PHNOM PENH: Skuad angkat berat negara boleh menarik nafas lega apabila berjaya menepati sasaran meraih satu pingat gangsa dalam acara berkenaan pada Sukan SEA 2023 hari ini.
Atlet muda, Nur Syazwani Radzi menghadiahkan pingat gangsa itu dalam kategori 64 kilogram (kg) wanita pada hari terakhir acara angkat berat dipertandingkan di Dewan Taekwondo Olimpik di sini.
Pencapaian itu sekali gus menebus kekecewaan kem angkat berat negara apabila badang negara Muhammad Erry Hidayat yang menjadi sandaran membawa pulang satu gangsa pada temasya kali ini tidak berjaya berbuat demikian selepas gagal menamatkan saingan dalam kategori 73 kg lelaki, semalam.
Atlet berusia 20 tahun itu yang membuat penampilan pertama pada temasya di sini, melakukan angkatan keseluruhan 184kg dengan mencatat 80kg bagi snatch dan 104 untuk clean and jerk.
Pingat emas acara berkenaan menjadi milik wakil Indonesia Tsabitha Alfiah Ramadani yang melakukan jumlah angkatan keseluruhan 204kg (snatch 97kg, clean and jerk 107kg) manakala peserta Vietnam Thi Thu Uyen Dinh membawa pulang perak dengan catatan 194kg (snatch 96kg, clean and jerk 98kg).
Ketika ditemui pemberita, Nur Syazwani berkata ketika kategori snatch, dia cuba mengerahkan seluruh tenaga bagi melakukan angkatan seberat 104kg bagi memastikan dapat meraih pingat gangsa.
"Sebelum giliran saya, atlet dari Indonesia dan Vietnam melakukan angkatan mereka. Saya rasa perlu melakukan angkatan lebih baik jika mahu bawa pulang pingat.
"Saya gembira dapat lakukan angkatan sempurna...jika diikutkan catatan terbaik pernah saya lakukan dalam snatch adalah 106kg," katanya yang berasal dari Bukit Pinang, Kedah.
Sebelum ini, PABM menyasarkan skuad negara dapat membawa pulang satu pingat gangsa menerusi Muhammad Erry.
Ia berikutan, dua lagi jaguh angkat berat negara, Muhamad Aznil Bidin dan Mohamad Aniq Kasdan tidak menyertai temasya di Kemboja kerana mereka perlu menyertai kejohanan lain yang menjanjikan kutipan mata kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 15 2023
Nur Syazwani yang membuat penampilan pertama pada temasya di sini, melakukan angkatan keseluruhan 184kg dengan mencatat 80kg bagi snatch dan 104 untuk clean and jerk. - Foto/Facebook Majlis Sukan Negara
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
ISTAF cadang kurangkan pengadil menerusi teknologi baharu
ISTAF bakal membawa cadangan untuk mengurangkan jumlah pengadil dalam perlawanan serta memberikan pengadil kuasa untuk memanggil challenge (cabaran) sebagai langkah penambahbaikan.
PSM setia dengan Ahmad Jais
Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) memutuskan untuk mengekalkan khidmat Ahmad Jais Baharun sebagai ketua jurulatih skuad sepak takraw lelaki kebangsaan.
Papan Selaju: Momo mula persiapan hadapi Sukan SEA 2025
Program pembangunan yang diusahakan pasukan the Razkals sudah bermula sejak 2020 untuk cuba melayakkan atlet Malaysia ke Olimpik pada 2028.
Keputusan Sabah tidak jejas persiapan Sukan SEA 2027 - Hannah
Persiapan penganjuran Sukan SEA 2027 tidak terjejas meskipun Sabah memutuskan mahu mempertimbangkan semula cadangan menjadi penganjur bersama.
KOM 'pantau' pemenang emas SUKMA 2024
Acara olahraga yang berlangsung selama lima hari pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 menyaksikan satu rekod kebangsaan dan 11 rekod temasya baharu dirakamkan.
PM Anwar setuju Sarawak jadi penganjur bersama Sukan SEA 2027
Perdana Menteri berkata, perkara itu akan dibentang dan disahkan dalam mesyuarat jemaah menteri pada Rabu depan.
Sarawak tunggu kelulusan KBS berhubung penganjuran bersama Sukan SEA 2027
Sarawak sedang menunggu keputusan serta kelulusan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berhubung kesediaannya menjadi penganjur bersama Sukan SEA 2027.
Kerajaan perlu belanja RM235 juta anjur Sukan SEA, Para ASEAN 2027 - Hannah
Kerajaan Persekutuan perlu membelanjakan kira-kira RM235 juta bagi menganjurkan temasya Sukan SEA dan Para ASEAN 2027.
SUKMA 2024: Bukan hanya kejuaraan, Sarawak juga mahu lahirkan atlet bertaraf antarabangsa
Edisi ke-21 SUKMA dapat menjadi kayu pengukur bagi menilai keupayaan Sarawak untuk menjadi tuan rumah acara di peringkat lebih tinggi khususnya selepas menawarkan diri menjadi hos bersama Sukan SEA.
Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama Sukan SEA 2027 - Hannah
Pulau Pinang menjadi negeri terbaharu selepas Sarawak untuk menjadi hos bersama penganjuran temasya Sukan SEA 2027, menurut Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.