KUALA LUMPUR: Penggunaan Gimnasium 2, Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil sebagai venue pertandingan wushu bagi Sukan Malaysia (Sukma) bermula 16 hingga 24 Sept ini dilihat kurang sesuai dan mempunyai beberapa kekangan.
Presiden Persekutuan Wushu Malaysia (WFM) Datuk Chong Kim Fatt berkata ia kerana venue itu yang merupakan tempat latihan skuad kebangsaan tidak mempunyai ruang cukup besar untuk penganjuran pertandingan, lebih-lebih lagi jika melibatkan penonton.
"Untuk menganjurkan pertandingan, kita akan hadapi masalah teknikal, seperti perlukan bilik mesyuarat, teknikal, rehat dan tempat duduk penonton. Pada pendapat saya, bagi peringkat profesional, tempat ini adalah untuk latihan, bukan untuk pertandingan.
"Tetapi memandangkan Sukma kali ini berbeza dan dianjur selepas pandemik COVID-19, kita bersikap positif dan gembira kerajaan tetap menganjurkan temasya ini walaupun berdepan pelbagai kesulitan," katanya ketika ditemui pada sesi pemilihan untuk Kejohanan Dunia Remaja di venue berkenaan.
Beliau berjanji bahawa pihak WFM akan bekerjasama dengan MSN selaku penganjur edisi ke-20 Sukma, untuk menjayakan temasya tersebut.
Sementara itu, Chong berkata WFM juga telah mula mengorak langkah untuk melahirkan pemenang pingat di Sukan Olimpik Remaja (YOG) 2026 di Dakar, Senegal apabila empat acara wushu bakal dipertandingkan buat julung kali pada temasya itu.
Beliau berkata pemilihan semalam yang disertai 44 atlet dari sembilan negeri bagi disiplin taolu dan sembilan atlet mewakili tiga negeri bagi sanda turut digunakan sebagai medan mengenal pasti atlet muda untuk YOG.
"Ia bagaikan satu impian tercapai apabila wushu dimasukkan dalam YOG dan mungkin dalam Sukan Olimpik tak lama lagi.
"Hari ini, kami dapat mengumpulkan atlet seawal usia 9 tahun, yang bukan hanya mewakili negara ke Kejohanan Remaja Dunia, tetapi juga ke YOG dan bakal menyertai skuad pelapis kebangsaan.
"Kami berharap atlet yang bakal dipilih dapat membawa pulang pingat, kalau boleh emas dari YOG dan Kejohanan Remaja Dunia, yang secara tradisinya kita akan mencapai keputusan yang membanggakan, jadi kita yakin dengan atlet kita untuk pulang dengan kejayaan," katanya.
Beliau berkata seramai 12 atlet (enam lelaki, enam wanita) akan dipilih untuk menyertai Kejohanan Remaja Dunia bermula 2-10 Dis ini di Tangerang, Indonesia.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 27 2022

CHONG: Pada pendapat saya, bagi peringkat profesional, tempat ini adalah untuk latihan, bukan untuk pertandingan. - Gambar fail/BERNAMA
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Sukan wushu, karate sah dipertanding di Sukan SEA Thailand - Kim Fatt
Dua sukan tempur yang merupakan lubuk emas negara, wushu dan karate sah akan dipertandingkan di Sukan SEA Thailand 2025, kata Presiden Persekutuan Wushu Malaysia (PWM) Datuk Chong Kim Fatt.

Lapan atlet negara layak ke Piala Dunia Wushu 2024
Lapan atlet negara yang berentap di Kejohanan Wushu Dunia 2023 minggu lepas layak untuk membawa cabaran negara ke Piala Dunia Wushu 2024 di Jepun, Nov depan.

Isu Zii Jia, media selesai - CDM
Isu membabitkan pemain perseorangan lelaki utama negara Lee Zii Jia dan media yang membuat liputan Sukan Asia Hangzhou 2022 telah diselesaikan dengan cara baik.

Kim Fatt menang jawatan Naib Presiden Wushu Asia tanpa bertanding
Kim Fatt memenangi jawatan itu tanpa bertanding bagi penggal 2023-2026 pada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif WFA ke-53 semalam.

Kontinjen Malaysia diberi sambutan tradisional di Hangzhou
Sukan Asia ke-19 bakal menjadi tuan rumah kepada kira-kira 12,000 atlet dari 45 negara yang akan menyertai 481 acara daripada 40 sukan.

Sukan Asia: Malaysia ambil langkah selamat, sasar 27 pingat
Pendekatan baharu diambil dengan hanya mengumumkan sasaran sejumlah 27 pingat menerusi 13 jenis sukan tanpa menamakan sasaran emas.

Kontinjen Sukan Asia dinasihat kurangkan penggunaan media sosial, jaga kesihatan mental
Katanya, menjelang dua minggu terakhir sebelum temasya berkenaan membuka tirai, para atlet harus fokus sepenuhnya dalam latihan.

Skuad wushu berguru di China, cari strategi raih pingat Sukan Asia
Ia bagi memastikan atlet negara 100 peratus bersedia untuk temasya yang akan berlangsung dari 23 Sept hingga 8 Okt ini.

Penerbangan kelas pertama bagi pemenang emas Sukan Asia Hangzhou 2022
Ia antara insentif sedang diusahakan oleh MOM sebagai menghargai kejayaan atlet negara.

Sukan Asia Hangzhou 2022 ikut jadual
Chong berkata, tuan rumah, China sudah bersedia untuk menganjurkan temasya sukan terbesar di Asia itu.