ISKANDAR PUTERI: Pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim sedang menimbang kemungkinan membeli saham dengan mana-mana kelab elit di liga Eropah pada masa akan datang.
Tunku Ismail berkata pada masa ini baginda masih meneliti dan mengkaji daripada pelbagai aspek sebelum membuat sebarang keputusan berhubung pembelian itu.
Menurut Tunku Ismail, baginda berminat untuk membeli saham dengan mana-mana kelab ternama di Eropah walaupun dengan jumlah yang kecil, dengan perancangan untuk mengukuhkan pegangan di masa akan datang.
Antara kelab Eropah yang dikaitkan untuk pemilikan saham itu adalah Valencia yang beraksi dalam La Liga Sepanyol, AC Milan (Serie A Itali) dan Manchester United (Liga Perdana Inggeris).
"Saya terbuka untuk memiliki saham dengan mana-mana pasukan elit di Eropah disebabkan saya memang berminat untuk menjadi pemegang saham kelab ternama sejak dahulu lagi. Pada saya, memiliki pegangan saham yang kecil secara tidak langsung memberi manfaat kepada saya sebagai pemilik kelab serta memberi nilai tambah kepada JDT.
"Minat ini sudah lama, tapi sudah tentu sebelum membuat sebarang pelaburan, saya perlu membuat penilaian yang mendalam, manakah yang sesuai atau tidak selain mempertimbangkan pro dan kontra mengenainya," kata Tunku Ismail pada sidang media di ibu pejabat JDT, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Tunku Mahkota Johor itu berkata hasrat dan minat untuk membeli saham dengan pasukan Manchester United dinyatakan setelah mendapat tahu ada peluang pemilikan saham tidak sampai lima peratus untuk kelab gergasi berkenaan.
"Kelab tersohor seperti Manchester United mengambil masa berdekad untuk nilai komersial kelab itu untuk menurun, daripada aspek 'sustainability', mereka cukup hebat.
"Sebab itu, saya akan mengadakan mesyuarat dengan pihak mereka sebelum membuat apa-apa keputusan. Selain itu, kita juga akan menilai mana-mana tawaran lain yang menarik atau peluang yang lebih baik pada masa akan datang," katanya.
Mengenai status pembelian pasukan Valencia, Tunku Ismail berkata pintu perbincangan mengenai perkara itu masih terbuka, namun ada beberapa perkara yang harus kelab itu uruskan terlebih dahulu.
"Saya tidak berminat untuk membuat pelaburan bersama kelab yang banyak isu berpanjangan yang belum diselesaikan. Apabila keadaan pandemik bertambah baik, saya akan kembali membuat lawatan ke kelab Eropah ini untuk membuat perbincangan secara bersemuka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 19 2021
Tunku Ismail masih meneliti dan mengkaji daripada pelbagai aspek sebelum membuat sebarang keputusan berhubung pembelian itu. - Gambar/ Facebook @hrhcrownprinceofjohor
Trump akan lawat California tinjau kerosakan akibat kebakaran hutan
Trump dijangka melawat selatan California untuk tinjau kawasan yang terjejas akibat kebakaran hutan di tengah-tengah ketegangan yang berterusan dengan Gabenor Demokrat.
Suami isteri maut, tiga cedera dalam kemalangan di Mersing
Sepasang suami isteri maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Jalan Mersing-Endau, Kampung Bukit Buruk, pada Jumaat.
Pertama kali dalam sejarah Denmark, pendakwa raya fail pertuduhan kes hina al-Quran
Pendakwa Raya di Copenhagen telah membawa kes pertama pelanggaran Seksyen 110e(2) Kanun Jenayah Denmark mengenai layanan yang tidak wajar terhadap kitab suci agama.
Polis Selangor sahkan kes tembakan libatkan APMM, warga asing
Pengadu terima tiga pesakit lelaki disyaki warga asing dalam keadaan sedar dan mengalami kecederaan kesan tembakan di anggota badan.
Kerugian bertambah dan hasil menurun pada suku keempat Boeing
Keputusan ini dipengaruhi oleh pemberhentian kerja dan perjanjian dengan IAM serta caj untuk beberapa program pertahanan, angkasa lepas dan keselamatan.
Malaysia terus kekal teraju kewangan Islam dunia
Malaysia berada di kedudukan pertama buat kali ke-12 berturut-turut dengan skor tertinggi 144 mata, diikuti Arab Saudi (119).
Kepengerusian ASEAN: PETRA pacu agenda tenaga, bina kemakmuran
Mesyuarat Khas Pegawai Kanan ASEAN mengenai Tenaga menerima lapan keutamaan tahunan yang dicadangkan untuk sektor tenaga ASEAN 2025.
Masters Indonesia: Beregu negara tempah tiket ke final lebih awal
Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Man Wei Chong-Kai Wun Tee dijadual berentap dalam aksi beregu lelaki hari ini.
Bantuan Kasih YKM mula diagihkan hujung bulan ini
Keputusan dibuat pada Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Dis lepas untuk memberi bantuan secara bulanan berbanding tahunan seperti sebelum ini.
Bomba laksana projek rintis PGOK di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya - KP Bomba
PGOK merupakan penjenamaan semula Pusat Pengurusan Operasi yang bertindak sebagai nadi komunikasi dan pengoperasian JBPM.
Insiden 'nakal' ke atas Arif Aiman, Theerathon Bunmathan terima hukuman berat AFC
Kapten Buriram United, Theerathon Bunmathan, menerima hukuman berat daripada AFC berikutan kekasaran ke atas pemain sayap JDT, Arif Aiman Hanapi.
TFC akui peluang ke pentas akhir Piala Malaysia tipis
Kekalahan besar di hadapan lebih 11,000 penyokong di laman sendiri memudarkan impian Terengganu FC untuk bergelar finalis seperti musim lepas.
Piala Malaysia: JDT sebelah kaki di final
Johor Darul Ta'zim (JDT) membenam Terengganu FC (TFC) 4-0 pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam tadi.
Piala Malaysia: TFC elak permainan bertahan hadapi JDT
Terengganu FC (TFC) tidak akan sesekali menampilkan corak permainan bertahan pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta'zim (JDT).
400 pegawai, anggota kawal perlawanan TFC lawan JDT - Polis
Polis akan menempatkan 400 pegawai dan anggota untuk mengawal keselamatan sepanjang perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia membabitkan TFC dan JDT.
Permohonon diperkenan, Akhyar Rashid ucap terima kasih kepada TMJ
Akhyar Rashid, meluahkan penghargaan tak terhingga kepada Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, atas peluang dan kesempatan yang diberikan kepadanya.
Akhyar Rashid sah milik TFC
Berita itu dikongsikan pihak pengurusan Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) menerusi laman sosial Facebook rasmi TFC.
JDT lakar sejarah rekod kemenangan ke-29 berturut-turut
Johor Darul Ta'zim (JDT) sekali lagi melakar sejarah dengan merekodkan kemenangan ke-29 berturut-turut di laman sendiri dalam saingan Liga Super sejak 24 Jun 2022.
'Memang senang nak salahkan FAM' - Tunku Mahkota Ismail
PEMBANGUNAN bola sepak akar umbi seharusnya menjadi tanggungjawab setiap kelab dalam memastikan kelancaran proses melahirkan lebih ramai pemain tempatan pada masa depan.
Liga Super: Kurang yakin punca kekalahan - Sabah FC
Stano tetap positif bahawa Sabah FC mampu untuk mencapai sasaran berada dalam kedudukan tiga teratas Liga Super bagi musim ini.