KUALA LUMPUR: Senarai langkah-langkah baharu yang dikeluarkan oleh penganjur Olimpik dan Paralimpik Tokyo semalam, yang antara lain memerlukan atlet menjalani ujian COVID-19 secara harian, pastinya tidak menyelesakan bagi peserta.
Namun kata Presiden Majlis Olimpik Malaysia Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, langkah itu perlu bagi melindungi keselamatan atlet serta pegawai sepanjang berlangsungnya temasya sukan terbesar dunia tersebut, yang diadakan tatkala pandemik COVID-19 sedang menular.
"Temasya akan diadakan dengan konsep gelembung. Ini akan menguji kesabaran, namun saya harap atlet kita dapat mengekalkan fokus dan keazaman untuk merealisasikan impian mereka. Buat masa ini kami OK dengan langkah itu selagi ia dapat melindungi semua orang," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, Presiden Persatuan Olympian Malaysia (MOA) Noraseela Mohd Khalid turut menyokong pelaksanaan langkah tersebut yang diambil demi keselamatan semua yang terlibat.
"Saya rasa itu satu keputusan yang bijak, untuk sentiasa mengemas kini 'playbook' (buku panduan) berdasarkan keadaan terkini pandemik. Jepun dan rakyatnya sangat tabah dan berdedikasi dalam mendepani cabaran yang dihadapi mereka," katanya.
"Saya percaya semua langkah serta keputusan dibuat demi penganjuran Olimpik dan Paralimpik yang selamat dan afektif," kata bekas atlet lari berpagar yang pernah mewakili negara di Olimpik London 2012.
Malam tadi, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC), Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo (Tokyo 2020), Kerajaan Metropolitan Tokyo serta kerajaan Jepun mengeluarkan beberapa langkah tambahan bagi temasya itu dalam 'playbook' terkini.
Antara langkah berkenaan ialah peserta perlu menjalani dua ujian COVID-19 sebelum penerbangan mereka ke Jepun serta ujian harian bagi atlet serta orang yang berdekatan dengan mereka bagi meminimumkan risiko kes positif yang tidak dikesan.
"Semua peserta temasya itu akan diuji setiap hari selama tiga hari selepas ketibaan mereka. Selepas itu, sepanjang mereka di temasya tersebut, mereka akan diuji secara kerap, berdasarkan peranan serta kontak dengan atlet.
"Semua peserta, secara prinsipnya, hanya menjalankan aktiviti yang sudah dirangka dalam pelan aktiviti mereka. Mereka harus meminimumkan kontak dalam jarak satu meter dengan peserta temasya yang sudah berada di Jepun melebihi 14 hari dan juga penduduk Jepun," kata mereka dalam satu kenyataan bersama.
Selain itu, peserta juga tidak dibenar menggunakan pengangkutan awam (mesti gunakan kenderaan yang dikhususkan untuk temasya), sementara untuk makan pula mereka hanya boleh berbuat demikian di tempat yang sudah dipersiapkan dengan langkah-langkah pencegahan COVID-19 termasuk kemudahan katering di venue temasya, restoran tempat penginapan serta bilik mereka, menggunakan servis bilik atau penghantaran makanan.
Penganjur juga mentakrifkan kontak rapat sebagai mereka yang mempunyai kontak secara berterusan (15 minit atau lebih) dengan seseorang yang disahkan sebagai positif COVID-19, dalam jarak satu meter tanpa memakai pelitup muka.
"Ini terpakai apabila kontak rapat berlaku di dalam ruang tertutup seperti bilik hotel atau kenderaan. Kes akan disahkan oleh pihak berkuasa kesihatan Jepun," demikian menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 29 2021
![Ujian harian melecehkan namun perlu demi keselamatan atlet - Norza Ujian harian melecehkan namun perlu demi keselamatan atlet - Norza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/41617271507_MohamadNorzaZakari.jpg)
NORZA: Ini akan menguji kesabaran, namun saya harap atlet kita dapat mengekalkan fokus dan keazaman. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Olimpik Esukan pertama akan berlangsung pada 2025 di Arab Saudi Olimpik Esukan pertama akan berlangsung pada 2025 di Arab Saudi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720934318_tbesukan.jpg)
Olimpik Esukan pertama akan berlangsung pada 2025 di Arab Saudi
IOC menandatangani persetujuan selama 12 tahun dengan Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Arab Saudi untuk menganjurkan Olimpik Esukan.
![[KOLUMNIS] Representasi budaya Malaysia dalam rekaan baju Olimpik Malaysia [KOLUMNIS] Representasi budaya Malaysia dalam rekaan baju Olimpik Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720877463_tbKomunitiOlimpik.jpg)
[KOLUMNIS] Representasi budaya Malaysia dalam rekaan baju Olimpik Malaysia
Untuk menghasilkan rekaan pakaian kontinjen Olimpik dari Malaysia yang terbaik, terdapat beberapa kriteria utama yang perlu dipertimbangkan.
![Olimpik 2024: Negara bertanding mula peraga pakaian rasmi kontinjen Olimpik 2024: Negara bertanding mula peraga pakaian rasmi kontinjen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719460109_Haitiolimpikpaka.jpg)
Olimpik 2024: Negara bertanding mula peraga pakaian rasmi kontinjen
Antara yang mendapat perhatian ialah reka bentuk pakaian rasmi Olimpik kontinjen Haiti.
![[KOLUMNIS] Atlet negara adalah belang rimau kita [KOLUMNIS] Atlet negara adalah belang rimau kita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719274104_tbOlimpik.jpg)
[KOLUMNIS] Atlet negara adalah belang rimau kita
Kita punya masa empat tahun untuk fikirkan soal imej dan penjenamaan atlet, namun,reka pakaian kontijen negara bagi Olimpik Paris 2024 menunjukkan ketidaktelitian membuat keputusan.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Penampilan kelima di Olimpik bukan sekadar melengkapkan penyertaan - Azizulhasni Penampilan kelima di Olimpik bukan sekadar melengkapkan penyertaan - Azizulhasni](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713858592_TBAzizulhasniAwang.jpg)
Penampilan kelima di Olimpik bukan sekadar melengkapkan penyertaan - Azizulhasni
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang bakal menjadi atlet lelaki pertama Malaysia beraksi di lima Sukan Olimpik berturut-turut.
![Olimpik: Kem badminton berlatih di Paris, skuad berbasikal di Mallorca Olimpik: Kem badminton berlatih di Paris, skuad berbasikal di Mallorca](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41665593835_StuartRamalingam.jpg)
Olimpik: Kem badminton berlatih di Paris, skuad berbasikal di Mallorca
Skuad badminton kebangsaan bakal berkampung selama 10 hari di wilayah Aire Sur La Lys, Perancis dari 10 hingga 20 Julai ini.
![Nur Aisyah pelumba lebuh raya wanita pertama ke Olimpik Nur Aisyah pelumba lebuh raya wanita pertama ke Olimpik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71700736644_TBAisyah.jpg)
Nur Aisyah pelumba lebuh raya wanita pertama ke Olimpik
Nur Aisyah Mohamad Zubir menjadi pelumba berbasikal lebuh raya wanita pertama beraksi di pentas Olimpik selepas Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) menghadiahkannya slot ke Paris 2024.
![Para Asia: Permulaan meyakinkan empat wakil badminton negara Para Asia: Permulaan meyakinkan empat wakil badminton negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71697810330_MuhammadFareezAnua.jpg)
Para Asia: Permulaan meyakinkan empat wakil badminton negara
Kesemua empat wakil perseorangan lelaki badminton negara membuka tirai kempen Sukan Para Asia Hangzhou 2022 di China dengan langkah kanan selepas menumpaskan lawan masing-masing pada hari pertama.
![Sukan skuasy dipertandingkan di Olimpik 2028 Sukan skuasy dipertandingkan di Olimpik 2028](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51697457715_SSivasangari.jpg)
Sukan skuasy dipertandingkan di Olimpik 2028
Skuasy bakal dipertandingkan di pentas Sukan Olimpik 2028 (LA28) selepas mendapat kelulusan Lembaga Eksekutif Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dalam satu mesyuarat yang berlangsung di Mumbai.