KUALA LUMPUR: Pemenang pingat emas pada temasya Sukan Asia Hangzhou 2022, bermula September ini, akan diberi insentif pulang ke tanah air dengan penerbangan kelas pertama bersama China Eastern Airlines.
Ketua kontinjen negara ke Hangzhou, Datuk Chong Kim Fatt, berkata penyediaan penerbangan kategori kelas pertama pulang ke tanah air adalah antara insentif sedang diusahakan oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sebagai menghargai kejayaan atlet negara.
"Kita berjaya menjalin kerjasama dengan China Eastern Airlines yang mempunyai penerbangan secara terus ke Hangzhou. Mereka menawarkan tawaran eksklusif jika atlet negara meraih pingat emas, tempat duduk mereka dinaik taraf kepada kelas pertama tanpa kos tambahan.
"Ini adalah inisiatif bagi menggalakkan atlet kita menampilkan prestasi terbaik di Hangzhou dan yang penting, tawaran itu datang daripada syarikat swasta," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pengurus pasukan ke temasya itu di Wisma MOM, di sini, semalam.
Kim Fatt, yang juga Naib Presiden MOM, berkata Malaysia akan menghantar seramai 401 orang melibatkan 293 atlet dan 108 pegawai dalam 23 jenis sukan yang berlangsung dari 23 Sept hingga 8 Okt ini.
"Seramai 293 atlet yang terdiri daripada 117 di bawah kategori A manakala 176 di bawah kategori B disahkan akan ke Hangzhou nanti," katanya.
Kim Fatt dalam masa sama berkata satu bengkel penetapan sasaran Sukan Asia 2022 Hangzhou akan diadakan pada 22 Ogos depan.
Pada temasya sama edisi 2018 di Jakarta, kontinjen Malaysia meraih tujuh emas, 13 perak dan 16 gangsa, sementara pencapaian terbaik negara di temasya itu adalah pada 2010 di Guangzhou, China, dengan membawa pulang sembilan emas, 18 perak dan 14 gangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 25 2023

Kim Fatt berkata Malaysia akan menghantar seramai 401 orang melibatkan 293 atlet dan 108 pegawai dalam 23 jenis sukan yang berlangsung dari 23 Sept hingga 8 Okt ini. - Gambar fail/Sinar Harian

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Sukan wushu, karate sah dipertanding di Sukan SEA Thailand - Kim Fatt
Dua sukan tempur yang merupakan lubuk emas negara, wushu dan karate sah akan dipertandingkan di Sukan SEA Thailand 2025, kata Presiden Persekutuan Wushu Malaysia (PWM) Datuk Chong Kim Fatt.

Lapan atlet negara layak ke Piala Dunia Wushu 2024
Lapan atlet negara yang berentap di Kejohanan Wushu Dunia 2023 minggu lepas layak untuk membawa cabaran negara ke Piala Dunia Wushu 2024 di Jepun, Nov depan.

Isu Zii Jia, media selesai - CDM
Isu membabitkan pemain perseorangan lelaki utama negara Lee Zii Jia dan media yang membuat liputan Sukan Asia Hangzhou 2022 telah diselesaikan dengan cara baik.

Kim Fatt menang jawatan Naib Presiden Wushu Asia tanpa bertanding
Kim Fatt memenangi jawatan itu tanpa bertanding bagi penggal 2023-2026 pada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif WFA ke-53 semalam.

Kontinjen Malaysia diberi sambutan tradisional di Hangzhou
Sukan Asia ke-19 bakal menjadi tuan rumah kepada kira-kira 12,000 atlet dari 45 negara yang akan menyertai 481 acara daripada 40 sukan.

Sukan Asia: Malaysia ambil langkah selamat, sasar 27 pingat
Pendekatan baharu diambil dengan hanya mengumumkan sasaran sejumlah 27 pingat menerusi 13 jenis sukan tanpa menamakan sasaran emas.

Kontinjen Sukan Asia dinasihat kurangkan penggunaan media sosial, jaga kesihatan mental
Katanya, menjelang dua minggu terakhir sebelum temasya berkenaan membuka tirai, para atlet harus fokus sepenuhnya dalam latihan.

Skuad wushu berguru di China, cari strategi raih pingat Sukan Asia
Ia bagi memastikan atlet negara 100 peratus bersedia untuk temasya yang akan berlangsung dari 23 Sept hingga 8 Okt ini.

Penerbangan kelas pertama bagi pemenang emas Sukan Asia Hangzhou 2022
Ia antara insentif sedang diusahakan oleh MOM sebagai menghargai kejayaan atlet negara.

Sukan Asia Hangzhou 2022 ikut jadual
Chong berkata, tuan rumah, China sudah bersedia untuk menganjurkan temasya sukan terbesar di Asia itu.