KUALA LUMPUR:Pemain tuan rumah yang juga pilihan pertama kejohanan, Ashleigh Barty gagal mengambil kesempatan beraksi di gelanggang sendiri apabila menempa kekalahan dalam saingan suku akhir Tenis Terbuka Australia 2021.
Dia ditunjukkan jalan keluar oleh pemain di ranking 25 dunia, Karolina Muchova sebentar tadi.
Menerusi aksi di Rod Laver Arena itu, pemain nombor satu dunia itu bermula garang dengan mengetepikan Muchova 6-1.
Namun jaguh Republik Czech berusia 24 tahun ini enggan menyerah kalah dan bangkit untuk mendominasi permainan seterusnya sebelum melakar kemenangan bergaya 6-3 dan 6-2 ke atas Barty.
Kata Muchova, dia bermula dengan persembahan yang kurang memberangsangkan kerana Barty bermain dengan baik ditambah dengan kesakitan kepala yang dialaminya.
“Pada set pertama, saya mengalami sakit kepala dan pihak pengurusan menjalankan ujian untuk memeriksa tekanan darah saya.
“Bermula di set kedua, saya hanya fokus dan cuba untuk memberikan aksi yang tangkas untuk menamatkan perlawanan.
“Saya gembira saya berjaya menamatkan aksi dengan kemenangan ini kerana ini merupakan kali pertama saya berada di tahap ini,” katanya selepas tamat perlawanan.
Untuk rekod, kemaraan ke pusingan separuh akhir ini merupakan pencapaian terbaik Muchova di pentas Grand Slam sepanjang kariernya sejak menjadi pemain tenis profesional sejak 2013.
Pada Wimbledon 2019 juga, Muchova pernah mencipta kejutan di pusingan suku akhir apabila menewaskan pemain pilihan perlawanan, Karolina Pliskova yang juga merupakan rakan senegaranya.
Muchova bakal bertemu Jennifer Brady dari Amerika Syarikat yang kini berada di kedudukan ke 22 dunia di pusingan separuh akhir pada Jumaat.
Brady sebentar tadi berjaya menundukkan rakan senegaranya, Jessica Pegula pada set kedua dan penentuan dengan 6-2 dan 6-1 selepas tewas di set pertama perlawanan dengan 6-4.
Syafik Shukri Jalil
Wed Feb 17 2021
Barty ditunjukkan jalan keluar oleh pemain di ranking 25 dunia, Karolina Muchova sebentar tadi.- Foto REUTERS/Asanka Brendon Ratnayake
Lelaki tembak tiga kanak-kanak, remaja didakwa cuba merompak
Seorang lelaki menembak tiga remaja yang didakwa cuba melakukan rompakan bersenjata pada malam Hari Krismas.
LHDN terima 114 juta rekod e-invois setakat 26 Dis
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerima 114 juta e-invois daripada 9,000 pembayar cukai setakat semalam.
Saham TNB melonjak pada sesi awal susulan cadangan tarif baharu
Saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) melonjak pada sesi awal dagangan Jumaat selepas mengumumkan cadangan tarif baharu bagi Semenanjung Malaysia di bawah Tempoh Kawal Selia 4 (RP4).
EPL: Salah jaring gol bersejarah, Liverpool bangkit atasi Leicester
Jordan Ayew membuka jaringan seawal minit keenam tetapi ia masih belum cukup untuk mengeluarkan mereka dari zon penyingkiran.
India berkabung atas kematian bekas PM Manmohan Singh, sanjung legasi reformasi ekonomi
Singh, yang meninggal dunia pada usia 92 tahun di New Delhi malam Khamis, merupakan tokoh ekonomi dan pemimpin yang sangat dihormati.
Tindakan Pas politikkan sambutan Krismas tidak hormat hak rakyat berbilang bangsa - DAP
Tiga Ahli CEC DAP berkata, kepelbagaian etnik, ras, serta suku kaum di Malaysia perlu diraikan, difahami dan saling dihormati,
Anwar ucap selamat ulang tahun kepada Ramos-Horta
Anwar memuji Ramos-Horta sebagai seorang sahabat baik dan individu sejati dalam memperjuangkan kebebasan serta keadilan.
Tiga maut, empat cedera parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Kejadian berlaku berhampiran Raftsundet di kepulauan Lofoten, destinasi pelancongan terkenal di utara Norway.
EPL: Gol dramatik Muniz buat Chelsea tersungkur di laman sendiri
Pertukaran pemain yang dilakukan Marco Silva pada lewat permainan membuahkan hasil yang cukup lumayan.
Kazakhstan tegaskan Azerbaijan, Rusia tidak terlibat dalam siasatan forensik nahas pesawat
Larangan itu berdasarkan prosedur yang ditetapkan dalam Kod Jenayah Kazakhstan.
Tenis Terbuka Australia: Novak Djokovic kekal juara bertahan
Novak Djokovic berjaya mempertahankan status juara bertahan Terbuka Australia 2021 untuk tiga tahun berturut-turut selepas berjaya mengetepikan Daniil Medvedev di Rod Laver Arena pada Ahad.
Tenis Terbuka Australia: Djokovic mara ke final, hampiri misi buru kejuaraan ke-9
Pengalaman pertama beraksi di arena Grand Slam dan seterusnya melangkah ke separuh akhir mungkin menjadi faktor utama Aslan Karatsev gagal mencipta kemenangan ke atas Novak Djokovic.
Tenis Terbuka Australia: Osaka lebur impian Williams, mara ke final
Tatkala peminat dan pemerhati sukan tenis mengharapkan Serena Williams mara ke pusingan akhir Terbuka Australia 2021 dan memenangi trofi Grand Slam yang ke-24.
Tenis Terbuka Australia: Pilihan pertama Ashleigh Barty tersingkir, tumbang di laman sendiri
Pemain tuan rumah, Ashleigh Barty tempa kekalahan dalam saingan suku akhir Terbuka Australia 2021 dalam aksi pertemuan dengan pemain di ranking 25 dunia, Karolina Muchova.
Tenis Terbuka Australia: Kecederaan abdomen tidak halang Djokovic bangkit ke separuh akhir
Di sebalik kecederaan di bahagian abdomen dan aksi yang kurang menarik di awal saingan, Novak Djokovic berjaya mara ke pusingan separuh akhir Terbuka Australia 2021.
Tenis Terbuka Australia: Serena Williams singkirkan Simona Halep, mara bergaya ke separuh akhir
Kemaraan Serena Williams dalam memburu kejuaraan ke-24 di pusingan suku Terbuka Australia 2021 nyata tidak mampu disekat Simona Halep.
Terbuka Australia 2021: Mampukah Simona Halep sekat kemaraan Serena Williams?
Hari ini fokus memihak kepada kepada beberapa jaguh utama seperti Rafael Nadal, Daniil Medvedev dan Ashleigh Barty yang sudah menempah tiket ke aksi suku akhir yang bermula esok.