KUALA LUMPUR: Selepas merangkul pingat gangsa Sukan Asia Hangzhou 2022, atlet gimnastik negara Muhammad Sharul Aimy Mohd Kamaru Hisam kini mengalihkan tumpuan untuk 'memburu' mata kelayakan ke temasya Sukan Olimpik Paris 2024.
Atlet berusia 22 tahun dari Terengganu itu berkata beliau akan menyertai empat kejohanan Piala Dunia Gimnastik Artistik berturut-turut iaitu di Cairo (Mesir), Cottbus (Jerman), Doha (Qatar) dan Baku (Azerbaijan) bermula Januari hingga Mac depan.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Sharul Aimy memaklumkan penting baginya menaiki keempat-empat podium di kejohanan berkenaan untuk mencerahkan peluangnya membuat kemunculan sulung pada pentas berprestij empat tahun sekali itu.
"Saya memang tiada cuti selepas Sukan Asia dan terus fokus latihan Piala Dunia tahun hadapan. Kejohanan itu sangat penting sebab ini peluang terakhir untuk saya layak ke Sukan Olimpik dan jika terlepas saya terpaksa tunggu edisi seterusnya.
"Saya diberitahu Majlis Sukan Negara hanya akan menghantar sertai dua kejohanan Piala Dunia namun saya sanggup keluarkan duit sendiri untuk ke dua kejohanan lain," katanya pada sesi temu bual khas bersama pemberita, malam tadi.
Sharul Aimy kini giat melakukan latihan bersama jurulatih Ng Shu Liang bagi meningkatkan tahap kesukaran daripada 5.2 kepada 5.6 dalam rutin melombol kerana bakal berhadapan dengan pesaing hebat dari negara lain.
Namun beliau mengakui bukan mudah apabila masih mendapatkan rawatan di Institut Sukan Negara (ISN) untuk kecederaan buku lali kanan yang dihadapi semasa latihan ke Sukan Asia Hangzhou 2022.
"Sepatutnya kesukaran (darjah) itu saya telah lakukan di Hangzhou, namun disebabkan kecederaan yang dialami saya tidak dapat teruskannya. Sekarang (kecederaan) beransur baik, namun masih perlu pergi ke ISN dan dalam masa sama sedang berlatih tingkat kesukaran iaitu lakukan double front half iaitu mendarat menghadap belah lain," ujarnya.
Sharul Aimy bagaimanapun enggan menjadikan kecederaan itu sebagai alasan untuk turun beraksi di kejohanan Piala Dunia apabila pernah berhadapan momen lebih teruk iaitu patah kaki kiri pada 2019.
Mengimbas kembali detik hitam itu, beliau berkata hampir putus asa daripada meneruskan kerjaya dalam bidang ini namun kembali bangkit dengan sokongan keluarga serta insan sekeliling.
"Semasa patah kaki itu saya baru naik pasukan senior dan dalam persiapan ke Sukan SEA Filipina 2019 namun tersalah mendarat masa latihan. Memang masih fobia namun saya jenis memang redah sebab kena buat bila sudah bergelar atlet," katanya.
Pada 29 Sept lepas, Sharul Aimy menamatkan kemarau selama 17 tahun negara tanpa sebarang pingat dalam sukan tersebut setelah berjaya meraih gangsa dalam acara melombol lelaki di Sukan Asia Hangzhou 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 07 2023

Muhammad Sharul menunjukkan pingat gangsa yang dimenangi pada Sukan Asia Hangzhou 2022. - Foto BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

'Kalau ada peluang boleh cuba' - Sharul Aimy terbuka terima tawaran berlakon
Menurut Sharul, kejayaan ini sekali gus menebus kehampaannya di beberapa siri temasya sukan sebelum ini.

Sharul Aimy buru slot Olimpik Paris 2024
Muhammad Sharul Aimy Mohd Kamaru Hisam kini mengalihkan tumpuan untuk 'memburu' mata kelayakan ke temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

Sukan Asia Hangzhou: Atlet gimnastik Sharul Aimy raih gangsa
Muhammad Sharul Aimy Mohd Kamaru Hisam berjaya meraih gangsa dalam acara melombol di temasya Sukan Asia Hangzhou pada Jumaat.

Kecederaan buku lali tidak gugat semangat Sharul Aimy beraksi di Kemboja
Sharul Aimy bertekad untuk mempamerkan aksi dan merekodkan catatan terbaik dalam semua acara disertai.