KUALA LUMPUR: Kejayaan kontinjen negara pada Sukan Asia Hangzhou 2022 meraih keseluruhan 32 pingat, mampu menutup tanggapan beberapa pengkritik sukan yang sebelum ini menyifatkan sasaran tanpa pingat emas, dianggap seolah-olah atlet pergi bercuti ke China atau bersifat selamat.
Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dalam kenyataan bersama memaklumkan, kejayaan itu hasil perancangan rapi pemegang taruh utama iaitu Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK), MSN, MOM dan Institut Sukan Negara (ISN).
Menurut kenyataan itu, kredit sebenar bagaimanapun harus dihalakan kepada atlet negara yang berkorban masa, tenaga dan usia muda mereka, untuk mempersiapkan diri ke temasya empat tahun sekali itu sambil dibimbing oleh jurulatih dan anggota keluarga, serta sistem sokongan sedia ada.
"Kenyataan yang berlebihan boleh ditafsirkan sebagai menidakkan pengorbanan atlet dan barisan jurulatih negara, yang setiap hari tanpa mengira waktu atau berkelana jauh di perantauan meninggalkan keluarga mereka.
"Semestinya kejayaan ini dikongsi oleh semua pihak yang berkepentingan, tanpa perlu mendabik dada menguar-uarkan kejayaan satu-satu pihak," menurut kenyataan itu.
Kontinjen negara ke Sukan Asia Hangzhou 2022 berjaya melepasi sasaran 27 pingat, apabila meraih enam emas, lapan perak dan 18 gangsa, dengan keseluruhannya 32 pingat.
Dalam pada itu, kenyataan itu memaklumkan program penyediaan atlet ke temasya Sukan Asia Hangzhou 2022, sudah dimulakan sejak 2020 melalui projek Asiacomm.
"Pelbagai bengkel melibatkan persatuan sukan kebangsaan, barisan jurulatih kebangsaan, wakil MSN, MOM dan ISN telah diadakan, bagi merancang pelaksanaan program tersebut termasuk pemantauan yang rapi dilaksanakan bersama pihak berkepentingan.
"Sebanyak 119 pendedahan pertandingan dan 41 pendedahan latihan, telah diberikan tahun ini sahaja kepada atlet-atlet yang mewakili negara ke Sukan Asia Hangzhou," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, MSN dan MOM turut berterima kasih kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam mengetengahkan kejayaan atlet-atlet di temasya Sukan Asia 2022 dan berharap kerjasama dapat dilakukan dalam menyediakan peluang pendidikan kepada atlet-atlet negara.
"Wakil KPT juga dijemput untuk berkongsi visi dan misi mereka setiap kali Lembaga Eksekutif MOM bersidang, dalam merancang dasar-dasar membabitkan Pembangunan dan penyertaan Temasya Pelbagai Sukan Antarabangsa," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu memaklumkan terkilan dengan kenyataan sesetengah pihak, yang mengambil kesempatan meraih pujian terhadap sumbangan pingat daripada atlet Institusi Pengajian Tinggi (IPT) kepada Kontinjen Malaysia, di temasya Sukan Asia Hangzhou yang berakhir 8 Okt lepas.
Pada temasya di Hangzhou itu, atlet IPT yang mewakili Malaysia pada Sukan Asia Hangzhou 2022 menyumbang 17 pingat atau lebih separuh daripada 32 pingat yang diraih negara termasuk tiga pingat emas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 11 2023
Kejayaan itu hasil perancangan rapi pemegang taruh utama iaitu Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK), MSN, MOM dan Institut Sukan Negara (ISN). - Foto BERNAMA
Anda akhirnya boleh menterbalikkan imej pada Google Photos
Ciri ini terhad kepada aplikasi Google Photos pada peranti Android sahaja. Peranti iOS, iPadOS dan versi web masih belum boleh menggunakannya.
Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dilempar telur
Ia tanda protes terhadap kes tembakan membabitkan lima warga Indonesia di perairan Tanjung Rhu, Banting, pada 24 Jan lalu.
WhatsApp uji ciri cipta acara pada tetingkap sembang individu
WhatsApp Kini Menguji Ciri Mencipta Acara Pada Tetingkap Sembang Individu
Saman fitnah: KPN fail prosiding komital terhadap Papagomo
Ia berhubung kes saman RM3 juta yang difailkan Razarudin selaku plaintif terhadap Wan Muhammad Azri sebagai defendan atas dakwaan memfitnah.
Nahas udara: Trump turut berduka, gesa siasatan dijalankan
Trump pada masa sama, memuji usaha pantas dan berkesan pasukan tempatan, negeri, persekutuan, serta anggota tentera, termasuk Pengawal Pantai Amerika Syarikat yang kini dalam usaha operasi pemulihan setelah disahkan bahawa tiada mangsa yang terselamat.
Tiada mangsa dijangka selamat nahas pesawat di Washington DC - Ketua Bomba
Media antarabangsa melaporkan Pasukan mencari dan menyelamat telah mengeluarkan mangsa dari bangkai pesawat penumpang milik American Airlines yang bertembung dengan helikopter Black Hawk milik Tentera Darat Amerika Syarikat.
Genosid Israel: Malaysia akan berhimpun di The Hague, bincang genosid Israel
Bersama Prof Dr Salawati Mat Basir , Pakar undang-undang antarabangsa UKM Membincangkan tentang genosid Israel: Malaysia akan berhimpun di The Hague, bincang genosid Israel.
Suspek wanita didakwa tipu isteri Along Cham ada lima kes jenayah - Polis
Wanita itu kini direman empat hari manakala suaminya direman tiga hari untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Beberapa mangsa nahas udara di Sungai Potomac dikenal pasti, kotak hitam ditemukan
Lebih 40 daripada 67 mayat mangsa nahas ditemukan dari Sungai Potomac pada lewat petang Khamis.
Polis temukan tulang manusia di Pantai Batu Buruk 2
Tulang tersebut ditemukan orang awam di kawasan semak di belakang kuarters jabatan kerajaan yang tidak dihuni.
Malaysia jumpa dua gergasi hoki dalam kelayakan Olimpik di Oman
Skuad hoki negara bakal berdepan cabaran Great Britain, Pakistan dan China dalam peringkat kumpulan kelayakan ke Sukan Olimpik Paris di Oman.
Kejayaan 32 pingat Sukan Asia Hangzhou tutup mulut pengkritik sukan negara
Kejayaan itu hasil perancangan rapi pemegang taruh utama iaitu Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK), MSN, MOM dan Institut Sukan Negara (ISN).
Peruntukan dana lebih besar untuk majukan sukan - Kim Fatt
Chong menyifatkan faktor kewangan mempunyai peranan besar dalam kemajuan sukan seperti yang dilakukan kuasa besar
'Kalau ada peluang boleh cuba' - Sharul Aimy terbuka terima tawaran berlakon
Menurut Sharul, kejayaan ini sekali gus menebus kehampaannya di beberapa siri temasya sukan sebelum ini.
Sukan Asia Hangzhou: Cabaran Sureeya berakhir di pusingan 16
Perjalanan pemenang pingat emas acara kumite 60 kilogram Sukan SEA Phnom Penh berakhir di pusingan 16 terbaik.
Sukan Asia Hangzhou: Hannah Yeoh ucap tahniah kontinjen negara lepasi sasaran pingat
Kontinjen negara menghimpunkan 28 pingat setakat ini, sekali gus melepasi sasaran yang ditetapkan sebelum temasya edisi ke-19 itu.
Air mata Lovelly gugur terkenang mendiang ibu selepas menang perak
Atlet berusia 19 tahun berasal dari Penampang, Sabah itu sebak dan terus mengalirkan air mata apabila menyebut mengenai mendiang ibunya.
Sukan Asia: Sasaran tercapai, perjuangan diteruskan buru pingat bonus
Cabaran negara di Sukan Asia, akan diteruskan dalam ekuestrian, badminton, jiu-jutsu, sepak takraw, gimrama dan karate hari ini.
Badminton Sukan Asia Hangzhou: Juara dunia singkir beregu campuran negara di suku akhir
Wakil negara turun beraksi memburu slot ke separuh akhir, namun juara dunia 2023 menjadi benteng besar dalam perlawanan hari ini.
Zii Jia 'jinakkan' juara dunia, mara ke suku akhir
Perseorangan lelaki utama negara Lee Zii Jia mara ke suku akhir selepas menundukkan juara dunia Kunlavut Vitidsan di pusingan ketiga acara badminton Sukan Asia Hangzhou 2022 di Gimnasium Binjiang.