KUALA LUMPUR: Entiti baharu sepak takraw negara, Konfederasi Sepak Takraw Malaysia (MSC) memberi jaminan tidak akan melakukan perubahan drastik terhadap pasukan kebangsaan dalam masa terdekat, selepas disahkan menjadi ahli gabungan rasmi Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF) pada Sabtu.
Presiden MSC Datuk Suhaili Abdul Rahman berkata keputusan itu dibuat agar tidak menjejaskan persiapan skuad negara menjelang Sukan SEA Hanoi di Vietnam, yang dijadual berlangsung dari 12 hingga 23 Mei ini.
"Paling utama buat masa ini bagi MSC adalah membantu mempermudahkan cara skuad kebangsaan hadapi Sukan SEA.
"Kami tidak hasrat melakukan rombakan besar-besaran selain mengubah apa yang disusun selama ini tanpa perbincangan bersama pihak berkepentingan kami iaitu jurulatih dan pemain," katanya ketika dihubungi Bernama semalam.
Pada Sabtu, Presiden ASTAF Datuk Abdul Halim Kader dari Singapura serta Setiausaha Agung, Boonchai Lorhpipat dari Thailand mengesahkan MSC menjadi ahli gabungan baharu badan induk sukan itu di peringkat Asia menerusi satu sijil ditandatangani mereka berdua.
Dalam pada itu, Suhaili turut menyatakan penghargaan kepada ASTAF apabila menaruh kepercayaan kepada MSC untuk menerajui sepak takraw Malaysia.
Beliau juga memaklumkan akan melakukan kunjungan hormat kepada Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negara dan Majlis Olimpik Malaysia bermula minggu depan untuk berkongsi misi yang ingin dibawa dalam memajukan sukan tersebut.
Khamis lepas, Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS) serta Kementerian Belia dan Sukan menyokong permohonan MSC untuk menjadi ahli gabungan ASTAF.
Kemelut sepak takraw negara bermula apabila ASTAF menyingkirkan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) pada Mei 2021 susulan tindakan Presidennya ketika itu Datuk Seri Ahmad Ismail, atas kapasitinya sebagai Timbalan Presiden ASTAF menghantar surat kepada Majlis Olimpik Asia (OCA) dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) pada 24 Feb tahun lepas.
Ahmad, yang lebih dikenali sebagai 'Tok Mat' kemudian melepaskan jawatannya dalam PSM pada Jun tahun lepas, diikuti dengan beberapa usaha dan penambahbaikan dibuat oleh persatuan itu dengan harapan untuk kembali mendapat keahlian ASTAF.
Namun ASTAF baru-baru ini mengesahkan ia tidak menerima PSM sebagai ahli gabungannya.
Berikutan itu, PJS membenarkan MSC untuk mendapat kepercayaan ASTAF dan Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) sebagai wakil Malaysia dalam sepak takraw di peringkat antarabangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 06 2022
Suhaili turut menyatakan penghargaan kepada ASTAF apabila menaruh kepercayaan kepada MSC untuk menerajui sepak takraw Malaysia. - Gambar fail/Facebook Konfederasi Sepak Takraw Malaysia
Perhilitan Kelantan tangkap gajah jantan liar rosakkan tanaman penduduk di Lojing
Perhilitan Kelantan berjaya memindahkan seekor gajah jantan dewasa di kawasan kebun berhampiran Hentian Eco Rehat dan Rawat Lojing di sini Jumaat lepas.
Datuk Vida lantik peguam selesai isu hutang lebih RM1 juta
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 53 tahun berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Polis tumpas sindiket dadah libatkan rampasan hampir RM450,000
Polis berkata dua suspek warga tempatan berusia 29 dan 31 tahun yang ditahan itu, dipercayai aktif beroperasi di sekitar Sentul dan Jinjang.
MIMOS akan terus pacu inovasi tenaga lestari
MIMOS Berhad akan terus memacu inovasi dalam bidang tenaga lestari bagi menjadikan Malaysia sebagai peneraju teknologi hijau.
Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta
Banjir: Jumlah mangsa di Terengganu berkurang, Johor dan Kelantan tidak berubah
Situasi banjir di Terengganu dilaporkan semakin pulih apabila jumlah mangsa ditempatkan di PPS di negeri itu berkurang manakala jumlah mangsa di Johor dan Kelantan tidak berubah setakat 8 malam ini.
Peruntukan RM60,000 ADUN pembangkang Pulau Pinang kekal bagi tahun 2025
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM60,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bagi tahun 2024, dan jumlah itu akan dikekalkan tahun 2025, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Tiga beranak maut kemalangan di Setiu baru pulang majlis konvokesyen anak bongsu
Tiga beranak yang maut dalam kemalangan di Setiu, Terengganu awal pagi tadi, dipercayai dalam perjalanan pulang ke Kelantan selepas menghadiri majlis konvokesyen anak.
Syarat tambahan lesen memandu kepada warga emas? Kerajaan tidak akan terburu-buru - Anthony
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Isnin, didorong oleh momentum meningkat dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
Pengurus skuad sepak takraw wanita negara digantung lima tahun
Astaf telah mengarahkan PSM mengeluarkan surat rasmi kepada Wan Mohd Husni dengan melucutkan semua jawatan dipegang beliau berkuat kuasa 9 Dis 2019 hingga 8 Dis 2024.
Indonesia bantah penyertaan Malaysia acara antara regu
Asnawi berkata tindakan itu tidak mengikut peraturan dan jika diteruskan dengan keputusan tersebut, pasti akan memberi masalah pada hari perlawanan kelak.