KUALA LUMPUR: Pasukan memanah negara menamatkan penantian hampir dua tahun untuk meraih pingat pada kejohanan antarabangsa apabila memperoleh gangsa dalam acara recurve berpasukan lelaki di Piala Asia 2021 di Gwangju, Korea Selatan, semalam.
Gandingan trio negara diketuai Olimpian negara, Khairul Anuar Mohamad, Muhamad Zarif Syahiir Zolkepeli dan Muhammad Akmal Nor Hasrin tewas kepada pasukan Jepun yang diwakili Takaharu Furukawa, Yuki Kawata dan Hiroki Muto, 5-4, dalam peringkat separuh akhir.
Malaysia meraih pingat gangsa selepas hanya tiga pasukan bertanding pada acara berkenaan susulan penarikan diri pasukan Kazakhstan daripada bertanding dalam kejohanan berkenaan.
Jepun dijadual berdepan pasukan tuan rumah, Korea Selatan untuk penentuan emas pada aksi final hari ini.
Kali terakhir trio berkenaan menaiki podium adalah pada Piala Asia 2019 di Clark, Filipina selepas membawa pulang gangsa dalam acara sama.
Malaysia meraih empat emas, satu perak dan lima gangsa dalam kejohanan itu.
Ketiga-tiga mereka selepas ini dijangka beraksi pada sebuah kejohanan di Paris, Perancis pada 18-20 Jun depan.
Tumpuan pastinya terarah kepada Muhamad Zarif Syahiir dan Muhammad Akmal yang sedang mengintai peluang untuk mara ke Sukan Olimpik di Tokyo, Jepun, bulan depan dalam kejohanan yang turut menjadi kempen kelayakan terakhir ke temasya sukan terbesar dunia berkenaan.
Khairul Anuar terlebih dahulu mengesahkan tempat ke Sukan Olimpik selepas meraih pingat perak pada Kejohanan Memanah Dunia di Hertogenbosch, Belanda pada Jun 2019.
Sukan Olimpik Tokyo 2020 akan menjadi penampilan ketiga buat Khairul Anuar, 29, selepas edisi London 2012 dan Rio 2016, yang turut menyaksikan Muhammad Akmal membuat penampilan pertamanya pada temasya di Brazil itu.
Sukan Olimpik Tokyo dijadual berlangsung pada 23 Julai hingga 8 Ogos ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 11 2021

Gandingan trio negara diketuai Olimpian negara, Khairul Anuar Mohamad (gambar), Muhamad Zarif Syahiir Zolkepeli dan Muhammad Akmal Nor Hasrin tewas kepada pasukan Jepun dalam peringkat separuh akhir. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Olimpik Paris 2024: Kehadiran keluarga semarak semangat Ariana Nur Dania
Ariana Nur Dania berkata kesemua ahli keluarganya telah tiba di Paris pada Selasa untuk memberikan sokongan kepadanya.

Heba Nusaybah srikandi cilik handal memanah berkuda
Srikandi cilik antara atlet termuda dalam komuniti sukan tersebut tidak pernah serik biarpun beberapa kali terjatuh ketika menunggang kuda.

Dorongan, doa ibu bawa Ariana ke pentas Sukan Olimpik
Mula berjinak sebagai atlet seawal usia 10 tahun, Ariana kini enggan menoleh ke belakang dan terus memburu impiannya.

Hapus stigma berkuda, memanah sukan kayangan
Kewujudan sukan berkuda dan memanah di tengah-tengah kawasan perumahan memberi banyak manfaat kepada orang ramai untuk mendekatinya.

Mohd Juwaidi selangkah ke final Piala Dunia Memanah 2023 di Antalya
Pemanah negara Mohd Juwaidi Mazuki hanya selangkah untuk mencipta sensasi meraih pingat emas selepas mara ke separuh akhir acara compound individu lelaki pada Piala Dunia Memanah 2023.

Sukan Perpaduan Islam: Juwaidi-Nur Aina rangkul gangsa di Konya
Mohd Juwaidi dengan Nur Aina Yasmine Halim, menang tipis 153-152 ke atas pasangan Indonesia, Hendika Pratama Putra-Ratih Zilizati Fadhly.

Sukan SEA Hanoi: Juwaidi-Fatin Nurfatehah ulangi detik emas Compound Berpasukan Campuran
Juwaidi-Fatin NurFatehah kembali bergandingan bagi mengulangi sensasi temasya Singapura 2015 dan Kuala Lumpur 2017.

Tokyo 2020: Rangkuman pencapaian kontinjen Malaysia, pingat pertama badminton lonjak semangat atlet
Kontinjen Malaysia menarik nafas lega apabila beregu badminton lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik menyumbangkan pingat pertama di Tokyo.

Olimpik Tokyo: Harapan raih pingat pertama tidak kesampaian, ini rangkuman kontinjen Malaysia hari ini
Suasana mengecewakan menyelubungi kontinjen Malaysia pada hari kelima temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Olimpik Tokyo: Syaqiera Mashayikh pamer panahan cemerlang sebelum tewas
Pemanah muda negara, Syaqiera Mashayikh, mempamerkan panahan cemerlang sebelum tewas 4-6 kepada peserta dari Jawatankuasa Olimpik Russia, Elena Osipova, dalam pusingan 32 acara recurve individu.