Neymar beri amaran, beraksi dengan Mbappe umpama 'neraka'
Gandingan Neymar dan Mbappe sebelum ini pernah menjadi mimpi ngeri buat pasukan lawan ketika beraksi bersama di Paris Saint-Germain.
Astro Arena
Tue Sep 24 2024
Gandingan Neymar dan Mbappe sebelum ini pernah menjadi mimpi ngeri buat pasukan lawan ketika beraksi bersama di Paris Saint-Germain. - Stadium Astro
BINTANG Al-Hilal, Neymar, dikhabarkan memberikan amaran buat rakan senegaranya di Real Madrid seperti Vinicius Junior, Rodrygo, dan Eder Militao mengenai kehadiran Kylian Mbappe di kelab gergasi Sepanyol itu.
Gandingan tajam itu sebelum ini pernah menjadi mimpi ngeri buat pasukan lawan ketika beraksi bersama di Paris Saint-Germain dengan mereka telah beraksi dalam 136 perlawanan sejak 2017 hingga 2023.
"Sentiasa ada perseteruan melibatkan Neymar dan Mbappe. Neymar telah memaklumkan mengenai Mbappe kepada pemain Brazil bahawa ia merupakan malapetaka, ia umpama neraka," katanya. -- Stadium Astro