HANGZHOU: Kontinjen Malaysia pada Jumaat diraikan dalam upacara khas, Majlis Sambutan Ketibaan Kontinjen di Perkampungan Atlet di sini menjelang Sukan Asia Hangzhou 2022 yang dijadual membuka tirai secara rasmi esok.
Dalam majlis itu, delegasi Malaysia diketuai Ketua Kontinjen (CDM) Datuk Chong Kim Fatt bersama dua timbalannya - Datuk Mohamad Iruan Zulkefli dan Prof Madya Dr Farrah Hani Imran serta pasukan e-sukan dan ahli sekretariat daripada Majlis Olimpik Malaysia (MOM).
Hujan renyai-renyai tidak menghalang tumpuan peserta kepada fokus utama acara itu yang menampilkan persembahan kebudayaan Cina seperti tarian singa, gendang, wushu dan tarian tradisional Hangzhou.
Ia diikuti ucapan alu-aluan daripada Datuk Bandar Perkampungan Sukan Asia Hangzhou, Lu Chunqiang.
Majlis itu turut menyaksikan Jalur Gemilang berkibar megah ketika lagu Negaraku dimainkan.
Turut menyertai kontinjen Malaysia pada majlis sambutan itu ialah Macau, Arab Saudi, Timor Leste, Turkmenistan dan Vietnam.
"Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penganjur untuk upacara ini, walaupun hari ini hujan tetapi hujan tidak boleh membasahkan hati kami, hati kami memang membara (untuk bertanding).
"Upacara ini (juga) betul-betul menterjemahkan slogan rasmi Heart to Heart, @Future," kata Kim Fatt ketika ditemui pemberita selepas upacara itu.
Sementara itu, jurulatih kebangsaan skuad League of Legends (LOL) Eric Sze Pin Sia berkata: "Saya sangat gembira melihat banyak negara 'bersatu' di sini dan saya sebenarnya sangat teruja dengan cara mereka (tuan rumah) menguruskan segala-galanya untuk Sukan Asia".
Sukan Asia ke-19 bakal menjadi tuan rumah kepada kira-kira 12,000 atlet dari 45 negara yang akan menyertai 481 acara daripada 40 sukan.
Malaysia diwakili 289 atlet yang akan bersaing dalam 22 sukan dengan menyasarkan 27 pingat.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 22 2023

Kontinjen Malaysia ketika hadir pada Majlis Sambutan Ketibaan Kontinjen untuk Sukan Asia 2022 di Hangzhou, 22 Sept 2023. --fotoBERNAMA

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Malaysia jumpa dua gergasi hoki dalam kelayakan Olimpik di Oman
Skuad hoki negara bakal berdepan cabaran Great Britain, Pakistan dan China dalam peringkat kumpulan kelayakan ke Sukan Olimpik Paris di Oman.

Kejayaan 32 pingat Sukan Asia Hangzhou tutup mulut pengkritik sukan negara
Kejayaan itu hasil perancangan rapi pemegang taruh utama iaitu Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK), MSN, MOM dan Institut Sukan Negara (ISN).

Peruntukan dana lebih besar untuk majukan sukan - Kim Fatt
Chong menyifatkan faktor kewangan mempunyai peranan besar dalam kemajuan sukan seperti yang dilakukan kuasa besar

'Kalau ada peluang boleh cuba' - Sharul Aimy terbuka terima tawaran berlakon
Menurut Sharul, kejayaan ini sekali gus menebus kehampaannya di beberapa siri temasya sukan sebelum ini.

Sukan Asia Hangzhou: Cabaran Sureeya berakhir di pusingan 16
Perjalanan pemenang pingat emas acara kumite 60 kilogram Sukan SEA Phnom Penh berakhir di pusingan 16 terbaik.

Sukan Asia Hangzhou: Hannah Yeoh ucap tahniah kontinjen negara lepasi sasaran pingat
Kontinjen negara menghimpunkan 28 pingat setakat ini, sekali gus melepasi sasaran yang ditetapkan sebelum temasya edisi ke-19 itu.

Air mata Lovelly gugur terkenang mendiang ibu selepas menang perak
Atlet berusia 19 tahun berasal dari Penampang, Sabah itu sebak dan terus mengalirkan air mata apabila menyebut mengenai mendiang ibunya.

Sukan Asia: Sasaran tercapai, perjuangan diteruskan buru pingat bonus
Cabaran negara di Sukan Asia, akan diteruskan dalam ekuestrian, badminton, jiu-jutsu, sepak takraw, gimrama dan karate hari ini.

Badminton Sukan Asia Hangzhou: Juara dunia singkir beregu campuran negara di suku akhir
Wakil negara turun beraksi memburu slot ke separuh akhir, namun juara dunia 2023 menjadi benteng besar dalam perlawanan hari ini.

Zii Jia 'jinakkan' juara dunia, mara ke suku akhir
Perseorangan lelaki utama negara Lee Zii Jia mara ke suku akhir selepas menundukkan juara dunia Kunlavut Vitidsan di pusingan ketiga acara badminton Sukan Asia Hangzhou 2022 di Gimnasium Binjiang.