AARON CHIA dan Soh Wooi Yik gagal meraih mata pertama Malaysia selepas tewas kepada gandingan China, Xie Hao Nan dan Zeng Wei Han dalam perlawanan kedua final Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024.
Selepas kekalahan Leong Jun Hao di tangan Weng Hong Yang, Aaron-Wooi Yik sedar akan keperluan mereka untuk mendapatkan mata pertama kem negara bagi mencerahkan kembali peluang untuk Malaysia mempertahankan kejuaraan.
Namun bukan permulaan yang dimahukan pasangan negara apabila memberikan rentetan empat mata buat Hao Nan-Wei Han sebelum mula menemui sentuhan, merapatkan jurang kepada 4-6.
Tetapi Hao Nan-Wei Han kembali menguasai perlawanan, biarpun hanya berkelebihan satu mata pada pertengahan set pembukaan.
Aksi berintensiti tinggi dipamerkan kedua-dua pasangan dengan servis saling bertukar tangan pada kedudukan mata 13 sama.
Hao Nan-Wei Han tampak lebih konsisten dan kurang membuat kesilapan hinggalah menemui mata kemenangan 21-16 pada set pertama.
Aksi kompetitif antara Aaron-Wooi Yik dan Hao Nan-Wei Han berterusan di set kedua, dengan mata terikat lima sama, enam sama, sebelum wakil negara yang mengorak langkah kanan mendahului 11-7.
Rentak cemerlang duo negara ini berjaya dikekalkan sehinggalah tamat set kedua 21-16 sekali gus mengheret perlawanan ke set penentuan.
Saingan sengit bersambung di set ketiga daripada mata terikat tiga sama hinggalah lapan sama, sebelum Aaron-Wooi Yik memiliki kelebihan tipis satu mata pada pertengahan set.
Namun beregu negara gagal mengekalkan momentum positif itu dan terpaksa menelan pahit kekalahan 22-24 di set penentuan.
Eogene Ewe bakal turun selepas ini dalam aksi ketiga menentang Lei Lan Xi bagi memastikan Malaysia masih bernyawa dalam perlawanan final.
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro
Astro Arena
Sun Feb 18 2024

Aaron Chia dan Soh Wooi Yik gagal meraih mata pertama Malaysia selepas tewas kepada gandingan China, Xie Hao Nan dan Zeng Wei Han (gambar). - Foto Stadium Astro
AWANI Ringkas: eman lima hari dan tiga hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap
30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa

Olimpik Paris 2024: TPM, Menteri Kabinet ucap tahniah buat Aaron-Wooi Yik peroleh pingat pertama
"Kemenangan ini amat bermakna buat Kontinjen Malaysia apabila mereka berjaya menewaskan pasangan Denmark," kata Ahmad Zahid Hamidi.

Simulasi olimpik Aaron-Wooi Yik 'serap' suasana di Paris
Perlawanan simulasi Sukan Olimpik Paris 2024 memberi 'input' berguna kepada beregu lelaki utama negara Aaron Chia dan Soh Wooi Yik.

BATC: Hao Nan-Wei Han sukarkan peluang Malaysia pertahan kejuaraan
Aaron Chia dan Soh Wooi Yik gagal meraih mata pertama Malaysia selepas tewas kepada gandingan China, Xie Hao Nan dan Zeng Wei Han dalam perlawanan kedua.