KUALA LUMPUR: Beregu lelaki nombor satu dunia Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dari Indonesia nyata berada dalam kelas tersendiri untuk menundukkan Liang Wei Keng-Wang Chang dari China 21-18, 18-21, 21-13, pada aksi final Terbuka Malaysia 2023 di Axiata Arena.
Kemenangan berkenaan menyaksikan naib juara Kejohanan Badminton Dunia 2019 dan 2022, berjaya menyekat dominasi China merangkul kesemua gelaran beregu pada kejohanan itu.
Fajar, 27, berkata kemenangan di pentas Super 1000 buat pertama kali, sangat bermakna buatnya membuktikan mereka layak berada pada ranking teratas dunia, selain meningkatkan keyakinan untuk beraksi di Terbuka India bermula Selasa ini (17 Jan).
"Alhamdulillah bersyukur menang hari ini. Saya rasa pada set ketiga saya cakap pada Muhammad Rian mari lakukan yang terbaik, tidak kira di mana pukulannya kita kejar sahaja. Namun, kami mahu keep humble dengan kemenangan ini.
"Kami juga ucapkan terima kasih kepada semua peminat badminton di Axiata Arena yang sentiasa memberi sokongan kepada kami. Memang sorakan itu menambah semangat ketika kami berdua pamerkan aksi terbaik di dalam gelanggang," katanya.
Pada edisi lepas, Fajar-Muhammad Rian terpaksa berpuas hati di tempat kedua Terbuka Malaysia, selepas dibenam gandingan Jepun Takuro Hoki-Yugo Kobayashi, 22-24, 21-16, 9-21.
Terdahulu, beregu wanita pertama dunia Chen Qing Chen-Jia Yi Fan menewaskan pasangan Korea Selatan yang berada pada ranking ke-20 dunia, Baek Ha Na-Lee Yu Lim, 21-16, 21-10 dalam perlawanan yang berlangsung selama 52 minit.
Qing Chen, pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020, bagaimanapun mengakui perhitungan bersama naib juara Terbuka Jepun 2022 itu bukanlah mudah apabila corak permainan pertahanan yang ditonjolkan mereka adalah amat baik.
"Berbanding dengan pemain Korea Selatan yang lebih kepada serangan, mereka (Ha Na-Yu Lim) lebih kepada aksi bertahan yang sangat baik. Lagipun ini sudah kali ketiga kami berjumpa dalam gelanggang jadi sudah agak biasa.
"Kami tidak terlampau memikirkan kepada kemenangan sahaja sebab kami percaya sekiranya seseorang pemain selalu memenangi kejohanan, seseorang itu tidak tahu bagaimana mahu bangkit semula," katanya menerusi jurubahasa.
China turut merangkul gelaran beregu campuran apabila pasangan nombor satu dunianya, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong meraih gelaran Terbuka Malaysia buat kali keempat berturut-turut selepas menundukkan gandingan dari Jepun, Yuta Watanabe-Arisa Higashino 21-19, 21-11.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 15 2023

Fajar Alfian dan Muhammad Rian Ardianto bergambar bersama pingat yang dimenangi selepas menewaskan pemain China Liang Wei Keng dan Wang Chang pada perlawanan akhir Kejohanan Badminton Petronas Terbuka Malaysia 2023. - Foto BERNAMA

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Sze Fei-Nur Izzuddin disaran lebih selektif pilih kejohanan - Razif
Beregu nombor satu negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani disaran supaya hanya mengambil bahagian dalam kejohanan peringkat tertinggi yang berstatus sekurang-kurangnya Super 750.

Bin Shen tetap bangga walaupun tiada 'hadiah perpisahan'
Ketua jurulatih beregu lelaki negara Tan Bin Shen tetap berpuas hati dengan prestasi anak buahnya di Terbuka Malaysia 2025.

Roy King tetap mahu fokus main dua kategori
Pemain badminton negara Yap Roy King berhasrat kekal beraksi dalam dua kategori iaitu beregu lelaki dan beregu campuran, sama seperti yang dilakukan sebelum ini.

Jurulatih baharu: Kami beri cadangan namun terserah pada BAM - Aaron
Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengakui sudah mengemukakan beberapa calon ketua jurulatih beregu lelaki baharu kepada BAM bagi menggantikan Tan Bin Shen.

TPM Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Sze Fei-Nur Izuddin juarai Terbuka Artik
Kebangkitan #FeiDin menyuntik semangat juang yang tinggi dan inspirasi buat kita semua, kata Ahmad Zahid.

Terbuka Jepun: Dua beregu lelaki negara tempa nasib berbeza
Dua beregu lelaki negara menempa nasib berbeza dalam aksi pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Jepun.

Aaron-Wooi Yik tampil dengan penampilan baharu
"Kami mahu mencapai sesuatu yang belum pernah dilakukan sebelum ini. Itu sentiasa menjadi motivasi kepada kami."

Masih banyak sasaran perlu dicapai dua beregu lelaki negara - Jurulatih
Beliau berkata, kedua-dua beregu negara masih belum merangkul gelaran di kejohanan Super 500 dan Super 750 meskipun bergelar atlet senior.

Aaron-Wooi Yik naib juara Seluruh England
IMPIAN Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk menamatkan kemarau 17 tahun Kejuaraan Seluruh England buat beregu lelaki negara tidak kesampaian apabila tewas kepada juara bertahan dari Indonesia.

BATC: Hao Nan-Wei Han sukarkan peluang Malaysia pertahan kejuaraan
Aaron Chia dan Soh Wooi Yik gagal meraih mata pertama Malaysia selepas tewas kepada gandingan China, Xie Hao Nan dan Zeng Wei Han dalam perlawanan kedua.