PARIS: Kehadiran keluarga telah menyemarakkan lagi semangat pemanah muda negara, Ariana Nur Dania Mohamad Zairi apabila turun beraksi dengan sasaran memperbaiki rekod kebangsaannya dalam acara recurve wanita Sukan Olimpik Paris 2024, hari ini.
Atlet berusia 19 tahun membuat penampilan sulung Olimpik itu bakal beraksi pada pusingan penentuan ranking individu di Invalides, berlatarkan monumen bersejarah dan museum Perancis.
Bercakap kepada Bernama semasa sesi latihan rasmi di venue pertandingan, Ariana Nur Dania berkata kesemua ahli keluarganya telah tiba di sini pada Selasa untuk memberikan sokongan kepadanya.
"Kehadiran ibu bapa dan dua adik telah meningkatkan semangat saya untuk capai keputusan yang lebih baik kerana mereka datang dari jauh. Saya mengambilnya sebagai motivasi buat saya.
"Harapan untuk pecahkan rekod kebangsaan lagi itu ada, tetapi tidak terlalu tertekan kerana tahu prestasi semasa dan kaedah latihan. Kalau ada rezeki, kita (pasukan memanah wanita) adalah pingat, tapi yang penting kita dah beri prestasi terbaik kita," katanya.
Ariana Nur Dania sebelum ini berjaya mencatatkan rekod 669 mata pada kejohanan Kelayakan Olimpik di Antalya, Turkey, mengatasi rekod terdahulunya, 649 mata pada pusingan Kelayakan Asia di Bangkok, Thailand, tahun lepas.
Mengulas mengenai cabaran di Paris, beliau berkata telah berjaya menyesuaikan dengan keadaan cuaca dan angin sejuk di sini selepas beberapa sesi latihan sejak Sabtu lalu.
"Mula-mula agak mencabar kerana keadaan angin agak mencabar, di sini lebih kuat dan ke satu arah pada satu masa (berbanding Malaysia yang kiri, kanan). Tetapi semalam dah serasi dan tahu apa yang boleh dijangkakan.
"Apabila hadir ke pentas Olimpik, memang boleh merasa perbezaan berbanding kejohanan lain seperti Piala Dunia kerana slot Olimpik adalah terhad dan pastinya ada nama-nama besar," katanya.
Beliau berkata rakan sepasukan Nurul Azreena Mohamad Fazil dan Syaqiera Mashayikh, yang turut beraksi dalam acara individu dan berpasukan wanita pada Ahad ini berada pada keadaan positif untuk membuka cabaran negara, hari ini.
Seramai 64 pemanah yang layak bagi acara recurve akan beraksi dalam pusingan ranking hari ini untuk menentukan kedudukan bagi pusingan kalah mati yang bermula pada Selasa depan.
Pemanah yang menduduki ranking teratas akan bertemu dengan pemanah di kedudukan tercorot pada pusingan kalah mati menuju ke final.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 24 2024

Ariana Nur Dania ketika menjalani sesi latihan bagi acara memanah pada Sukan Olimpik Paris 2024 di Esplanade Des Invalides, Paris, 24 Julai . --fotoBERNAMA
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Bapa saudara cabul remaja ditahan polis
Suspek berusia 30-an melakukan perbuatan itu ketika mangsa yang juga seorang remaja berusia 14 tahun berada di rumah neneknya.

Ariana Nur Dania layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Ariana Nur Dania mempamerkan aksi membanggakan dengan berjaya mara ke pentas final Kejohanan Benua Asia di Bangkok, Thailand hari ini.