Skuad hoki lelaki negara mendapat tonik tambahan menjelang pusingan kelayakan Sukan Olimpik 2020 Tokyo, November ini, apabila muncul juara Kejohanan Jemputan Empat Negara di Terrassa, Sepanyol, hari ini.
Skuad Malaysian Tigers dinobatkan juara selepas menamatkan kempen liga sepusingan itu apabila seri 3-3 dalam aksi terakhir menentang pasukan ranking keenam dunia, England.
Sebelum ini, skuad bimbingan Roelant Oltmans mengejutkan Sepanyol 4-3 pada Khamis lalu dan Ireland 2-1 sehari kemudian untuk mengungguli saingan dengan tujuh mata diikuti Sepanyol dengan empat mata manakala England dan Ireland masing-masing memperoleh dua mata.
Pada pertemuan dengan England, skuad negara melakukan kejutan awal apabila mendahului 2-0 seawal 10 minit pertama perlawanan menerusi jaringan sudut penalti oleh Muhammad Razie Abdul Rahim pada minit ketiga dan Mohammad Fitri Saari pada minit kesembilan.
Bagaimanapun, England bangkit menyamakan kedudukan menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan oleh Sam Ward pada minit ke-24 dan jaringan Christopher Griffiths pada minit ke-34.
Skuad Malaysian Tigers sekali lagi mendahului kedudukan menerusi jaringan padang Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil pada minit ke-54 tetapi kedudukan tersebut hanya mampu bertahan selama tiga minit apabila Phil Roper menyelamatkan maruah England dengan gol penyamaan.
Skuad kini dalam siri Jelajah Eropah dengan melakukan kejutan besar selepas mengalahkan bekas juara dunia dua kali, Jerman, 4-2 di Krefeld, Jerman, pada 26 Julai lalu dan tewas tipis 1-0 kepada Sepanyol.
Skuad negara meneruskan siri ujian dengan menentang pasukan ranking ketiga dunia dan juara dunia tiga kali, Belanda, pada Selasa dan Khamis ini, diikuti dengan pasukan nombor dua dunia, Belgium pada 10 dan 12 Ogos ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 04 2019

GAMBAR FAIL: Skuad hoki negara bergambar kenangan sebelum berangkat ke Eropah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sempena siri Jelajah Eropah sebelum mengadapi pusingan kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020. - BERNAMA
Agenda AWANI: Penubuhan Majlis Media Malaysia
Adakah penubuhan Majlis Media Malaysia dapat memastikan kebebasan media dalam konteks landskap politik yang semakin dinamik di Malaysia, antara mengimbangi keperluan untuk kawal selia dan risiko penapisan yang berlebihan dalam industri media? Diskusi 9 malam

Putera Mahkota Arab Saudi, Presiden Lubnan adakan perbincangan di Riyadh
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman mengadakan perbincangan rasmi dengan Presiden Lubnan Joseph Aoun di Riyadh pada Isnin malam.

Thailand terima 7 juta pelancong dua bulan pertama 2025
China kekal sebagai pasaran terbesar Thailand dengan 1.05 juta pelawat, diikuti Malaysia (879,864), dan Rusia (504,449).

Lebih 3,000 pemeriksaan menerusi Ops Pantau di seluruh negara - Fuziah
Lokasi tumpuan termasuk bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, pasar awam, pasar basah, pasar raya dan kedai runcit.

Kadar zakat fitrah di Kedah RM7 dan RM14
Pengerusi LZNK Datuk Seri Norizan Khazali berkata kadar zakat fitrah yang ditetapkan adalah sebanyak RM7 dan RM14.
Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Malaysia menyeru kerjasama global yang lebih kukuh dalam usaha membina masa depan yang lebih terhubung, inovatif dan lestari. Ia sekali gus menekankan kepentingan transformasi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan masyarakat.

MWC 2025: EDOTCO komited percepat pelaksanaan 5G, luaskan ketersambungan luar bandar
Kumpulan EDOTCO terus memperkukuh komitmennya terhadap transformasi digital Malaysia dengan mempercepatkan pelaksanaan rangkaian 5G.

Ringgit ditutup sedikit tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik sedikit kepada 4.4635/4680 berbanding 4.4640/4680 ketika ditutup pada Isnin.
Sidang tergempar negara Arab bincang beberapa isu penting
Ia termasuk fasa kedua gencatan senjata Hamas-Israel, pembinaan semula Gaza, serta penubuhan sebuah negara Palestin yang berdaulat.
KWSP Kekal Kukuh dengan Strategi Pelaburan Seimbang
KWSP terus menunjukkan prestasi kukuh melalui strategi pelaburan seimbang, memastikan pulangan kompetitif kepada pencarum meskipun dalam keadaan pasaran yang tidak menentu.

Pasukan hoki negara tumpas 6-4 kepada Belanda
Pasukan nombor tiga dunia, Belanda, memulakan pesta gol mereka seawal minit kedua menerusi Mirco Pruijser, namun pasukan nombor 12 dunia, Malaysia menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-11.

Malaysia muncul juara Kejohanan Empat Negara
Skuad hoki lelaki negara mendapat tonik tambahan menjelang pusingan kelayakan Sukan Olimpik 2020 Tokyo, November ini, apabila muncul juara Kejohanan Jemputan Empat Negara di Terrassa, Sepanyol, hari i