ATLET gimnastik negara yang mencipta sensasi di Sukan Asia Hangzhou 2022, Muhammad Sharul Aimy Mohd Kamaru Hisam menzahirkan rasa syukur selepas berjaya membawa pulang pingat gangsa sekali gus menamatkan penantian 17 tahun.
Menurut Sharul, kejayaan ini sekali gus menebus kehampaannya di beberapa siri temasya sukan sebelum ini.
“Saya memang bersyukur selepas menang pingat gangsa ini.
"Saya hampir menangis sebab ketika dia Sukan SEA, Kejohanan Dunia dan Sukan Komanwel lalu, saya tak dapat menang pingat.
“Jadi, bila pergi ke Sukan Asia ini, saya betul-betul meletakkan sasaran untuk bawa pulang pingat. Setidaknya saya tidak dikecam lagi.
“Ketika latihan pun saya tidak ada buat silap. Saya gembira bila dapat bawa balik sesuatu buat negara selepas 17 tahun,” katanya kepada MH.
Anak jati Terengganu ini berkata demikian ketika ditemui pada program makan malam bersama media malam tadi.
Sementara itu, Sharul yang ketika ini sedang mengumpul dana untuk misi ke Sukan Olimpik turut memaklumkan dirinya terbuka untuk menerima sebarang tawaran berlakon atau muncul di dalam iklan asalkan tidak mengganggu rutin latihan.
“Sebelum ini, saya pernah muncul sebagai cameo untuk sebuah drama di platform penstriman. Namun, itu pun saya sudah rasa agak mencabar.
“Walaupun babak saya hanya sekejap, tetap ambil masa dua hari untuk penggambaran. Sekadar mencuba itu mungkin boleh buat saya,”
“Saya tak perlu minta kebenaran persatuan sebab kalau ada jadual melibatkan kerja luar, saya akan buat pada waktu malam atau hujung minggu. Ia tak ganggu waktu latihan saya.
“Ketika ini pun, tawaran kerja di luar memang tidak mengganggu prestasi saya. Dah banyak kali juga saya ada program penggambaran di luar, proses latihan saya juga tak terganggu,” ujarnya lagi.
Ditanya adakah dia akan bergerak aktif di dalam dunia lakonan selepas bersara nanti, atlet berusia 22 tahun mendedahkan dirinya tetap mahu menabur bakti untuk sukan gimnastik.
“Kalau ada peluang, mungkin saya boleh cuba tapi fokus saya mungkin lebih kepada untuk menjadi jurulatih selepas bersara nanti.
"Memang impian saya untuk bawa pelapis ke peringkat lebih tinggi,” katanya.
Pada masa sama, Sharul turut memaklumkan dirinya belum bersedia untuk memikirkan soal cinta kerana banyak lagi pencapaian yang belum diraihnya saat ini.
“Buat masa sekarang, saya masih single. Kini fokus saya adalah untuk mengejar impian saya dahulu. Saya belum lagi mencapai sasaran yang saya mahukan.
“Saya mahu ke Sukan Olimpik dan menangi banyak pingat dahulu. Selepas itu mungkin baru saya fikir untuk mencari pasangan.
“Jujurnya saya tak pernah bercinta. Minat pada seseorang itu ada tapi sekarang, saya banyak berkawan sahaja. Kalau nampak saya bersama perempuan di luar, itu hanya sekadar kawan.
“Saya tiada kawan di luar. Semuanya kawan-kawan di MSN dan UPM. Atlet lain mungkin tiada masalah untuk bercinta tapi bagi saya, belum masanya lagi,” akhirinya.
Pada 29 Sept lepas, Sharul Aimy menamatkan kemarau selama 17 tahun negara tanpa sebarang pingat dalam sukan tersebut setelah berjaya meraih gangsa dalam acara melombol lelaki di Sukan Asia Hangzhou 2022.
Sharul difahamkan memerlukan dana sebanyak RM300,000 sebagai persediaan untuk misi ke Sukan Olimpik Paris 2024. -Media Hiburan
Media Hiburan
Sun Oct 08 2023

Sharul memaklumkan dirinya terbuka untuk menerima sebarang tawaran berlakon atau muncul di dalam iklan asalkan tidak mengganggu rutin latihan. -Media Hiburan

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

'Kalau ada peluang boleh cuba' - Sharul Aimy terbuka terima tawaran berlakon
Menurut Sharul, kejayaan ini sekali gus menebus kehampaannya di beberapa siri temasya sukan sebelum ini.

Sharul Aimy buru slot Olimpik Paris 2024
Muhammad Sharul Aimy Mohd Kamaru Hisam kini mengalihkan tumpuan untuk 'memburu' mata kelayakan ke temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

Sukan Asia Hangzhou: Atlet gimnastik Sharul Aimy raih gangsa
Muhammad Sharul Aimy Mohd Kamaru Hisam berjaya meraih gangsa dalam acara melombol di temasya Sukan Asia Hangzhou pada Jumaat.

Kecederaan buku lali tidak gugat semangat Sharul Aimy beraksi di Kemboja
Sharul Aimy bertekad untuk mempamerkan aksi dan merekodkan catatan terbaik dalam semua acara disertai.