BANGI: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru warga sukan agar bangkit dan menjadikan pentas Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 Majlis Sukan Negara (MSN) 2022 sebagai arena membuktikan kejaguhan atlet negara serta terus mencetus kehebatan di peringkat antarabangsa.
Beliau berkata para atlet juga perlu menerapkan semangat untuk meneruskan rentetan kejayaan yang telah dilakar atlet negara di peringkat antarabangsa sebelum ini.
"Kontinjen negara berjaya melepasi sasaran pingat sebanyak 39 emas, 45 perak dan 90 gangsa di Sukan SEA di Hanoi, Vietnam pada Mei lepas diikuti pencapaian membanggakan kontinjen Malaysia di Sukan Komanwel di Birmingham, England dengan tujuh emas, lapan perak dan lapan gangsa pada Julai.
"Lebih membanggakan, kita kini memiliki juara dunia dalam sukan badminton selepas penantian sejak sekian lama. Kejayaan Aaron Chia dan Soh Wooi Yik membuktikan Keluarga Malaysia mampu menakluki persada dunia," katanya.
Ismail Sabri berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian pembukaan Sukma ke-20 MSN 2022 yang berlangsung di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia di sini malam ini.
Beliau bagaimanapun mengingatkan warga sukan Keluarga Malaysia agar tidak leka dan berpuas hati dengan setiap kejayaan kerana masih banyak halangan perlu diharungi untuk meneruskan kegemilangan yang sudah dilakar.
"Bangkitlah warga sukan negara. Jadikan pentas temasya Sukan Malaysia kali ini sebagai arena membuktikan kejaguhan supaya yang terbaik diangkat membawa cabaran negara, dengan pentas Sukan SEA di Kemboja tahun hadapan sebagai aturan langkah pertama mencetus kehebatan di peringkat tertinggi.
"Cerita kehebatan sebegitu mahu kita teruskan kerana menanti tahun hadapan juga adalah temasya Sukan Asia di Hangzhou, China sebagai platform persiapan terbaik untuk mengejar impian dan emas sulung pada temasya Sukan Olimpik di Paris pada 2024 nanti," katanya.
Perdana Menteri turut memberi jaminan akan terus meningkatkan kerancakan arena sukan negara melalui pelbagai program serta penyediaan peruntukan dan menyeru semua atlet agar memberi tumpuan sepenuhnya kepada bidang masing-masing untuk mengharumkan nama negara.
"Sokongan padu kepada Program Podium untuk merealisasikan kilauan emas Olimpik itu sudah ditunaikan dengan peruntukan kewangan berjumlah RM240 juta menerusi Rancangan Malaysia Ke-12," katanya.
Ismail Sabri juga berkata kerajaan sentiasa menyokong semua usaha serta inisiatif untuk menganjurkan lebih banyak kejohanan dan pertandingan sukan yang menyediakan platform kompetitif bertaraf tinggi kepada atlet negara.
"Itulah komitmen kerajaan kepada arena sukan negara dan saya menyeru semua pihak, bermula dengan atlet-atlet muda yang bersaing di temasya Sukan Malaysia kali ini, untuk memanfaatkan setiap peluang yang menanti demi kemajuan sukan negara," katanya.
Perdana Menteri turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan negeri dan persatuan sukan di semua peringkat atas usaha mereka memupuk serta mencambahkan perpaduan menerusi semangat kesukanan.
"Kita ketepikan sebarang perbezaan, tidak kira apa sekalipun untuk bersatu hati meletakkan kejayaan bersama sebagai tonggak kepada Keluarga Malaysia," katanya.
Sukma ke-20 MSN 2022 yang dijadual berlangsung dari 16 hingga 24 Sept ini menyaksikan 15 kontinjen termasuk Brunei mengambil bahagian dengan 426 acara dipertandingkan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 17 2022

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merasmikan Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) hari ini. - Foto BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

ISN ibarat jantung sukan negara - Atlet
Atlet turut berasakan teknologi yang sentiasa berkembang di ISN banyak membantu perjalanan karier mereka.

Kualiti dipertikai, atlet pulang semula pingat Sukan Olimpik Paris 2024
IOC mengesahkan bahawa pingat yang rosak akan digantikan secara sistematik oleh Monnaie de Paris.

Hannah gesa atlet elak jalan singkat 'kejar' kekayaan
Katanya, kemenangan dalam sukan harus dicapai dengan bermaruah dan integriti agar kejayaan yang dikecapi dapat dibanggakan dan dihormati.

KBS pertimbang perkenalkan kod tatakelakuan bagi atlet
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mempertimbangkan untuk memperkenalkan kod tatakelakuan bagi atlet pada masa depan.

Penglibatan sebagai penganjur Sukan SEA 2027 mampu naikkan imej Sarawak
Belanja besar itu berbaloi kerana Kerajaan Persekutuan yakin dengan kemampuan Sarawak selepas kejayaan menganjurkan SUKMA dan Para SUKMA.

Woodball: Amsyar Sirhan impikan berada lima teratas bagi kategori terbuka lelaki
Beliau optimis dengan sasaran tersebut berdasarkan kemahiran bermain sukan itu sejak berusia 12 tahun lagi.

Nicol David dilantik sebagai duta pendidikan ITA
Katanya, beliau mempunyai tanggungjawab besar untuk menjadi suri teladan kepada atlet muda di Malaysia dan seluruh dunia.

UiTM juara keseluruhan SUKIPT 2024
UiTM mengetepikan juara bertahan dua tahun lalu, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang mengumpul 38 emas, 19 perak dan 21 gangsa.

Sukan Paralimpik: Misi lengkapkan 10 emas bermula esok
Bermula esok, obor perjuangan kontinjen negara akan terus dinyalakan pada Sukan Paralimpik Paris 2024.

Tiada istilah lindungi penjenayah - PM Anwar
Anwar tegaskan setiap tindakan harus diambil berdasarkan bukti serta fakta, dan bukan mengikut persepsi semata-mata.