PEMANAH negara, Khairul Anuar Mohamad, menempah slot ke pusingan 16 acara recurve lelaki apabila mengatasi wakil Finland, Antti Vikstrom, dan wakil China, Wang Dapeng, sebentar tadi.

Permulaan saingan menyaksikan Khairul masih lagi berusaha mendapatkan rentak panahannya selepas ketinggalan terlebih dahulu 3-1 dalam dua set pertama.

Dia terus ketinggalan apabila Vikstrom menang set ketiga menjadi kedudukan 5-1 memihak wakil Finland itu.

Tidak terkesan dengan kedudukan menerusi ketenangan ditampilkan Khairul, apabila dua daripada panahan meraih 10 mata sekali gus membenarkan wakil Malaysia merapatkan kedudukan kepada 5-3.

Dalam set kelima, Khairul terus konsisten dalam aksinya namun wakil Finland berdepan masalah peralatan dan gagal menyempurnakan tiga panahan sekali gus membenarkan Malaysia mengikat kedudukan 5-5.

 
Sumber Facebook AstroArenaSaluran801

Saingan diheret kepada penentuan shoot off, Khairul berjaya melakukan panahan 10 mata berbanding lapan diraih Vikstroom sekaligus membenarkan Malaysia mara ke pusingan seterusnya.

Memasuki pusingan 16 bertemu Dapeng, panahan demi panahan cemerlang dipamerkan Khairul dalam mengutip mata hingga sekali lagi membawa perlawanan ke penentuan shoot off.

Dapeng terlebih dahulu melakukan panahan sembilan mata, namun ketenangan ditampilkan Khairul sepanjang saingan hari ini menyaksikan 10 mata berjaya dipanah sekali gus membawa nama Malaysia ke pusingan 16. 

 
Sumber Facebook AstroArenaSaluran801