Beregu lelaki utama negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong mungkin tidak beraksi di Terbuka Indonesia bulan depan ekoran kecederaan yang dialami Wee Kiong ketika membuat persediaan menghadapi kejohanan badminton Piala Sudirman, minggu lepas.
Jurulatih beregu lelaki negara, Jeremy Gan berkata keputusan untuk merehatkan pasangan itu adalah bagi membolehkan Wee Kiong menjalani proses pemulihan dan kembali memberi tumpuan kepada persediaan menghadapi Kejohanan Dunia di Glasgow, Scotland, pada 21 hingga 27 Ogos ini.
"Kita tengok dahulu macam mana keadaan Wee Kiong, kerana masalah lutut ini muncul kadang-kadang terutama jika melakukan latihan yang lasak, bergerak terlalu banyak dan jadi tidak selesa jika melakukan lompatan.
"Buat masa ini, Wee Kiong dibantu oleh pakar fisioterapi untuk program pemulihan. Di harap akan pulih segera untuk kita kembali fokus untuk kejohanan dunia," katanya kepada pemberita selepas sesi latihan skuad kebangsaan di Akademi Badminton Malaysia di sini hari ini.
Gandingan V Shem-Wee Kiong sepatutnya menghadapi dua kejohanan Siri Super iaitu Terbuka Indonesia dari 13 hingga 18 Jun ini dan Terbuka Australia dari 20 hingga 25 Jun in, sebelum beraksi pada Kejohanan Dunia.
Pada aksi Piala Sudirman, skuad negara tewas 3-1 kepada Jepun pada pusingan suku akhir, sekali gus gagal menepati sasaran ke separuh akhir kejohanan berkenaan.
Prestasi tidak konsisten gandingan pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu sejak kebelakangan ini telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan peminat sukan badminton negara sehingga timbul cadangan yang mahukan V Shem-Wee Kiong dipisahkan.
Bagaimanapun, ketika ditanya mengenai isu berkenaan, Jeremy berkata gandingan V Shem dan Wee Kiong tidak mempunyai masalah cuma mereka hilang fokus ketika latihan berikutan beberapa faktor luaran.
"Memang ada sikit terganggu dari segi fokus dalam latihan kerana perlu membuat persiapan perkahwinan (V Shem) tapi mereka tahu membezakan perkara ini. Tapi kebelakangan ini, saya lihat semua sudah kembali pulih dan fokus.
"Apa yang penting kita sudah tahu apa masalah mereka dan juga tekanan yang mereka alami. Saya harap semua peminat dan jurulatih, bukan sahaja bagi tekanan tetapi pada masa yang sama terus menyokong mereka," katanya.
Untuk rekod, beregu lelaki negara yang pernah menjadi gandingan nombor satu dunia itu kini jatuh ke ranking keenam dunia selepas sekadar mencapai keputusan mara ke suku akhir dalam tiga kejohanan iaitu Seluruh England (7-12 Mac) , Terbuka India (28 Mac-2 April) dan Terbuka Singapura (11-16 April).
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 31 2017

Gandingan V Shem-Wee Kiong sepatutnya menghadapi dua kejohanan Siri Super iaitu Terbuka Indonesia dari 13 hingga 18 Jun ini dan Terbuka Australia dari 20 hingga 25 Jun in, sebelum beraksi pada Kejohanan Dunia. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Pearly-Thinaah jatuh satu anak tangga, Soon Huat-Shevon Lai kini ranking ketiga dunia
Kemas kini terbaharu ranking badminton dunia menyaksikan beregu wanita utama negara, Pearly Tan dan M. Thinaah turun satu anak tangga.

BAMTC 2025: Pengajaran berguna buat pemain Malaysia - Rexy
Rexy sebaliknya berkata ia adalah pengajaran berharga buat pemain sandaran dalam usaha membina kematangan di pentas antarabangsa.

Herry mahu lihat 'sisi baharu' Aaron-Wooi Yik di All England
Herry mengakui perubahan itu tidak boleh berlaku sekelip mata, memandangkan beliau memerlukan masa untuk melakukan transformasi.

Muhammad Haikal intai pulih, kembali beraksi di All England
Muhammad Haikal disisihkan sejak bulan lepas susulan kecederaan koyak otot di bahagian pinggul kanan.

KBS rancang perkenal inisiatif pemindahan bakat sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam usaha memastikan perjalanan bakat dipupuk sejak usia muda tidak terhenti pada satu jenis sukan sahaja.

Sistem pemarkahan 21 mata sudah bagus, tak perlu ubah - Rexy
Katanya, BWF sepatutnya memikirkan perkara yang lebih penting berbanding hanya menukar sistem pemarkahan untuk menjadikan sukan itu lebih kompetitif.

Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.

Jom kita kurang 'mengular' dalam Tahun Ular - Lee Chong Wei
Chong Wei antara yang bersuara agar BWF memperhalusi standard prosedur operasi (SOP) mengenai proses rawatan pemain di atas gelanggang.

'Ini semua salah faham' - Ini penjelasan Arif susulan didakwa seleweng wang di Kanada
Pada Isnin, tular dakwaan terhadap Arif yang didakwa melakukan penyelewengan wang mencecah nilai RM200,000 ketika berkhidmat Kanada.

Tonjol peningkatan ketara, dua finalis Masters Indonesia perbaharui ranking dunia
Man Wei Chong-Tee Kai Wun, menghampiri kelompok 10 terbaik dunia apabila naik satu anak tangga di tempat ke-12.