SAINGAN Piala Datuk Mokhtar Dahari Bawah 18 (B-18) tahun kembali menyingkap tirai dengan perlawanan Sumbangsih menemukan juara bertahan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Kajang menentang SMK Seksyen 7 Shah Alam di Padang Latihan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) Shah Alam pada hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kejohanan, Datuk Emran Kadir berkata, kejuaraan B-18 yang bermula Sabtu hingga 5 November, akan disertai oleh 32 pasukan terbaik dalam kalangan sekolah seluruh Selangor.
Jelasnya, pemilihan sekolah adalah berdasarkan kejayaan pasukan masing-masing di peringkat Majlis Sukan Sekolah Sekolah Daerah (MSSD).
"Idea menganjurkan kejohanan ini dilaksanakan atas titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahu melihat Selangor melahirkan bakat-bakat baharu dan pelapis bola sepak pada masa depan.
"Kita juga amat beruntung kerana KPS Berhad (Kumpulan Perangsang Selangor Berhad) terus menyokong sebagai penaja kejohanan dan juga Sinar Harian yang menjadi akhbar rasmi kejohanan," katanya.
Tambah Emran lagi, juara dan naib juara kali ini masing-masing akan membawa pulang hadiah lumayan berjumlah RM10,000 dan RM7,000.
Jelas Emran, pemain dan penjaga gol terbaik perlawanan akhir juga akan menerima trofi dan sijil penjaring terbanyak kejohanan.
Untuk rekod terdahulu SMK Shah Alam mencipta sensasi apabila muncul juara Piala Datuk Mokhtar Dahari B-15 selepas mengejutkan juara bertahan SMK Dato' Harun Tanjong Karang, 3-2 dalam perlawanan akhir di Padang Bola Sintetik Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Seksyen 19, Shah Alam, Sabtu lalu. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Oct 15 2022

Emran menerima tajaan yang disampaikan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Kewangan & Perkhidmatan Korporat) KPS Berhad, Suzila Khairuddin sambil disaksikan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah. - Foto Sinar Harian
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Piala Datuk Mokhtar Dahari B-18 singkap tirai
Juara dan naib juara kali ini masing-masing akan membawa pulang hadiah lumayan berjumlah RM10,000 dan RM7,000.