PHNOM PENH: Malaysia menamatkan saingan liga sepusingan hoki lelaki Sukan SEA 2023 di kedudukan teratas dengan rekod tanpa kalah selepas menewaskan Indonesia 4-2 pada perlawanan terakhir di sini, hari ini.
Pada aksi yang berlangsung di padang hoki Stadium Nasional Morodok Techo, Malaysia yang telah mengesahkan kemaraan ke final lebih awal, berdepan tentangan sengit sekali gus buntu menemui jaringan hingga menghampiri separuh masa.
Namun, selepas bertahan dengan baik, gawang Indonesia akhirnya dibolosi dua kali dalam tempoh singkat selepas Shahmie Irfan Suhaimi dan Muhammad Najib Abu Hassan masing-masing meledak jaringan padang pada minit ke-28.
Mendahului 2-0, anak buah Muhamad Amin Rahim semakin selesa mengawal permainan apabila Mohammad Harris Iskandar Osman menjadikan kedudukan 3-0 menerusi jaringan padang, sebelum Muhammad Amirul Hamizan Azahar mencetak nama sebagai penjaring selepas menyempurnakan penalti stroke pada minit ke-43.
Bagaimanapun, kealpaan pasukan negara membawa padah yang menyaksikan Indonesia berjaya mengurangkan defisit jaringan selepas Derangga Raditya meledak dua gol, masing-masing menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-44 dan jaringan padang seminit kemudian.
Kejayaan menundukkan Indonesia menyaksikan Malaysia mencatat kemenangan keempat berturut-turut untuk menerajui saingan liga dengan mengumpul 12 mata, menjelang aksi final bertemu Singapura di venue sama, Selasa depan.
"Secara keseluruhan persembahan kurang memberangsangkan. Banyak melakukan kesilapan mudah hingga membenarkan lawan menjaringkan dua gol. Namun keluar dengan kemenangan dan kekal rekod bersih tanpa kalah harus diberi pujian.
"Kita akan gunakan rehat esok dengan baik dan lakukan analisa bagaimana untuk bermain baik serta kembalikan keyakinan pasukan. Siapa pun lawan kami di final, kami akan turun dengan bermati-matian bagi memastikan pingat emas milik pasukan Malaysia," kata Muhamad Amin, di sini.
Singapura melangkah ke final dengan kelebihan jaringan mengatasi Indonesia selepas kedua-dua pasukan berkongsi tujuh mata.
Kejayaan Singapura itu hadir selepas menewaskan Thailand 6-1 pada satu lagi aksi di sini, hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 14 2023

Malaysia menamatkan saingan liga sepusingan hoki lelaki Sukan SEA 2023 di kedudukan teratas dengan rekod tanpa kalah selepas menewaskan Indonesia 4-2 pada perlawanan terakhir, hari ini. - Foto Facebook/Malaysian Hockey Confederation
Agenda AWANI: Penubuhan Majlis Media Malaysia
Adakah penubuhan Majlis Media Malaysia dapat memastikan kebebasan media dalam konteks landskap politik yang semakin dinamik di Malaysia, antara mengimbangi keperluan untuk kawal selia dan risiko penapisan yang berlebihan dalam industri media? Diskusi 9 malam

Putera Mahkota Arab Saudi, Presiden Lubnan adakan perbincangan di Riyadh
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman mengadakan perbincangan rasmi dengan Presiden Lubnan Joseph Aoun di Riyadh pada Isnin malam.

Thailand terima 7 juta pelancong dua bulan pertama 2025
China kekal sebagai pasaran terbesar Thailand dengan 1.05 juta pelawat, diikuti Malaysia (879,864), dan Rusia (504,449).

Lebih 3,000 pemeriksaan menerusi Ops Pantau di seluruh negara - Fuziah
Lokasi tumpuan termasuk bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, pasar awam, pasar basah, pasar raya dan kedai runcit.

Cuaca kering, akses laluan antara cabaran operasi bomba di ladang kelapa
Angin kuat, cuaca panas dan ketiadaan hujan menyebabkan tanah menjadi kering, sekali gus memudahkan api merebak.

Kadar zakat fitrah di Kedah RM7 dan RM14
Pengerusi LZNK Datuk Seri Norizan Khazali berkata kadar zakat fitrah yang ditetapkan adalah sebanyak RM7 dan RM14.
Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Malaysia menyeru kerjasama global yang lebih kukuh dalam usaha membina masa depan yang lebih terhubung, inovatif dan lestari. Ia sekali gus menekankan kepentingan transformasi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan masyarakat.

MWC 2025: EDOTCO komited percepat pelaksanaan 5G, luaskan ketersambungan luar bandar
Kumpulan EDOTCO terus memperkukuh komitmennya terhadap transformasi digital Malaysia dengan mempercepatkan pelaksanaan rangkaian 5G.

Ringgit ditutup sedikit tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik sedikit kepada 4.4635/4680 berbanding 4.4640/4680 ketika ditutup pada Isnin.
Sidang tergempar negara Arab bincang beberapa isu penting
Ia termasuk fasa kedua gencatan senjata Hamas-Israel, pembinaan semula Gaza, serta penubuhan sebuah negara Palestin yang berdaulat.

Sukan SEA: Skuad hoki negara mara ke final dengan bergaya
Malaysia menamatkan saingan liga sepusingan hoki lelaki Sukan SEA 2023 di kedudukan teratas dengan rekod tanpa kalah selepas menewaskan Indonesia 4-2 pada perlawanan terakhir, hari ini.

Sukan SEA: Skuad hoki negara catat kemenangan besar ke atas Kemboja
Skuad hoki lelaki dan wanita negara memulakan kempen Sukan SEA 2023 penuh bergaya apabila mencatat kemenangan besar ke atas lawan masing-masing di Padang Hoki Morodok hari ini.

'Mental kena kuat berdepan Belanda'
Skuad The Speedy Tigers seharusnya tidak terlalu memandang tinggi keupayaan lawan mereka itu sehingga mengundang padah.

Speedy Tigers tewas tipis 2-3 kepada Perancis
Skuad hoki lelaki kebangsaan terus mengalami kekalahan, kali ini tewas tipis 2-3 kepada Perancis pada aksi ketiga Siri Jelajah Belgium yang berlangsung di Waterloo Ducks Hockey Club.

'Speedy Tigers' layak ke Piala Dunia 2023
Skuad hoki lelaki negara berjaya menempah slot ke Piala Dunia 2023, yang dijadual berlangsung di India pada 13 hingga 29 Jan tahun depan.

Harimau Malaysia lawan Great Britain untuk tiket Tokyo
Skuad hoki lelaki Malaysia kini siap sedia menghadapi tugas berat dalam usaha untuk melayakkan diri menyertai Tokyo Olympics 2020.

Malaysia muncul juara Kejohanan Empat Negara
Skuad hoki lelaki negara mendapat tonik tambahan menjelang pusingan kelayakan Sukan Olimpik 2020 Tokyo, November ini, apabila muncul juara Kejohanan Jemputan Empat Negara di Terrassa, Sepanyol, hari i

Laluan getir menanti skuad hoki dalam kelayakan Olimpik 2020
Kemungkinan Malaysia bertemu Jerman, New Zealand, Sepanyol atau Kanada untuk layak ke Tokyo, kata ketua jurulatih negara, Roelant Oltmans.

Bukan laluan mudah di Jakarta - Van Huizen
Dalam misi meraih pingat emas pertama pada Sukan Asia, skuad hoki lelaki negara tidak akan mengambil mudah cabaran di temasya sukan tersebut.

Skuad hoki negara akhiri musim 2016 tanpa sebarang kejuaraan
Masih banyak perlu dilakukan untuk menghadapi pusingan kedua Liga Dunia di Trinidad & Tobago, Mac tahun depan.