NEYMAR khuatir dengan kebocoran maklumat di dalam bilik persalinan Paris Saint-Germain (PSG) dan menegaskan mereka harus bergerak seiringan menjelang pertembungan Liga Juara-Juara (UCL) menentang Bayern Munich.
Pendahulu Ligue 1 itu tumbang 1-3 di Monaco kelmarin selepas disingkirkan daripada Coupe de France oleh Marseille, secara tidak langsung meningkatkan tekanan ke atas pengurus, Christophe Galtier.
Neymar dilaporkan terlibat dalam perbalahan hangat dengan penasihat sukan juara bertahan itu, Luis Campos, selain bertelagah dengan rakan sepasukannya ekoran kekalahan kepada Monaco yang membawa kepada perbincangan kelab berkenaan untuk melepaskan penyerang Brazil tersebut.
Bekas pemain Barcelona itu tidak menafikan mereka memang bertikam lidah hujung minggu, tetapi percaya perselisihan terbabit tidak sepatutnya terbongkar.
Dia berkata sebelum perlawanan pertama pusingan 16 menentang Bayern: "Ia memang terjadi, ada sedikit perbincangan, kami tidak sependapat. Ia berlaku kepada kami setiap hari tetapi saya sayangkan mereka semua, ia seperti hubungan dengan teman wanita saya.
"Bola sepak bukan hanya tentang cinta, bukan hanya persahabatan. Wujud rasa hormat dan ia membantu untuk mengadakan perbincangan. Kami tidak biasa menanggung kekalahan demi kekalahan.
"Apabila itu berlaku, sudah tentu ia akan mengganggu kami. Ia menjadi sebahagian daripada proses penambahbaikan buat kami.
"Bagi bilik persalinan, kadangkala pembohongan didedahkan di dalam akhbar dan ia tersebar di serata dunia. Kebetulan khabar angin keluar pada detik-detik penting musim ini.
"Kami perlu mengenal pasti apa yang berlaku. Adalah bukan perkara biasa kalau cerita di dalam bilik persalinan tersebar di akhbar, ia seharusnya kekal dalam kalangan kami sahaja. Kami perlu berjalan seiringan.
"Apabila timbul berita seperti ini, kami jadi marah.
"Saya jamin anda telah menyalurkan banyak maklumat yang salah walaupun sebilangannya ada yang betul."
Astro Arena
Tue Feb 14 2023
Aksi Neymar ketika bermain dalam perlawanan Ligue 1 Perancis antara Monaco dan PSG di Stade Louis II, Monaco, 11 Feb 2023. (Foto AP)
Temui karakter kandungan Astro di Home of Kids
Orang ramai dijemput hadir ke Home of Kids yang berlangsung selama empat hari bermula 26 hingga 29 Disember dari jam 10.30 pagi hingga 9 malam di IOI Grand Convention Centre, IOI City Mall, Putrajaya.
Tiada rakyat Malaysia terjejas akibat pergolakan di Mozambique
Wisma Putra memaklumkan, tiada rakyat Malaysia di Mozambique terjejas akibat pergolakan yang berterusan yang kebanyakannya memberi kesan di kawasan bandar, termasuk ibu negara Maputo.
Pegawai pengurus gudang didakwa seleweng barang kawalan
Seorang pegawai pengurus gudang borong dan runcit sebuah pasar raya didakwa di Mahkamah Sesyen Pasir Mas atas pertuduhan memindahkan barang kawalan iaitu minyak masak berjumlah 2.41 tan dan gula pasir kasar berjumlah 480 kilogram pada 14 Januari lepas.
AWANI Ringkas: Dua beranak maut, empat cedera kemalangan di WCE
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Banjir di Lipis pulih sepenuhnya
Mangsa yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Lubuk Kulit dan PPS Masjid Kampung Beletik dibenarkan pulang ke rumah masing-masing sekitar 12.20 tengah hari tadi.
Dua Dekad Tsunami: Aceh bertafakur tiga minit
Majlis khas sempena memperingati 20 tahun tsunami Aceh dengan tema Aceh Thanks The World sekali gus mengangkat iltizam rakyat Aceh Beranjak dari Masa Lalu, Menuju Masa Depan Bersyariat.
Tragedi tukar pemandu, dua penuntut UTeM maut
Dalam kejadian kira-kira jam 6.20 pagi itu, mangsa Nurul Syafiqah Nasruddin dan Nurhanis Afryna Azizan, masing-masing berusia 19 tahun maut akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Dua Dekad Tsunami: Penduduk Kota Kuala Muda imbau tragedi, masih trauma
Biarpun sudah dua dekad berlalu, dia tidak pernah melupakan tragedi itu kerana kakak sulungnya menjadi antara 12 mangsa yang terkorban di Kota Kuala Muda.
OpenAI pertimbang bangunkan robot berbentuk manusia
OpenAI juga telah melabur dalam beberapa syarikat robotik seperti Physical Intelligence dan Figure.
Mayat ditemukan di ruang roda pesawat United Airlines di lapangan terbang Hawaii
Mayat itu dilaporkan ditemukan pada sebuah pesawat Boeing 787-10 yang berlepas dari Lapangan Terbang O'Hare di Chicago.
Saya hampir putus asa - Neymar dedah kecederaan ACL hampir paksa dirinya bersara
Penyerang Al-Hilal itu hanya bermain 29 minit sejak Oktober lalu, apabila dia mengalami kecederaan lutut yang serius.
Neymar sepatutnya menang lima Ballon d'Or - Buffon
Gianluigi Buffon percaya Neymar seharusnya memenangi sekurang-kurangnya lima anugerah Ballon d'or dalam karier bola sepaknya.
Santos mahu Neymar kembali pada 2025
Penyerang Brazil, Neymar berkemungkinan kembali ke kelab asalnya Santos tahun depan selepas bergelut dengan kecederaan setelah menyertai kelab Liga Pro Saudi Al-Hilal.
'Palmeiras kelab bola sepak, bukan bahagian perubatan'
Neymar sedang bergelut dengan tahap kecergasannya selepas perpindahan berprofil tinggi ke kelab Liga Pro Saudi Al Hilal pada musim panas lalu.
Al Hilal mahu tamatkan kontrak Neymar
Kelab Liga Pro Saudi, Al Hilal dilaporkan mahu menamatkan kontrak Neymar selepas bintang Brazil itu mengalami masalah kecederaan berterusan.
'Doktor sudah beri amaran kepada saya' - Neymar
Neymar membuka mulut mengenai kecederaan terbaharunya selepas dia terpaksa digantikan ketika aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) menentang Esteghlal pada Selasa.
Neymar cedera lagi!
Ini merupakan hanya penampilan kedua pemain berusia 32 tahun itu selepas pulih sebelum kembali mengalami kecederaan.
Kelayakan Piala Dunia 2026: Neymar tidak tersenarai dalam skuad Brazil
Jurulatih Brazil, Dorival Jnior, tidak menyenaraikan Neymar untuk perlawanan bertemu Venezuela dan Uruguay.
Selepas 369 hari cedera, Neymar kembali beraksi
Neymar kembali beraksi pada Selasa selepas tidak bermain selama 369 hari apabila penyerang Al Hilal itu muncul sebagai pemain gantian.
Neymar beri amaran, beraksi dengan Mbappe umpama 'neraka'
Gandingan Neymar dan Mbappe sebelum ini pernah menjadi mimpi ngeri buat pasukan lawan ketika beraksi bersama di Paris Saint-Germain.