMA: Sarawak hantar 1,000 atlet, tanding semua jenis sukan
Kontinjen tuan rumah, Sarawak akan menurunkan kira-kira 1,000 atlet untuk mengambil bahagian dalam kesemua 37 jenis sukan yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21.

Sarawak dipilih secara rasmi tuan rumah Sukma 2024, giliran Kelantan 2028
Sarawak secara rasmi dipilih sebagai tuan rumah temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2024 sekali gus bakal menganjurkan temasya sukan terbesar negara itu buat kali ketiga.

Atlet bukan kelapa yang diperah santan, dibuang hampasnya - Penganalisis
Mengambil contoh selebriti, Mohd Sadek berkata, golongan itu dilihat lebih disanjung dan terbela berbanding ahli-ahli sukan.

Sukma sepatutnya sifar kes doping - Penganalisis sukan
Semua pihak terlibat perlu memandang serius perkara itu dan Sukma sepatutnya 'zero doping case'.

Sukma: Johor tunggu masa disahkan selaku juara keseluruhan
Kontinjen Johor kian hampir disahkan sebagai juara keseluruhan selepas unggul di tangga teratas kedudukan pingat dengan 69 emas, 39 perak dan 39 gangsa.

Jadikan Sukma ke-20 arena buktikan kejaguhan atlet - PM
Perdana Menteri berkata para atlet juga perlu menerapkan semangat untuk meneruskan rentetan kejayaan yang telah dilakar atlet negara di peringkat antarabangsa sebelum ini.