KUALA LUMPUR:Tatkala peminat dan pemerhati sukan tenis mengharapkan Serena Williams mara ke pusingan akhir Terbuka Australia 2021 dan memenangi trofi Grand Slam yang ke-24, bintang Jepun, Naomi Osaka berjaya memusnahkan harapan tersebut apabila mara ke pusingan akhir selepas menundukkan pemain di ranking ke-10 itu dengan 6-3 dan 6-4.
Mengimbau perlawanan sebentar tadi, Osaka memulakan langkah di set pertama dengan perasaan gemuruh manakala Williams bermula dengan cemerlang dan berjaya menguasai permainan dengan 2-0.
Walaupun menerima sokongan dan sorakan hebat daripada penonton di Rod Laver Arena, Williams mula menampilkan aksi ampuh seterusnya mencipta kesempatan buat pemain nombor tiga dunia itu untuk memberi serangan balas dan mendominasi set pertama.
“Saya bermula dengan perasaan yang gentar dan sangat gementar di permulaan set namun saya cuba untuk kembali fokus dan beraksi sebaiknya.
“Ini merupakan penghormatan buat saya untuk beraksi bersamanya di atas gelanggang yang sama.
“Bagi saya, biarpun menentang pemain terbaik dunia, saya tetap menganggap dia (Williams) sebagai lawan yang perlu ditundukkan,” katanya.
Menerusi pusingan kedua yang berdurasi 37 minit itu, Williams yang juga juara tujuh kali Terbuka Australia itu cuba bangkit untuk memenangi set tersebut dan mengheret perlawanan ke set ketiga.
Namun Osaka yang merupakan juara kejohanan pada 2019 itu berjaya mengekalkan momentumnya untuk merekodkan kemenangan straight set dalam aksi tersebut.
Aksi sebentar tadi merupakan pertemuan keempat kedua-dua jaguh tenis itu dan merupakan pertemuan kedua di pentas Grand Slam selepas final Terbuka Amerika 2018.
Osaka bakal bertemu jaguh Amerika Syarikat, Jennifer Brady di pusingan akhir yang dijadual berlangsung pada Sabtu bagi memburu trofi Grand Slam keempat miliknya.
Brady mara buat kali pertama selepas berjaya menewaskan Karolina Muchova dari Republik Czech dengan kemenangan menerusi set pertama dengan 6-4 dan set penentuan 6-4.
Syafik Shukri Jalil
Thu Feb 18 2021
Pertarungan separuh akhir ini merupakan pertemuan keempat Williams-Osaka dan merupakan pertemuan kedua di pentas Grand Slam selepas final Terbuka Amerika 2018. - Foto AP/Andy Brownbill
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama program 2TM
PDRM berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 November 2024
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Dialog Poket Rakyat: Subsidi - Antara Strategi, Realiti & Tingkah Laku Pengguna
Apakah realiti di akar umbi mengenai reformasi ekonomi berkaitan subsidi dan pelaksanaannya? Sejauh mana rakyat bersedia melepaskan kebergantungan mereka terhadap subsidi? Apakah strategi mengurangkan tekanan kewangan dan inflasi? Ini fokus diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Taufan Man-Yi: Bekalan kuasa di Benguet hampir pulih 100 peratus
Benguet Electric Cooperative (beneco) menyasarkan untuk memulihkan kuasa di Benguet yang sebelum ini terjejas akibat dibadai taufan itu. Setakat Khamis, kuasa telah dipulihkan hampir 99.54 peratus daripada 233,411 sambungan pengguna.
MyDigital ID: Memperluas integrasi, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluas integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet, untuk memastikan akses yang lebih cepat dan mudah kepada perkhidmatan kewangan untuk rakyat Malaysia.
PBB akan berusaha cari jalan berkomunikasi dengan Netanyahu
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan berusaha mencari jalan untuk berkomunikasi dengan Benjamin Netanyahu.
AWFF: Kemenangan filem 'Abang Adik' suburkan harapan tersenarai dalam Oscar
Ia menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi atau Oscar ke-97 tahun depan.
Netanyahu sifatkan keputusan ICC sebagai antisemitik
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyifatkan keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran untuk menangkapnya atas dakwaan jenayah perang sebagai antisemitik.
COP29: Adakah capai persetujuaan?
Apabila Persidangan Perubahan Iklim (COP29) dimuktamadkan, adakah capai persetujuan mengenai dana kewangan iklim disalurkan kepada negara membangun?
Naomi Osaka juara Terbuka Australia 2021
Naomi Osaka meraih trofi Grand Slam keempat miliknya selepas berjaya menewaskan Jennifer Brady.
Bangkit dari depresi: Apa yang Beyonce katakan pada Naomi Osaka?
Osaka kini bersedia untuk memberikan tentangan hebat dalam perlawanan sulung tahun 2020 di Brisbane saat berdepan Maria Sakkari, pada Selasa.
'Saya berasa seperti kanak-kanak semula' - Naomi Osaka
Pemain itu meraih kejayaan besar di Flushing Meadows, New York dengan mengalahkan Serena Williams 6-2, 6-4 untuk tampil selaku juara perseorangan Grand Slam yang pertama dari Jepun.