Presiden Persatuan Sepak Takraw Indonesia (PSTI) Asnawi Abdul Rachman menyelar tindakan Persatuan Sepak Takraw Asia (Astaf) yang kembali menyenaraikan Malaysia dalam acara antara regu.
Beliau berkata tindakan itu tidak mengikut peraturan dan jika diteruskan dengan keputusan tersebut, pasti akan memberi masalah pada hari perlawanan kelak.
"Saya berpandukan pada majlis undian yang dijalankan pada Julai lalu di mana nama Malaysia tidak tersenarai dalam acara antara regu.
"Tapi sekarang Malaysia 'memaksakan diri' untuk memasuki acara ini (antara regu). Saya yakin lapan negara lain yang turut menyertai acara itu juga akan menolak (protes)," katanya kepada Bernama selepas menghadiri mesyuarat pengurus pasukan di sini pada Sabtu.
Pada Jumaat, Bernama melaporkan pasukan tuan rumah, Indonesia, China, Pakistan, Singapura, India, Filipina, Korea Selatan dan Nepal membuat protes agar Malaysia tidak disenaraikan dalam acara berkenaan.
Penyertaan Malaysia dalam acara antara regu lelaki sebelum ini, menjadi tanda tanya selepas Malaysia tidak tersenarai dalam acara yang menjadi sandaran emas itu, sebaliknya hanya disenaraikan dalam acara regu dan beregu berpasukan.
BACA: Obor sudah dinyalakan dari gunung berapi, semangat Sukan Asia 2018 membara!
Namun, Presiden Astaf Datuk Abdul Halim Kader pada Jumaat mengesahkan pendirian Astaf untuk kembali menyenaraikan Malaysia dalam acara antara regu demi memikirkan kesejahteraan sejagat dan hubungan muhibah negara-negara serantau.
Aksi pertama skuad negara akan bermula hari ini (Ahad), dalam acara regu berpasukan menentang Thailand.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 18 2018

Asnawi berkata, beliau yakin lapan negara lain yang turut menyertai acara tersebut akan menolak keputusan Astaf yang kembali menyenaraikan Malaysia dalam acara antara regu. --fotoBERNAMA
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

ASTAF sahkan penggunaan sistem ranking pada Piala Asia 2025
Edisi sulung Kejohanan Sepaktakraw Piala Asia 2025 bakal jadi rujukan untuk pelaksanaan sistem ranking pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Jepun.

PSM ditawar hak penganjuran Piala Asia 2025 - ASTAF
ASTAF menawarkan hak penganjuran kepada Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) sebagai tuan rumah Kejohanan Sepaktakraw Piala Asia 2025.

Piala Dunia Kuala Lumpur cetus penanda aras baharu sepak takraw - ISTAF
Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw Kuala Lumpur yang berlangsung dari 18 hingga 26 Mei mencetuskan satu penanda aras baharu.

Sistem ranking diperkenalkan di Piala Dunia Sepak Takraw 2024
Ia merupakan antara usaha bagi membolehkan sukan sepak takraw mendapat pengiktirafan IOC untuk dipertandingkan dalam temasya Sukan Olimpik.

Tiada kompromi terhadap enggan guna 15 mata - ISTAF
ISTAF akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang mengabaikan garis panduan baharu itu.

Tiga wakil ISTAF hadir Forum IF 2023
Tiga wakil ISTAF dijemput menghadiri Forum Persekutuan Antarabangsa (IF) 2023 di Lausanne, Switzerland.

ISTAF terima kembali PSM
Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) diterima semula sebagai ahli gabungan Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) berkuat kuasa 15 Julai lepas.

ISTAF perkenal sistem pengiraan mata baharu berkuat kuasa tahun depan
Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) meluluskan sistem pengiraan baharu 15 mata setiap set, dan bukannya 21 mata sebagaimana sebelumnya.

PSM kembali bernaung di bawah ASTAF
ASTAF telah meluluskan permohonan PSM sejak dua bulan lalu dalam usaha melonjakkan lagi keterampilan sukan sepak takraw tanah air.

Pembubaran MASTAF perlu ikut lunas perlembagaan - ISTAF
Tindakan pembubaran juga perlu dipersetujui dua pertiga ahli gabungan yang berhak mengundi.