PHNOM PENH: Skuad hoki remaja lelaki kebangsaan mengesahkan kemaraan ke final dengan bergaya selepas membenam Thailand 5-0 pada aksi ketiga saingan liga sepusingan temasya Sukan SEA 2023 di padang hoki Stadium Nasional Morodok Techo di sini, hari ini.
Pada pertembungan itu, Malaysia yang meraih kemenangan dalam dua aksi pertama terpaksa menunggu sehingga minit ke-12 untuk memecah kebuntuan gol selepas Shahmie Irfan Suhaimi menyempurnakan pukulan sudut penalti.
Lima minit berselang, gol padang Muhammad Najib Abu Hassan menjadikan kedudukan 2-0 sebelum skuad bimbingan Muhammad Amin Rahim semakin selesa mendahului menerusi jaringan padang Shahmie Irfan pada minit ke-20.
Menghampiri suku ketiga, giliran Mohammad Haris Iskandar Osman mencetak nama sebagai penjaring menerusi gol padang pada minit ke-30 dan Shahmie Irfan melengkapkan hatrik serta kemenangan bergaya pasukan negara hasil penyudah gol padang pada minit ke-49.
Kejayaan mengatasi Thailand itu menyaksikan anak buah Muhammad Amin mencatat kemenangan ketiga berturut-turut untuk menerajui saingan liga dengan mengumpul sembilan mata menjelang aksi terakhir bertemu Indonesia esok.
Selepas tiga perlawanan, Indonesia yang turut mengesahkan tempat ke final kini berada di kedudukan kedua dengan mengumpul tujuh mata diikuti tempat ketiga Thailand (tiga mata), Singapura (satu mata) dan Kemboja tercorot tanpa sebarang mata.
Berdasarkan format pertandingan, dua pasukan yang menamatkan saingan liga sepusingan di kedudukan teratas layak ke final untuk membuat perhitungan merebut pingat emas.
Bercakap kepada Bernama selepas perlawanan hari ini, Muhammad Amin gembira dengan persembahan yang ditunjukkan pasukannya, namun berharap para pemain dapat mengekalkan konsistensi sehingga ke pentas final.
"Kalau lihat memang kita diramalkan untuk menang semua perlawanan dan layak ke final, saya rasa untuk tiga aksi pertama pasukan sudah buat kerja dengan betul dan ada lagi dua perlawanan sebelum kita betul-betul boleh menerima kalungan emas di leher, kita perlu fokus pada dua perlawanan terakhir dengan Indonesia.
"Bagi saya apa yang paling penting adalah konsistensi, kalau pasukan konsisten dalam setiap perlawanan dengan taktikal yang diterapkan saya rasa kita akan bermain setiap perlawanan itu dengan mudah," katanya.
Malaysia merupakan kuasa besar hoki pada temasya Sukan SEA dengan memegang rekod memenangi 16 pingat emas sejak edisi 1971 di Kuala Lumpur.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 13 2023
![Sukan SEA: Skuad hoki negara mudah jinak Thailand 5-0, tepati ramalan ke final Sukan SEA: Skuad hoki negara mudah jinak Thailand 5-0, tepati ramalan ke final](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51683952530_TBsukansea.jpg)
Pemain Malaysia Adam Ashraf ketika beraksi menentang Thailand pada aksi ketiga saingan liga sepusingan Temasya Sukan SEA 2023 di Padang Hoki, Stadium Nasional Morodok Techo. -Bernama
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![Sukan bina badan selari gaya hidup, disiplin PDRM - KPN Sukan bina badan selari gaya hidup, disiplin PDRM - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716167344_TanSriRazarudin.jpg)
Sukan bina badan selari gaya hidup, disiplin PDRM - KPN
Penganjuran acara sukan bina badan dilihat selari dengan imej PDRM pada masa ini yang mengutamakan disiplin dan gaya hidup sihat, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
![Malaysia sedia jadi tuan rumah AUG 2026 - Mustapha Malaysia sedia jadi tuan rumah AUG 2026 - Mustapha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51714789632_AnwarIbrahim.jpg)
Malaysia sedia jadi tuan rumah AUG 2026 - Mustapha
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bersedia untuk menjadi tuan rumah bagi penganjuran temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2026, kata Timbalan Menterinya Datuk Mustapha Sakmud.
![Sukan SEA: Makaf kemuka rayuan kepada Thailand Sukan SEA: Makaf kemuka rayuan kepada Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719209358_TBSukanAsia.jpg)
Sukan SEA: Makaf kemuka rayuan kepada Thailand
Persekutuan Karate Malaysia (Makaf) akan mengemukakan rayuan kepada tuan rumah Thailand, untuk menyenaraikan semula karate untuk dipertandingkan di Sukan SEA 2025.
![Sukan SEA 2027: Sarawak sedia jadi hos bersama, lokasi acara perasmian Sukan SEA 2027: Sarawak sedia jadi hos bersama, lokasi acara perasmian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715267921_TBAbangJo.jpg)
Sukan SEA 2027: Sarawak sedia jadi hos bersama, lokasi acara perasmian
Abang Johari berkata Sarawak juga bersedia untuk berkongsi kos penganjuran Sukan SEA 2027 bersama Kerajaan Persekutuan.
![Sukan SEA 2025: Malaysia kemuka rayuan selepas pengecualian karate, wusyu Sukan SEA 2025: Malaysia kemuka rayuan selepas pengecualian karate, wusyu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718954019_TBNorzaZakaria.jpg)
Sukan SEA 2025: Malaysia kemuka rayuan selepas pengecualian karate, wusyu
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) akan mengemukakan rayuan kepada Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) untuk memasukkan beberapa sukan berpotensi pingat bagi Malaysia dalam Sukan SEA 2025 di Thailand.
![Atlet menembak dinobat olahragawan, olahragawati TLDM 2023 Atlet menembak dinobat olahragawan, olahragawati TLDM 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717344182_TBCALON.jpg)
Atlet menembak dinobat olahragawan, olahragawati TLDM 2023
PAP Mohd Azlan Md Salleh dan Leftenan Nur Suryani Mohamed Taibi dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati TLDM 2023 pada Majlis Apresiasi Kecemerlangan Sukan TLDM.
![Sukan SEA 2027: KBS adakan sesi libat urus lihat impak kewangan terhadap negara Sukan SEA 2027: KBS adakan sesi libat urus lihat impak kewangan terhadap negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71717143059_HannahYeoh.jpg)
Sukan SEA 2027: KBS adakan sesi libat urus lihat impak kewangan terhadap negara
Hannah berkata sesi libat urus itu juga bertujuan melihat sama ada terdapat minat dari negeri lain untuk menjadi tuan rumah bersama Putrajaya.
![Lahir 'Magic Boy': Sudah sampai masa Muay Thai diberi tumpuan - Bernard Lahir 'Magic Boy': Sudah sampai masa Muay Thai diberi tumpuan - Bernard](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71704330437_pasukanMuayThai.jpg)
Lahir 'Magic Boy': Sudah sampai masa Muay Thai diberi tumpuan - Bernard
Bernard optimis Malaysia mampu melahirkan lebih ramai jaguh Muay Thai negara seperti Mohammad Rifdean Masdor untuk diketengahkan di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.
![Ragbi 7s bakal 'berkelana' ke tiga negara Ragbi 7s bakal 'berkelana' ke tiga negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61709362987_FahmyJalil.jpg)
Ragbi 7s bakal 'berkelana' ke tiga negara
Kesatuan Ragbi Malaysia merancang untuk membawa skuad ragbi tujuh sebelah (7s) kebangsaan menjelajah New Zealand, Australia dan Fiji.
![Hup Wei sasar lima tahun Malaysia kembali gah lompat tinggi Sukan SEA Hup Wei sasar lima tahun Malaysia kembali gah lompat tinggi Sukan SEA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81648390488_TBLEEHUPWEI.jpg)
Hup Wei sasar lima tahun Malaysia kembali gah lompat tinggi Sukan SEA
Lee Hup Wei perlu masa lima tahun bagi meletakkan Malaysia kembali sebagai kuasa besar acara lompat tinggi lelaki di pentas Sukan SEA.