HANGZHOU: Pencapaian kontinjen negara di Sukan Asia Hangzhou 2022 memberi gambaran bahawa peruntukan dana lebih besar diperlukan untuk memacu industri sukan tanah air ke tahap terbaik.
Ketua kontinjen negara ke Sukan Asia Hangzhou, Datuk Chong Kim Fatt menyifatkan faktor kewangan mempunyai peranan besar dalam kemajuan sukan seperti yang dilakukan kuasa besar antaranya juara keseluruhan China, Jepun, Korea Selatan dan India.
Beliau, yang juga Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Presiden Persekutuan Wushu Malaysia (WFM), berkata perkara itu telah disuarakan kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menjelang pembentangan Belanjawan 2024 pada 13 Okt ini.
"Memang kita perlukan lebih geran untuk majukan sukan di Malaysia," katanya pada sidang media rumusan prestasi kontinjen negara di Sukan Asia ke-19, di sini, pada Ahad.
Pada masa sama, Kim Fatt berpuas hati dengan prestasi kontinjen negara yang berjaya melepasi sasaran 27 pingat selepas mengumpul keseluruhan 32 dengan pecahan enam emas, lapan perak dan 18 gangsa.
Katanya, Malaysia mempunyai potensi menuai lebih banyak pingat dan menambah kutipan emas sekiranya jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang turut bersama kontinjen.
Namun, beliau berkata disebabkan jumlah atlet seramai 288 tidak sebesar kontinjen ke Jakarta-Palembang 2018 kira-kira 400 atlet, nisbah atlet setiap pingat bertambah baik dengan satu pingat untuk sembilan atlet.
Azizulhasni, yang juga pemenang emas dalam acara pecut individu lelaki pada edisi 2018 di Jakarta-Palembang, Indonesia, terpaksa menarik diri susulan kecederaan yang dialami sewaktu sesi latihan di Velodrom Nasional di Nilai.
Sementara itu, Pengarah Bahagian Atlet, Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri Ngadirin, berkata pada edisi kali ini Malaysia kehilangan 12 pingat akibat sukan tenpin boling dan pencak silat tidak dipertandingkan, selain ketiadaan Azizulhasni menambah resah mengenai pungutan pingat.
"Tetapi kontinjen kita telah buktikan bahawa tanpa boling, pencak silat dan Azizulhasni, mereka masih lagi berjaya membawa pulang 32 pingat keseluruhan termasuk enam emas, kurang satu emas berbanding edisi 2018," katanya.
Pungutan keseluruhan 32 pingat termasuk enam emas, menyaksikan Malaysia menamatkan saingan di kedudukan ke-14 dan ketiga terbaik dalam kalangan negara Asia Tenggara di belakang Thailand yang meraih 12 emas, 14 perak dan 32 gangsa diikuti Indonesia dengan 7-11-18.
Juara bertahan China mengekalkan dominasi selaku kuasa besar Sukan Asia sejak edisi 1982 di New Delhi, India apabila mengumpul 201-111-71 diikuti Jepun (52-67-69) dan Korea Selatan ketiga dengan 42-59-89.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 08 2023

Pada masa sama, Kim Fatt berpuas hati dengan prestasi kontinjen negara yang berjaya melepasi sasaran 27 pingat. - Gambar fail/Bernama
Peter Anthony kekal dipenjara tiga tahun, denda RM50,000
Bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony hari ini kekal dipenjara tiga tahun serta didenda RM50,000 kerana memalsukan dokumen berhubung kontrak kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan di Universiti Malaysia Sabah (UMS), 11 tahun lepas.
PM beri teguran agar tidak sentuh isu 3R
Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah memberitahu bahawa Perdana Menteri menegaskan tindakan atau pertuturan yang menyentuh isu 3R hanya akan mengugat keharmonian negara.
RM22.28 juta disedia bangunkan infrastruktur jelapang padi di Sabah
Sebanyak RM22.28 juta diperuntukkan bagi pembangunan infrastruktur di kawasan jelapang padi di Sabah pada tahun ini.
RM51.5 juta diperuntuk kurangkan risiko banjir di Sarawak - Fadillah
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menyenaraikan dua projek melibatkan kos RM51.5 juta di bawah Rolling Plan Pertama (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) sebagai langkah mengurangkan banjir di Sarawak.

PM arah pemantauan harga makanan di Bazar Ramadan
Perdana Menteri sendiri akan melawat beberapa Bazar Ramadan bagi melihat sendiri harga dan kualiti makanan secara langsung.

Pakej 2 Jalan Pintasan dijangka siap 2026
Projek bernilai RM851.04 juta ini akan mengurangkan masa perjalanan dari Bandar Baru Ayer Itam ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu daripada 40 minit kepada 10 minit.

AirBorneo akan muktamad penjenamaan, adakan pertandingan cipta logo
AirBorneo, syarikat penerbangan milik negeri Sarawak sedang memuktamadkan penjenamaannya, termasuk mengadakan pertandingan mencipta logo yang akan dibuka kepada orang ramai.

Rompakan kedai emas: Polis teliti rakaman CCTV, empat saksi beri keterangan setakat ini
Tiga lelaki disyaki terlibat dalam rompakan tersebut, dengan dua memasuki premis dan seorang menunggu dalam kereta.

China kenakan tarif tambahan ke atas beberapa produk import dari AS
China akan mengenakan tarif tambahan ke atas beberapa produk yang diimport dari Amerika Syarikat (AS) berkuat kuasa 10 Mac, menurut Suruhanjaya Tarif Kastam Majlis Negeri pada Selasa, lapor Xinhua.

Presiden Abbas tiba di Kaherah untuk Sidang Kemuncak Tergempar Arab
Presiden Palestin Mahmoud Abbas tiba di Kaherah pada Isnin malam bagi menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar Arab, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

Malaysia jumpa dua gergasi hoki dalam kelayakan Olimpik di Oman
Skuad hoki negara bakal berdepan cabaran Great Britain, Pakistan dan China dalam peringkat kumpulan kelayakan ke Sukan Olimpik Paris di Oman.

Kejayaan 32 pingat Sukan Asia Hangzhou tutup mulut pengkritik sukan negara
Kejayaan itu hasil perancangan rapi pemegang taruh utama iaitu Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK), MSN, MOM dan Institut Sukan Negara (ISN).

Peruntukan dana lebih besar untuk majukan sukan - Kim Fatt
Chong menyifatkan faktor kewangan mempunyai peranan besar dalam kemajuan sukan seperti yang dilakukan kuasa besar

'Kalau ada peluang boleh cuba' - Sharul Aimy terbuka terima tawaran berlakon
Menurut Sharul, kejayaan ini sekali gus menebus kehampaannya di beberapa siri temasya sukan sebelum ini.

Sukan Asia Hangzhou: Cabaran Sureeya berakhir di pusingan 16
Perjalanan pemenang pingat emas acara kumite 60 kilogram Sukan SEA Phnom Penh berakhir di pusingan 16 terbaik.

Sukan Asia Hangzhou: Hannah Yeoh ucap tahniah kontinjen negara lepasi sasaran pingat
Kontinjen negara menghimpunkan 28 pingat setakat ini, sekali gus melepasi sasaran yang ditetapkan sebelum temasya edisi ke-19 itu.

Air mata Lovelly gugur terkenang mendiang ibu selepas menang perak
Atlet berusia 19 tahun berasal dari Penampang, Sabah itu sebak dan terus mengalirkan air mata apabila menyebut mengenai mendiang ibunya.

Sukan Asia: Sasaran tercapai, perjuangan diteruskan buru pingat bonus
Cabaran negara di Sukan Asia, akan diteruskan dalam ekuestrian, badminton, jiu-jutsu, sepak takraw, gimrama dan karate hari ini.

Badminton Sukan Asia Hangzhou: Juara dunia singkir beregu campuran negara di suku akhir
Wakil negara turun beraksi memburu slot ke separuh akhir, namun juara dunia 2023 menjadi benteng besar dalam perlawanan hari ini.

Zii Jia 'jinakkan' juara dunia, mara ke suku akhir
Perseorangan lelaki utama negara Lee Zii Jia mara ke suku akhir selepas menundukkan juara dunia Kunlavut Vitidsan di pusingan ketiga acara badminton Sukan Asia Hangzhou 2022 di Gimnasium Binjiang.