Skuad hoki lelaki negara berdepan tugas getir untuk merebut peluang terakhir ke Sukan Olimpik 2020 Tokyo apabila dijangka berdepan dengan salah satu daripada empat negara - Jerman, New Zealand, Sepanyol atau Kanada pada pusingan kelayakan terakhir Olimpik pada Oktober dan November ini.
Kemungkinan Malaysia bertemu salah satu daripada empat negara ini untuk layak ke Tokyo, kata ketua jurulatih negara, Roelant Oltmans.
Beliau berkata mengikut ranking terbaru Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) minggu lalu, skuad Malaysian Tigers di ranking ke-12 dunia kemungkinan menentang pasukan yang menghuni ranking antara tujuh hingga ke-10.
Juara Olimpik tiga kali, Jerman menduduki ranking ketujuh diikuti New Zealand (8), Sepanyol (9) dan Kanada yang menghuni ranking ke-10 dunia.
"Berdasarkan ranking semasa, kemungkinan ini adalah antara pasukan lawan yang akan kita bertemu. Bagaimanapun, ranking pasukan akan berubah selepas mata ditambah, hasil daripada kutipan mata pada kejohanan benua, September ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada sesi latihan skuad negara di sini, hari ini.
Mengikut format FIH, pasukan yang diundi pada saingan kelayakan terakhir itu akan bermain secara timbali balik dengan pemenang layak ke Tokyo.
Dalam pada itu, Roelant berkata anak buahnya sedang menunjukkan kemajuan positif dalam sesi latihan khusus dalam ujian kecergasaan yang dijalankan baru-baru ini.
"Saya positif dengan perkembangan pasukan tetapi yang pasti, kami hanya tahu kemajuan sebenar apabila bertemu pasukan handalan dunia pada siri Jelajah Eropah mulai 21 Julai ini," katanya.
Kemungkinan senarai 20 pemain ke Jelajah Eropah akan dumumkan Khamis ini, katanya.
Skuad Malaysian Tigers akan berlepas ke Eropah pada 21 Julai ini bagi mengadakan beberapa perlawanan ujian dan persahabatan dengan pasukan Jerman, Sepanyol, Belanda, Belgium, England dan Ireland sebagai persiapan menghadapi saingan kelayakan terakhir Olimpik.
Selepas Jelajah Eropah, skuad negara akan mengambil bahagian dalam perlawanan ujian pra-Olimpik di Tokyo dengan pasukan Jepun, Australia dan New Zealand dari 19 hingga 23 Ogos ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 08 2019

Kemungkinan Malaysia bertemu Jerman, New Zealand, Sepanyol atau Kanada untuk layak ke Tokyo, kata ketua jurulatih negara, Roelant Oltmans. - Gambar fail
Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Malaysia menyeru kerjasama global yang lebih kukuh dalam usaha membina masa depan yang lebih terhubung, inovatif dan lestari. Ia sekali gus menekankan kepentingan transformasi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan masyarakat.

MWC 2025: EDOTCO komited percepat pelaksanaan 5G, luaskan ketersambungan luar bandar
Kumpulan EDOTCO terus memperkukuh komitmennya terhadap transformasi digital Malaysia dengan mempercepatkan pelaksanaan rangkaian 5G.

Ringgit ditutup sedikit tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik sedikit kepada 4.4635/4680 berbanding 4.4640/4680 ketika ditutup pada Isnin.
Sidang tergempar negara Arab bincang beberapa isu penting
Ia termasuk fasa kedua gencatan senjata Hamas-Israel, pembinaan semula Gaza, serta penubuhan sebuah negara Palestin yang berdaulat.
KWSP Kekal Kukuh dengan Strategi Pelaburan Seimbang
KWSP terus menunjukkan prestasi kukuh melalui strategi pelaburan seimbang, memastikan pulangan kompetitif kepada pencarum meskipun dalam keadaan pasaran yang tidak menentu.
[TERKINI] Ismail Sabri beri keterangan di SPRM esok - Azam Baki
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dirinya.
Agenda AWANI: Rasuah kecil atau besar, lawan!
Bagaimana siasatan kes rasuah berprofil tinggi seperti yang melibatkan bekas pemimpin politik mempengaruhi persepsi dan keyakinan rakyat terhadap integriti institusi awam di Malaysia? Diskusi 8.30 malam

Curi RM300,000: Pegawai, anggota polis antara 21 individu diambil keterangan
Polis telah mengambil keterangan 21 individu termasuk dua polis masing-masing pegawai dan anggota yang didakwa mencuri RM300,000 di Bukit Jalil, baru-baru ini.
AWANI Ringkas: Harga Barang | Parlimen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Taklimat Harian | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Julang Piala TNB misi seterusnya Faizal Saari
Penyerang prolifik itu menyifatkan dengan menjuarai piala itu bakal menjadi simbol penguasaan THT dalam kancah Liga Hoki Malaysia (MHL).

THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.

THT kembali ungguli carta Liga Hoki Malaysia
Ia merupakan kemenangan kelapan berturut-turut THT untuk mengumpul 24 mata setakat ini, mengatasi TNB di tangga kedua dengan 21 mata.

AGM KLHA: Tandatangan didakwa palsu, sebuah persatuan hoki digantung
Terdapat dakwaan pemalsuan tandatangan dalam borang pencalonan menjelang AGM KLHA Sabtu ini.

Young Tigers tempah slot ke separuh akhir Piala Remaja Asia 2024
Young Tigers sah ke peringkat separuh akhir dan Piala Dunia Remaja tahun depan serta akan bertemu India esok untuk memburu slot ke final.

Piala Remaja Asia: Malaysia teruskan rentak kemenangan belasah tuan rumah
Malaysia kini menerajui Kumpulan B dengan enam mata daripada dua perlawanan dan akan menghadapi Bangladesh bagi perlawanan ketiga pada Sabtu ini.

Piala Remaja Asia Lelaki: Young Tigers bermula garang, belasah China 5-2
Skuad remaja negara memulakan kempen Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia (Lelaki) 2024 dengan cemerlang apabila membelasah China 5-2 dalam aksi pembukaan.

ACT Wanita: Malaysia tewas tipis 1-2 kepada Jepun
Malaysia memperoleh gol tunggal menerusi jaringan padang Nur Iman Adawiyah Mohd Suhami pada minit ke-26.

ACT Wanita: Malaysian Tigress bangkit, tundukkan Korea Selatan 2-1
Ia merupakan kemenangan pertama skuad negara selepas dua aksi pusingan round robin yang berkesudahan dengan tewas kepada India dan China.