KUALA LUMPUR: Pemain tenis nombor satu dunia, Novak Djokovic berjaya mempertahankan status juara bertahan Terbuka Australia 2021 untuk tiga tahun berturut-turut selepas mengetepikan Daniil Medvedev di Rod Laver Arena pada Ahad.
Menerusi aksi itu, Medvedev gagal mempamerkan aksi cemerlang membolehkan Djokovic meraih kemenangan straight sets dengan 7-5, 6-2 dan 6-2.
Kemenangan kesembilan diraih menerusi kejohanan itu juga meletakkan Djokovic semakin menghampiri kedudukan Roger Federer dan Rafael Nadal yang setakat ini berjaya meraih 20 trofi Grand Slam.
Pada set pertama yang berlangsung selama 42 minit, Medvedev yang berada di kedudukan keempat dunia berjaya memberikan saingan sengit namun momentum itu gagal dipertahankan dalam set kedua dan penentuan.
Ini membolehkan Djokovic mendominasi aksi seterusnya mencatat kemenangan ke atas jaguh Rusia berusia 25 tahun itu.
“Kepada Medvedev, anda merupakan pemain yang hebat dan merupakan antara pencabar terbaik sepanjang saya beraksi.
“Saya yakin, anda akan mampu meraih trofi Grand Slam yang pertama tidak lama lagi. Masa akan menentukannya.
“Saya menghadapi beberapa kesukaran sepanjang kejohanan ini namun saya berjaya mengatasinya dengan baik atas sokongan hebat daripada anda semua,” katanya.
Saingan sebentar tadi merupakan kali kedua Medvedev beraksi di pentas akhir Grand Slam dan juga merupakan jaguh ketiga dari Rusia yang berjaya mara ke final kejohanan itu selepas Yevgeny Kafelnikov pada 1999 dan Marat Safin (2005).
Pada 2019, dia tewas kepada pemain nombor dua dunia dari Sepanyol, Rafael Nadal di Terbuka Amerika Syarikat.
“Tahniah kepada Djokovic, saya pasti ini bukan kejuaraan terakhir buat anda.
“Ini bukan aksi yang terbaik untuk hari ini namun saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua yang memberikan sokongan terbaik untuk kami beraksi dengan cemerlang.
“Saya sebenarnya berharap untuk memberikan aksi yang panjang untuk anda namun ini bukan harinya, terima kasih atas sokongan hebat ini,” katanya mengakhiri ucapan.
Syafik Shukri Jalil
Sun Feb 21 2021
Kemenangan kesembilan diraih menerusi kejohanan itu juga meletakkan Djokovic semakin menghampiri kedudukan Roger Federer dan Rafael Nadal yang setakat ini berjaya meraih 20 trofi Grand Slam. - Foto: REUTERS
Pesawah di Melaka boleh sewa dron untuk aktiviti pertanian - Exco
Muhamad Akmal berkata, perkhidmatan dron tersebut ditawarkan pada harga berpatutan sejak Jun lalu.
Perkukuh keselamatan digital, hukuman lebih berat tangani isu kanak-kanak hilang, penderaan seksual
Lee berkata isu ini memerlukan tindakan segera memandangkan statistik mendedahkan ramai kanak-kanak hilang berisiko menjadi mangsa eksploitasi.
AZAL umum penangguhan penerbangan ke tujuh bandar di Rusia
Azerbaijan Airlines (AZAL) mengumumkan akan menangguhkan penerbangan ke tujuh bandar di Rusia.
3 maut, 4 parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Tiga maut manakala empat lagi cedera parah selepas sebuah bas terbabas dari lebuh raya lalu terjunam ke tasik di utara Norway pada Khamis.
[TERKINI] Hospital terakhir di utara Gaza diserbu, dibakar
Hospital Kamal Adwan merupakan satu-satunya fasiliti kesihatan terakhir tinggal di utara Gaza.
AB Rauf sahkan ada rombakan kabinet negeri
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengesahkan kerajaan negeri akan melaksanakan rombakan portfolio exco dalam tempoh terdekat.
Penyedia diminta segera mohon lesen operasi di Malaysia
Penyedia platform media sosial diminta segera mendaftar lesen perkhidmatan masing-masing menjelang penguatkuasaan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi pada 1 Jan 2025.
Beri insentif kepada operator kenderaan berat adaptasi teknologi keselamatan – Penyelidik MIROS
Pegawai Penyelidik, Unit Kenderaan Dagangan (CVU), Pusat Keselamatan Kenderaan dan Biomekanik (VSB), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Ts. Ahmad Saife Salleh berkata operator kenderaan berat dalam negara wajar diberikan insentif untuk menggalakkan adaptasi teknologi keselamatan bagi mengurangkan risiko kemalangan.
JPJ tingkat penguatkuasaan secara digital, kaji penggunaan AI
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan meningkatkan usaha penguatkuasaan secara digital dan mengkaji penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi mengesan pesalah trafik dengan lebih efektif.
Kes demam denggi meningkat, dua kematian direkodkan
Jumlah kes demam denggi meningkat kepada 1,407 kes pada Minggu Epidemiologi ke-51 (ME51), iaitu bagi tempoh 15 hingga 21 Dis lepas berbanding 1,384 kes yang dilaporkan pada minggu sebelumnya.
Djokovic derma kemenangan emas Olimpik buat misi kemanusiaan
Juara Grand Slam 24 kali itu jelas beremosi selepas memastikan kemenangan untuk negaranya dengan kemenangan 7-6 7-6 ke atas pesaingnya.
Djokovic, Alcaraz berentap di pentas final tenis Olimpik 2024
Djokovic menewaskan pemain Itali, Lorenzo Musetti, manakala Alcaraz menyingkirkan pemain Kanada, Felix Auger-Aliassime.
Olimpik Paris 2024: Impian Nadal berakhir selepas kekalahan teruk kepada Djokovic
Rafael Nadal terpaksa melupakan impian untuk menambah koleksi pingat di Sukan Olimpik selepas tewas kepada Novak Djokovic 6-1, 6-4.
Sensasi Alcaraz pertahan gelaran Wimbledon
Di sebalik kemenangan 6-2, 6-2, 7-6(4), Alcaraz tetap percaya lawan dari Serbia itu kekal sebagai 'Superman' dalam arena tenis dunia.
Djokovic tewas peringkat separuh akhir Tenis Terbuka Australia
Novak Djokovic tumpas kepada pemain Itali Jannik Sinner di peringkat separuh akhir kejohanan Terbuka Australia.
Tenis Terbuka Australia: Djokovic berang provokasi 'sang pengecut'!
Djokovic sedikit terusik dengan kata-kata nista yang seakan cuba untuk merapuhkan semangat berkobar-kobar juara 10 kali kejohanan itu.
Piala Davis: Jannik Sinner bantu Itali julang kejuaraan pertama sejak 1976
Pemain nombor empat dunia itu menewaskan Djokovic dan kemudiannya Alex De Minaur pada hari Ahad untuk meraih kemenangan 2-0.
Djokovic menang jelajah akhir ATP ketujuh di Itali
Novak Djokovic memenangi kejuaraan Jelajah Akhir ATP ketujuhnya dengan penuh bergaya, menewaskan pemain tuan rumah Jannik Sinner.
Sensasi gelaran Grand Slam ke-24 Djokovic
Pemain Serbia itu menewaskan Daniil Medvedev 6-3, 7-6 (7/5), 6-3.
Tenis Terbuka AS: Daniil Medvedev kejutkan Carlos Alcaraz untuk ke final
Daniil Medvedev mencipta kejutan dalam Kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat apabila menumbangkan juara bertahan Carlos Alcaraz.