KUALA LUMPUR: Pengurus skuad terjun negara Datuk Leong Mun Yee, melahirkan kebimbangannya terhadap fasiliti baharu di Pusat Akuatik My Dinh pada Sukan SEA ke-31 di Hanoi, Vietnam, bulan hadapan.
Mun Yee berkata antara fasiliti yang menjadi kebimbangannya adalah keadaan papan serta platform di venue pertandingan berkenaan.
"Cuma kita risau di Vietnam nanti adalah kesemuanya fasiliti baharu, kita kena uji keadaan papan serta platform dahulu.
"Ini kerana penerjun kita punya kesukaran terjunan agak tinggi dan semua penerjun akan pilih darjah kesukaran yang tinggi," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Bekas atlet kebangsaan itu juga memaklumkan, barisan kejurulatihan akan membuat keputusan akhir, berhubung acara bakal disertai anak buahnya di Hanoi, selepas menilai persembahan mereka pada 'Malaysia Invitational Age Group Championships' di Ipoh, Perak, pada 22 dan 23 April ini.
Selain menyifatkan persiapan kem terjun negara berjalan lancar setakat ini, pembantu jurulatih skuad terjun kebangsaan itu berharap agar kesemua atlet lebih berhati-hati bagi mengelakkan diri daripada mengalami sebarang kecederaan sebelum aksi di Vietnam nanti.
Sementara itu, Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan SEA Hanoi Datuk Nur Azmi Ahmad yakin terhadap kemampuan Mun Yee dalam membantu skuad negara menyapu bersih kesemua lapan pingat emas ditawarkan tuan rumah.
"Saya percaya pengurus pasukan yang juga bekas atlet Mun Yee sudah tentunya nak tonjolkan diri dan saya lihat dia yakin dengan atlet yang ada," katanya pada sidang media selepas meninjau persiapan atlet renang, terjun, gimnastik, gimrama, serta wushu di Bukit Jalil hari ini.
Sukan SEA Hanoi dijadual berlangsung pada 12-23 Mei ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 11 2022

Mun Yee berkata antara fasiliti yang menjadi kebimbangannya adalah keadaan papan serta platform di venue pertandingan berkenaan. - Bernama

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Penerjun perlu terus gandakan usaha capai prestasi optimum
Selepas melakar pencapaian memberangsangkan di Sukan Asia Hangzhou 2022, skuad terjun negara perlu bersiap sedia dari segi mental dan fizikal untuk mengharungi musim yang penuh mencabar tahun depan.

Mun Yee tubuh akademi terjun, mahu lahirkan juara Olimpik
Bekas penerjun negara, Datuk Leong Mun Yee berharap dapat melahirkan juara Sukan Olimpik pada masa depan menerusi penubuhan akademinya, "DLMY x DSA" (DSwim Academy) hari ini.

Sukan SEA: Cabaran berat menanti skuad terjun wanita - Mun Yee
Ketiadaan Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri boleh meletakkan Malaysia dalam situasi sukar.

Piala Dunia Terjun FINA: Persiapan singkat punca penerjun negara gagal menyerlah
Malaysia menghantar tiga wakil dalam kejohanan itu tetapi terpaksa akur pulang dengan tangan kosong.

Terjun: Mun Yee jadi orang kanan Li Rui
Satu lagi berita baik menanti bekas ratu terjun negara Datuk Leong Mun Yee, selepas beliau dianugerahkan pingat membawa gelaran Datuk, baru-baru ini.

Masih ada tugas belum selesai buat Mun Yee bersama MS
Mun Yee akan bersama MS bagi membantu penerjun muda di Bukit Jalil bermula minggu hadapan.

Tidak mustahil Dhabitah bersaing acara 10m platform di Paris 2024 - Bryan
Nur Dhabitah Sabri merupakan antara calon yang boleh dipertimbangkan bagi mengisi kelompongan ditinggalkan Leong Mun Yee.

Olimpik Tokyo: Harapan raih pingat pertama tidak kesampaian, ini rangkuman kontinjen Malaysia hari ini
Suasana mengecewakan menyelubungi kontinjen Malaysia pada hari kelima temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Olimpik Tokyo: 'Kami sudah lakukan yang terbaik' - Pandelela
"Kami sudah melakukan yang terbaik," demikian reaksi ratu terjun negara Pandelela Rinong selepas tamat acara 10 meter platform seirama wanita Sukan Olimpik Tokyo di Pusat Akuatik Tokyo, hari ini.

Olimpik Tokyo: Pandelela-Mun Yee gagal butir pingat pertama negara
Meskipun cemerlang memulakan dua terjunan pertama, kesilapan besar mereka dalam baki tiga terjunan selepas itu mengundang padah.