Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Sabtu melahirkan rasa dukacita dan kecewa dengan tindakan sebahagian ahli gabungan FAS yang enggan bersemuka dengan beliau bagi menyelesaikan isu berbangkit yang melanda persatuan itu.
Tengku Amir berkata beliau telah memanggil dan memberi peluang kepada pihak berkenaan untuk bertemu dengannya bagi menyelesaikan perkara berkaitan, namun mereka gagal berbuat demikian.
"Saya hantar surat pun mereka tak datang, berapa kali lagi kita nak panggil (mereka)," kata Tengku Amir dalam satu sidang media di Istana Mestika di sini, pada Sabtu.
Tengku Amir, yang juga Raja Muda Selangor berkata demikian ketika mengulas berhubung tindakan sebahagian anggota persatuan yang menganjurkan Kongres Luar Biasa (EGM) bertujuan melantik anggota jawatankuasa yang baharu bagi badan induk berkenaan, Khamis lepas.
"Itu (penganjuran EGM ) hanya nak buat kacau...nak rebut jawatan, main politik, dan kita tiada masa untuk benda ini. Ini adalah EGM tidak sah sebab tidak ikut peraturan, Saya tidak beri persetujuan apa yang berlaku (pada EGM itu)," katanya.
Ketika ditanya mengenai sebarang tindakan tatatertib yang bakal diambil terhadap anggota gabungan terbabit, Tengku Amir berkata pihaknya akan merujuk kepada prosedur FAS sebelum membuat sebarang keputusan.
"Yang penting kita kena ikut status FAS sekarang, kita perlu bincang dengan peguam dan FAS, dan kita akan ikut prosedur, tetapi fokus kita sekarang kita mahu cari penaja, yakinkan penaja dan perbaiki FAS," katanya.
Dalam pada itu, Tengku Amir berkata beliau juga tidak mengambil serius terhadap desakan sesetengah pihak yang mahu beliau melepaskan jawatan sebagai presiden FAS.
"Saya akan terus bersama FAS, semangat saya bersama FAS. Saya tidak mahu buang masa dengan isu seperti ini...saya mahu fokus kepada bola sepak," tambahnya.
Kongres tersebut menyaksikan semua jawatan termasuk Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan 13 anggota exco FAS menang tanpa bertanding bagi penggal 2017-2021.
Kongres itu turut mengekalkan Tengku Amir sebagai peneraju FAS, namun melakukan perubahan besar bagi jawatan-jawatan lain termasuk timbalan dan naib presiden.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 10 2018

Tengku Amir berkata beliau telah memanggil dan memberi peluang kepada pihak berkenaan untuk bertemu dengannya bagi menyelesaikan perkara berkaitan, namun mereka gagal berbuat demikian. - Twitter FA Selangor

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Piala Datuk Mokhtar Dahari B-18 singkap tirai
Juara dan naib juara kali ini masing-masing akan membawa pulang hadiah lumayan berjumlah RM10,000 dan RM7,000.

Tunku Ismail pernah salur bantuan kewangan kepada Selangor - Subahan
Subahan berkata sumbangan diberikan Tunku Ismail itu disalurkan kepada pasukan Selangor semasa beliau menjadi Presiden FAS dari tempoh 2017-2018.

FAS berhasrat majukan bola sepak wanita menerusi WSL
10 pasukan akan bertanding dalam musim pertama pertandingan liga buat wanita yang julung kali diadakan pada peringkat negeri mulai 29 Nov.

Dr Johan Kamal dilantik sebagai CEO Selangor FC
SFC bakal diuruskan entiti baharu iaitu Red Giants FC Sdn Bhd dan dimiliki beberapa pemegang saham termasuk Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah selaku pemegang saham utama.

FAM tidak terlibat bantu FAS dapatkan khidmat Sumareh
Dr Johan Kamal Hamidon ada menghubunginya bagi mendapatkan kepastian berhubung status pemain kelahiran Gambia itu.

Selangor tarik diri daripada kejohanan bola sepak jemputan di China
FAS mengambil keputusan menarik diri daripada Kejohanan Jemputan Bola Sepak Antarabangsa Piala Meizhou Hakka di Wilayah Guandong, China yang dijadual berlangsung mulai hari ini sehingga 29 Jan.

FAS sasar lahir 250 pengadil di Selangor menjelang akhir 2020
Naib Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAS, Abdul Basith Abdul Hamid berkata beberapa program akan dilaksanakan bagi menarik minat ramai, terutamanya golongan belia, menyertai bidang pengadilan.

Isu denda MFL: Kevin perlu letak jawatan - Posa
Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) menggesa Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Kevin Ramalingam meletak jawatan berikutan isu denda yang dikenakan ke atas persatuannya.

Tengku Amir Shah kecewa anggota FAS tidak mahu selesaikan isu berbangkit
Tengku Amir berkata beliau telah memanggil pihak berkenaan untuk bertemu dengannya bagi menyelesaikan perkara berkaitan, namun mereka gagal berbuat demikian.

Amirudin mahu kemelut landa FAS segera diselesaikan
Walaupun sebelum ini Tengku Amir sudah bertitah enggan mengadakan kongres luar biasa (EGM) dalam badan induk itu, namun beberapa ahli gabungan tetap berdegil.