KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang tampil dengan penampilan lebih kurus mahu mencipta sejarah membawa pulang pingat emas pertama negara di Sukan Olimpik Paris 2024 yang dijadualkan berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos ini.
Pasangan nombor lima dunia itu yang melakar sejarah menjadi beregu lelaki pertama Malaysia bergelar juara dunia pada 2022 selain konsisten dalam kejohanan-kejohanan utama, optimis mampu mengatasi pencapaian meraih gangsa dalam edisi Tokyo 2020.
"Kami mahu mencapai sesuatu yang belum pernah dilakukan sebelum ini. Itu sentiasa menjadi motivasi kepada kami.
"Kali ini mungkin peluang buat kami, tiada tekanan, kita nikmati setiap perlawanan dan tidak akan mengalah," kata Aaron dalam sidang media di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di sini hari ini.
Malaysia yang belum pernah meraih pingat emas Sukan Olimpik sejak penampilan sulung pada Melbourne 1956 memenangi lapan perak dan lima gangsa secara keseluruhan dan daripada jumlah itu, enam perak dan tiga gangsa disumbang menerusi sukan badminton.
Mengulas penampilan baharu itu, Aaron berharap program penurunan berat badan dirancang jurulatih Tan Bin Shen akan membantu mereka berada pada prestasi terbaik di Porte de La Chapelle Arena, Paris dari 27 Julai hingga 5 Ogos ini.
Pemain berusia 27 tahun dari Melaka itu berkata penampilan lebih kurus dicapai melalui latihan tambahan pada waktu malam selain sesi pagi dan petang dan mengawal pemakanan sejak beberapa minggu lalu bagi mengurangkan lemak badan dan menambah otot.
Dalam pada itu Wooi Yik berharap latihan untuk mencapai bentuk badan berkenaan akan membantu mereka beraksi cemerlang di Sukan Olimpik yang mencabar dari segi fizikal.
"Latihan kecergasan dan kekuatan selain kejohanan simulasi seumpama pertandingan sebenar akan membantu kami di Paris. Sukan Olimpik amat sukar dan kami perlu mengharungi perlawanan peringkat kumpulan sebelum pusingan kalah mati serta menentang pemain-pemain terbaik dunia.
"Jadi, dari segi fizikal dan mental sangat penting, kami bersedia 100 peratus untuk itu. Kami berdepan begitu banyak kepayahan dan saya rasa bagaimana kami kembali lebih kuat itu amat penting," katanya.
Wooi Yik berkata semangat patriotik dan cintakan negara sentiasa mendorongnya dan Aaron untuk memberikan persembahan yang diharapkan seperti di Sukan Olimpik Tokyo, Sukan Asia Hangzhou dan Kejohanan Dunia 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 10 2024

Wooi Yik berkata semangat patriotik dan cintakan negara sentiasa mendorongnya dan Aaron untuk memberikan persembahan yang diharapkan. - Bernama
Konflik di Gaza: Israel lakukan genosid, serangan seksual di Gaza - Pakar PBB
Israel telah melakukan "tindakan genosid" terhadap rakyat Palestin dengan sengaja memusnahkan kemudahan kesihatan wanita di Gaza dan menggunakan keganasan seksual sebagai strategi perang.

Malas nak bising-bising - TMJ
Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, memuat naik gambar telah menjalani pertemuan empat mata bahawa pemain warisan terbaharu negara, Hector Hevel lebih awal lagi.
Portugal adakan pilihan raya awal pada 18 mei
Portugal akan mengadakan pilihan raya awal pada 18 Mei selepas kerajaan minoriti pimpinan Luis Montenegro tumbang susulan usul undi tidak percaya.
Trump mahu pulihkan hubungan dengan Jong-Un
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menyuarakan hasratnya untuk memulihkan hubungan dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, yang terjalin semasa penggal pertamanya sebagai presiden.

Pemaparan harga ubat bukan bertujuan kawal harga, beri akses maklumat kepada pengguna - Armizan
Perintah pemaparan harga ubat di klinik dan hospital swasta berkuat kuasa 1 Mei depan bukan bertujuan mengawal harga ubat.

Sultan Pahang cadang Desa Kayangan di Brinchang jadi tarikan pelancong
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah supaya Kampung Desa Kayangan di Brinchang di sini dijadikan Kampung Melayu yang menjadi tarikan pelancong.
Polis tembak mati tiga penjenayah warga asing di Sepang
Polis menembak mati tiga penjenayah warga asing yang dikategorikan sebagai ganas dan bahaya menerusi Op Rantau di Desa Vista, Sepang, awal pagi Jumaat. #AWANInews
Ismail Sabri keluar dari SPRM, hampir empat jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi keterangan selama hampir empat jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau.

SUKMA 2026: Status pickleball bergantung undian negeri - Hannah
Status pickleball sebagai satu daripada acara pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 belum diputuskan dan masih bergantung kepada undian negeri-negeri yang terlibat.

Ops Campur periksa 308 premis, Akta Padi dan Beras diperhalusi - Armizan
Sebanyak 308 premis pembungkus dan pengilang beras import diperiksa melibatkan 99 sampel dalam Ops Campur setakat Jumaat.

Aaron sah beraksi di Seluruh England - Herry
Aaron dan pasangannya Soh Wooi Yik akan membuka kempen menentang gandingan Denmark Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard.

Jurulatih baharu: Kami beri cadangan namun terserah pada BAM - Aaron
Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengakui sudah mengemukakan beberapa calon ketua jurulatih beregu lelaki baharu kepada BAM bagi menggantikan Tan Bin Shen.

Izzuddin-Sze Fei mungkin 'takluk' gelaran beregu nombor satu negara daripada Aaron-Wooi Yik
Gandingan Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei berkemungkinan merampas gelaran beregu lelaki nombor satu Malaysia daripada Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjelang kemas kini ranking BWF, Selasa ini.

Aaron Chia nafi minta gaji RM2 juta daripada BAM
Beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia, menafikan dakwaan dia meminta gaji tahunan sejumlah RM2 juta daripada Persatuan Badminton Malaysia.

Aaron-Wooi Yik fokus kembalikan prestasi sebenar
Pemain beregu lelaki nombor satu negara Soh Wooi Yik berazam mengembalikan prestasi sebenar bersama pasangannya Aaron Chia sekembalinya pulih dari kecederaan.

Sambung kontrak, balas jasa BAM dengan pingat emas - Aaron
Keputusan Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk terus di bawah BAM adalah untuk membalas jasa persatuan itu dengan pingat emas pada Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

Aaron-Wooi Yik terima ganjaran RM125,000 daripada BAM
Beregu lelaki nombor satu negara Aaron Chia dan Soh Wooi Yik menerima RM125,000 seorang daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Aaron-Wooi Yik tidak rehat lama lepas menang gangsa Olimpik Paris
Usai kempen Olimpik Paris, beregu lelaki negara Aaron Chia dan Soh Wooi Yik hanya akan berehat seketika.

Olimpik Paris 2024: Aaron Chia, Wooi Yik lolos ke separuh akhir, tewaskan jaguh India
Meskipun ketinggalan, namun pasangan negara berjaya bangkit dan menang di set terakhir 21-16, sekali gus mara ke separuh akhir.

Wooi Yik mahu maksimum penggunaan tempoh sebulan menjelang Olimpik
Wooi Yik membuat keputusan untuk terus berada di asrama ABM sehingga berlepas ke Aire Sur La Lys untuk kem latihan 10 hari bermula 10 Julai.