DUA beregu lelaki negara menempa nasib berbeza dalam aksi pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Jepun di Kanagawa sebentar tadi.

Beregu pilihan kelapan, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, mempamerkan aksi bertenaga untuk ke suku akhir dengan menundukkan gandingan Taiwan, Liu Kuang Heng-Yang Po Han, 21-14, 24-22 dalam masa 47 minit.

Mereka seterusnya akan bertemu lawan pilihan keempat dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto, bagi perebutan tempat ke separuh akhir.

Dalam pada itu, cabaran beregu meningkat naik negara, Choong Hon Jian-Haikal Nazri, tamat dalam pusingan kedua selepas tewas kepada Fajar-Muhammad Rian.

Gandingan negara itu, bagaimanapun, memberikan tentangan sengit sebelum tewas 21-16, 8-21, 15-21 selepas bertarung selama 49 minit. -- Stadium Astro