BEREGU wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M Thinaah, mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Jepun dengan mengejutkan gandingan pilihan ketiga dari Korea Selatan, Lee So Hee-Shin Seung Chan, di Osaka sebentar tadi.
Wakil negara itu mendahului 9-6 dalam set pertama tetapi membenarkan lawan untuk mengikat kedudukan sebanyak dua kali di kedudukan 9-9 dan 1-1 sebelum kehilangan momentum dan tewas 16-21 dalam set berkenaan.
Bagaimanapun, aksi hampir sempurna mula dipamerkan mereka dalam set kedua, di mana Pearly dan Thinaah tidak pernah ketinggalan sejak awal saingan sebelum menamatkannya dengan kemenangan 21-14.
Set penantuan berlangsung lebih sengit dan biarpun beregu negara itu mendahului sejak dari awal, So Hee dan Seung Chan berhasil mengikat kedudukan di angka 16-16 tetapi Pearly dan Thinaah jelas beregu yang lebih baik hari ini untuk menamatkan pertarungan selama lebih sejam itu dengan kemenangan 21-18 dalam set terakhir.
Dalam pada itu, nasib berbeza dilalui beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzudin Rumsani, yang terpaksa akur disingkirkan gandingan Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana, seawal pusingan pertama.
Sze Fei dan Nur Izzuddin tewas 17-21, 21-18, 19-21 dalam masa sejam. -- Stadium Astro
Astro Arena
Tue Aug 30 2022

Pearly Tan-M Thinaah, mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Jepun dengan mengejutkan gandingan pilihan ketiga dari Korea Selata, - Foto fail/BERNAMA

Rundingan gencatan senjata Gaza di Kaherah gagal mara ke fasa kedua: Laporan
Rundingan Kaherah mengenai fasa kedua perjanjian gencatan senjata antara gerakan penentangan Palestin Hamas dan rejim Israel telah gagal, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Rebut 5 waktu mustajab berdoa di bulan Ramadan
Ramadan adalah bulan yang istimewa bagi umat Islam, bukan sahaja kerana kewajipan berpuasa tetapi juga kerana peluang untuk mendapatkan keberkatan dan memperbanyakkan doa.
[TERKINI] Rundingan gencatan senjata Gaza di Kaherah gagal ke fasa kedua
Rundingan Kaherah mengenai fasa kedua perjanjian gencatan senjata antara Hamas dan rejim Israel telah gagal.

Warga emas hilang di hutan Sarikei hampir seminggu ditemukan selamat
Seorang warga emas yang dilaporkan hilang hampir seminggu di hutan kawasan Rumah Luang Empaong, Roban, Saratok, ditemukan selamat hari ini.
MCA mahu bertanding semua PRN, PRU16
MCA menegaskan pendiriannya untuk bertanding dalam semua PRN dan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Kadar dividen 2024
Kumpulan wang simpanan pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 2024 yang lebih tinggi iaitu 6.30 peratus bagi kedua-dua jenis simpanan, konvensional dan shariah.
KWSP antara dana persaraan terbesar di dunia - CEO
KWSP berada di ranking ke-13 sebagai dana persaraan terbesar di dunia dan kelima terbesar di Asia setakat September 2024.

Peta haba tunjukkan musim panas Australia semakin panas, berisiko
Musim panas di Australia semakin panas dan lebih berbahaya, dengan lebih banyak pinggir bandar di bandar yang berisiko akibat panas melampau.

PM Anwar seru umat Islam perkukuh ibadah dan takwa di bulan Ramadan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru umat Islam di Malaysia untuk memperkukuh amal ibadah dan meningkatkan ketakwaan dalam menghayati keberkatan bulan Ramadan.

Dua lelaki melecur dalam kebakaran bengkel di Klang
Dua lelaki melecur dalam kebakaran membabitkan sebuah bengkel kenderaan di Jalan Sungai Puloh 5, Kawasan Perindustrian Sungai Puloh di Kapar, Klang hari ini.

Badminton Terbuka Jepun: Pearly-Thinaah lakukan kejutan, tumbangkan pilihan ketiga
Pearly Tan-M Thinaah, mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Jepun dengan mengejutkan gandingan pilihan ketiga dari Korea Selatan.