KUALA LUMPUR: Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf) menggantung pengurus pasukan sepak takraw wanita kebangsaan Wan Mohd Husni Abdullah selama lima tahun daripada terlibat dalam sebarang aktiviti berkaitan sukan berkenaan atas kesalahan disiplin.
Astaf telah mengarahkan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) untuk mengeluarkan surat rasmi kepada Wan Mohd Husni dengan melucutkan semua jawatan dipegang beliau dalam PSM termasuk sebagai Presiden Persatuan Sepak Takraw Negeri Sembilan berkuat kuasa 9 Dis 2019 hingga 8 Dis 2024.
PSM juga diarahkan menghantar salinan surat rasmi tersebut kepada Astaf sebagai bukti tindakan telah diambil selain memberi amaran bakal dikenakan hukuman jika mendapati Wan Mohd Husni gagal mematuhi hukuman dikenakan.
"Astaf ingin menegaskan dalam tempoh penggantungan tersebut sekiranya Wan Mohd Husni masih melibatkan diri dalam apa-apa jua aktiviti sepak takraw maka pihak kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas ke atas PSM kerana gagal mengawal beliau untuk mematuhi tindakan pihak Astaf.
"Secara jelasnya kesalahan yang dicetuskan beliau (Wan Mohd Husni) adalah sangat serius dan juga termaktub dalam Perlembagaan PSM Fasal 34 dan Fasal 40," kata Presiden Astaf Datuk Abdul Halim Kader dalam surat kepada PSM, semalam.
Wan Mohd Husni sebelum ini digantung tugas sementara oleh Astaf atas kesalahan disiplin gara-gara berkelakuan agresif ketika membantah keputusan pengadil pada temasya Sukan SEA 2019 di Filipina.
Beliau didakwa meluru ke arah pengadil Roy Fabay dan melontarkan perkataan tidak sopan semasa aksi final regu lelaki membabitkan Malaysia dan Thailand.
Sementara itu, Astaf berharap PSM dapat mengambil tindakan segera untuk memastikan sebarang ketetapan yang telah digariskan berkaitan tindakan salah laku dapat dipatuhi dengan sebaiknya sepanjang tempoh penggantungan tersebut.
Perkembangan itu sekali gus memberi tamparan kepada pasukan sepak takraw wanita kebangsaan menjelang edisi ke-31 temasya dwi tahunan itu di Hanoi, Vietnam yang dijadual berlangsung dari 21 Nov hingga 2 Dis depan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 01 2021

Perkembangan terbaru memberi tamparan kepada pasukan sepak takraw wanita kebangsaan menjelang Sukan SEA di Hanoi, Vietnam yang dijadual berlangsung dari 21 Nov hingga 2 Dis depan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.
[TERKINI] 23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

23 individu termasuk 7 anggota polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, malam tadi.
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.

MSC kini sah ahli gabungan ASTAF
Perkara itu disahkan oleh Presiden ASTAF Abdul Halim Kader.

Pelbagai langkah perlu diambil untuk kembalikan kegemilangan sepak takraw negara - GASTAK
Ia perlu dilakukan selepas beberapa persatuan sepak takraw negeri menarik diri daripada Persatuan Sepak Takraw (PSM).

ASTAF boleh gantung Presiden PSM 'Tok Mat' seumur hidup
Datuk Abdul Halim menjelaskan, Tok Mat tidak dibenarkan memegang sebarang jawatan dalam persatuan itu sehingga kes perbicaraannya selesai.

Pengurus skuad sepak takraw wanita negara digantung lima tahun
Astaf telah mengarahkan PSM mengeluarkan surat rasmi kepada Wan Mohd Husni dengan melucutkan semua jawatan dipegang beliau berkuat kuasa 9 Dis 2019 hingga 8 Dis 2024.