KUALA LUMPUR: Skuad hoki lelaki negara berjaya menempah slot ke Piala Dunia 2023, yang dijadual berlangsung di India pada 13 hingga 29 Jan tahun depan.
Ini berikutan India, yang terlebih dahulu mengesahkan tempat ke kejohanan berprestij itu atas kapasiti tuan rumah layak ke kelompok 'Super 4' Piala Asia 2022 di Jakarta, selepas 'meratah' tuan rumah Indonesia 16-0 hari ini.
Dengan itu, tiga lagi pasukan dalam kelompok 'Super 4' layak secara automatik ke Piala Dunia itu.
Kemenangan besar itu menyaksikan India menduduki tempat kedua Kumpulan A dengan mengumpul empat mata, di belakang pendahulu Jepun yang mengutip sembilan mata.
Hanya dua pasukan terbaik dari dua kumpulan dalam Piala Asia 2022 layak ke kelompok 'Super 4' yang menggunakan format liga sepusingan bermula Sabtu ini.
Terdahulu, Malaysia layak ke 'Super 4' selaku juara Kumpulan B selepas melakar rekod cemerlang menang tiga perlawanan berturut-turut dengan membelasah Oman 7-0 pada Isnin lepas, diikuti kemenangan ke atas Korea Selatan 5-4 sehari kemudian selain kemenangan besar 8-1 ke atas Bangladesh hari ini.
Korea Selatan yang muncul naib juara Kumpulan B turut menyertai Malaysia, Jepun dan India ke kelompok 'Super 4'.
Pasukan kendalian A. Arul Selvaraj bakal memulakan cabaran 'Super 4' menentang Korea Selatan Sabtu ini diikuti India (29 Mei) dan Jepun (31 Mei) manakala final berlangsung pada 1 Jun.
Dua pasukan terbaik dalam 'Super 4' akan berentap merebut trofi Piala Asia 2022.
Kali terakhir Malaysia layak ke Piala Dunia adalah pada edisi 2018 di India yang menyaksikan mereka menduduki tempat ke-15.
Pencapaian terbaik pasukan negara adalah pada edisi 1975 ketika menjadi hos kejohanan itu dengan mereka muncul sebagai pasukan keempat terbaik.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 26 2022

Skuad hoki lelaki negara berjaya menempah slot ke Piala Dunia 2023, yang dijadual berlangsung di India pada 13 hingga 29 Jan tahun depan. - Gambar fail/BERNAMA
Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Malaysia menyeru kerjasama global yang lebih kukuh dalam usaha membina masa depan yang lebih terhubung, inovatif dan lestari. Ia sekali gus menekankan kepentingan transformasi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan masyarakat.

Ringgit ditutup sedikit tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik sedikit kepada 4.4635/4680 berbanding 4.4640/4680 ketika ditutup pada Isnin.
Sidang tergempar negara Arab bincang beberapa isu penting
Ia termasuk fasa kedua gencatan senjata Hamas-Israel, pembinaan semula Gaza, serta penubuhan sebuah negara Palestin yang berdaulat.
KWSP Kekal Kukuh dengan Strategi Pelaburan Seimbang
KWSP terus menunjukkan prestasi kukuh melalui strategi pelaburan seimbang, memastikan pulangan kompetitif kepada pencarum meskipun dalam keadaan pasaran yang tidak menentu.
[TERKINI] Ismail Sabri beri keterangan di SPRM esok - Azam Baki
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dirinya.
Agenda AWANI: Rasuah kecil atau besar, lawan!
Bagaimana siasatan kes rasuah berprofil tinggi seperti yang melibatkan bekas pemimpin politik mempengaruhi persepsi dan keyakinan rakyat terhadap integriti institusi awam di Malaysia? Diskusi 8.30 malam

Curi RM300,000: Pegawai, anggota polis antara 21 individu diambil keterangan
Polis telah mengambil keterangan 21 individu termasuk dua polis masing-masing pegawai dan anggota yang didakwa mencuri RM300,000 di Bukit Jalil, baru-baru ini.
AWANI Ringkas: Harga Barang | Parlimen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Taklimat Harian | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Campur beras sejak 70-an untuk penuhi cita rasa pengguna - Mat Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menjelaskan tindakan mencampurkan beras putih tempatan bersama beras import bertujuan bagi memenuhi cita rasa pengguna tempatan selain untuk menghasilkan variasi jenama di pasaran.

Skuad Speedy Tigers perlu pamer 'hasil terbaik' tahun ini - Mirnawan
Pasukan hoki lelaki kebangsaan perlu mempamerkan 'hasil terbaik' menerusi setiap kejohanan antarabangsa yang bakal disertai tahun ini.

MHL 2025 peluang pemain bukti kehebatan untuk sertai Speedy Tigers - Sarjit
Liga Hoki Malaysia (MHL) 2025 menjadi platform pemilihan pemain untuk menyertai skuad hoki kebangsaan, kata Ketua Jurulatih Sarjit Singh.

ACT: The Speedy Tigers akhiri cabaran di tempat keenam
Skuad hoki negara mengakhiri saingan Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia (ACT) di tempat keenam selepas tewas kepada Jepun.

Speedy Tigers tutup kempen Eropah dengan kekalahan
Skuad hoki lelaki kebangsaan menamatkan kempen jelajah Eropah dengan satu lagi kekalahan, kali ini tumpas kepada India, 1-2, di Zwolle Hockey Club, Belanda pada Ahad.

Sarjit kecewa persembahan Speedy Tigers selepas dibelasah Jerman
Ketua jurulatih pasukan hoki lelaki negara, Sarjit Singh nyata kecewa dengan prestasi anak buahnya ketika dibelasah 10-1 oleh Jerman.

Speedy Tigers adakan Siri Jelajah Eropah bulan depan
Speedy Tigers akan menghadapi tujuh perlawanan menentang Belgium, Jerman, Belanda dan India dalam jelajah selama dua minggu itu.

Piala Negara-Negara: Speedy Tigers akhiri kempen di tempat ketujuh
Malaysia menang 5-4 ke atas Austria dan menduduki tempat ketujuh daripada sembilan negara dalam kempen Piala Negara-Negara 2024.

Piala Negara-Negara: Speedy Tigers atasi Kanada 4-2
Ia kemenangan sulung Speedy Tigers dalam saingan itu selepas seri dalam perlawanan pembukaan menentang Pakistan dan tewas kepada Perancis.

Hatrik Muhammad Azrai Aizad bantu Speedy Tigers kejutkan New Zealand 6-4
Sarjit menuntut anak buahnya untuk sekali lagi menampilkan aksi terpuji apabila menentang Jepun Rabu ini.

SASC: Speedy Tigers bangkit tewaskan Kanada 6-2
Pasukan hoki lelaki negara bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menewaskan Kanada 6-2 pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-30, malam ini.