KUALA LUMPUR: Bekas penerjun negara Leong Mun Yee masih mempunyai tugas yang belum selesai dengan Persatuan Renang Malaysia (MS) walaupun telah secara rasmi bersara sebagai atlet terjun kebangsaan pada Jumaat.
Mun Yee berkata beliau akan bersama MS bagi membantu penerjun muda di Bukit Jalil, di sini, bermula minggu hadapan.
"Saya akan tetap bersama pasukan kerana MS telah meminta membantu mereka berikutan kekurangan jurulatih sehingga jurulatih baharu tiba tidak lama lagi," katanya ketika dihubungi Bernama semalam.
Sementara itu, bekas atlet kelahiran Ipoh itu mengakui beliau tidak menyesal bersara daripada sukan terjun selepas hampir sepanjang hayatnya menceburi sukan itu.
"Kebanyakannya sebab saya ada set sasaran saya sendiri, saya juga tidak terfikir kekal (dalam sukan terjun) sampai 27 tahun. Saya rasa memang berbaloi (pengorbanan) and saya tidak menyesal apa-apa," katanya.
Sehubungan itu, beliau memaklumkan akan meneruskan fokus menamatkan pengajian Sarjana Komunikasi Korporat di Universiti Putra Malaysia (UPM).
Mengenai hasrat menubuhkan akademi terjunnya sendiri, Mun Yee berkata ia masih dalam perancangan dan berharap ia akan berjalan lancar.
Penampilan terakhir Mun Yee ialah pada Sukan Olimpik Tokyo tahun lepas, bergandingan dengan ratu terjun, Datuk Pandelela Rinong dalam acara 10 meter platform seirama wanita.
Bagaimanapun, ia bukan terjunan terbaik daripada gandingan negara itu apabila sekadar menduduki tempat kelapan.
Mun Yee, yang menceburi sukan terjun sejak berusia 10 tahun merupakan antara penerjun negara paling berjaya dengan meraih banyak pingat termasuk perak pada Sukan Komanwel 2010 di India, gangsa di Sukan Asia 2014 di Korea Selatan dan dua emas pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
Mun Yee juga merupakan penerjun Malaysia pertama bersama Pandelela memenangi pingat gangsa dalam acara 10 meter platform seirama wanita pada Kejohanan Dunia FINA 2019 di Rom, Itali, selain mencipta sejarah apabila Malaysian Book of Records (MBOR) menamakan beliau sebagai atlet wanita pertama layak ke empat Sukan Olimpik pada 2012.
Hanya jaguh badminton Datuk Lee Chong Wei dan pelayar negara Kelvin Lim bertanding dalam empat sukan Olimpik, setakat ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 01 2022
![Masih ada tugas belum selesai buat Mun Yee bersama MS Masih ada tugas belum selesai buat Mun Yee bersama MS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/61641074734_TBMUNYEE.jpg)
Mun Yee memaklumkan akan meneruskan fokus menamatkan pengajian Sarjana Komunikasi Korporat di UPM. - Foto Astro ARENA
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![Penerjun perlu terus gandakan usaha capai prestasi optimum Penerjun perlu terus gandakan usaha capai prestasi optimum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71696482777_TBLeongMunYee.jpg)
Penerjun perlu terus gandakan usaha capai prestasi optimum
Selepas melakar pencapaian memberangsangkan di Sukan Asia Hangzhou 2022, skuad terjun negara perlu bersiap sedia dari segi mental dan fizikal untuk mengharungi musim yang penuh mencabar tahun depan.
![Mun Yee tubuh akademi terjun, mahu lahirkan juara Olimpik Mun Yee tubuh akademi terjun, mahu lahirkan juara Olimpik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71680945298_TBDIVINGPROGRAM.jpg)
Mun Yee tubuh akademi terjun, mahu lahirkan juara Olimpik
Bekas penerjun negara, Datuk Leong Mun Yee berharap dapat melahirkan juara Sukan Olimpik pada masa depan menerusi penubuhan akademinya, "DLMY x DSA" (DSwim Academy) hari ini.
![Sukan SEA: Cabaran berat menanti skuad terjun wanita - Mun Yee Sukan SEA: Cabaran berat menanti skuad terjun wanita - Mun Yee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41679901607_LeongMunYee.jpg)
Sukan SEA: Cabaran berat menanti skuad terjun wanita - Mun Yee
Ketiadaan Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri boleh meletakkan Malaysia dalam situasi sukar.
![Piala Dunia Terjun FINA: Persiapan singkat punca penerjun negara gagal menyerlah Piala Dunia Terjun FINA: Persiapan singkat punca penerjun negara gagal menyerlah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71666648981_LeongMunYee.jpg)
Piala Dunia Terjun FINA: Persiapan singkat punca penerjun negara gagal menyerlah
Malaysia menghantar tiga wakil dalam kejohanan itu tetapi terpaksa akur pulang dengan tangan kosong.
![Terjun: Mun Yee jadi orang kanan Li Rui Terjun: Mun Yee jadi orang kanan Li Rui](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71644503833_LeongMunYee.jpg)
Terjun: Mun Yee jadi orang kanan Li Rui
Satu lagi berita baik menanti bekas ratu terjun negara Datuk Leong Mun Yee, selepas beliau dianugerahkan pingat membawa gelaran Datuk, baru-baru ini.
![Masih ada tugas belum selesai buat Mun Yee bersama MS Masih ada tugas belum selesai buat Mun Yee bersama MS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/61641074734_TBMUNYEE.jpg)
Masih ada tugas belum selesai buat Mun Yee bersama MS
Mun Yee akan bersama MS bagi membantu penerjun muda di Bukit Jalil bermula minggu hadapan.
![Tidak mustahil Dhabitah bersaing acara 10m platform di Paris 2024 - Bryan Tidak mustahil Dhabitah bersaing acara 10m platform di Paris 2024 - Bryan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/81628498669_TBDHABITAH.jpg)
Tidak mustahil Dhabitah bersaing acara 10m platform di Paris 2024 - Bryan
Nur Dhabitah Sabri merupakan antara calon yang boleh dipertimbangkan bagi mengisi kelompongan ditinggalkan Leong Mun Yee.
![Olimpik Tokyo: Harapan raih pingat pertama tidak kesampaian, ini rangkuman kontinjen Malaysia hari ini Olimpik Tokyo: Harapan raih pingat pertama tidak kesampaian, ini rangkuman kontinjen Malaysia hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/41627372220_PandelelaRinong.jpg)
Olimpik Tokyo: Harapan raih pingat pertama tidak kesampaian, ini rangkuman kontinjen Malaysia hari ini
Suasana mengecewakan menyelubungi kontinjen Malaysia pada hari kelima temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.
![Olimpik Tokyo: 'Kami sudah lakukan yang terbaik' - Pandelela Olimpik Tokyo: 'Kami sudah lakukan yang terbaik' - Pandelela](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/61627385604_PandelelaRinong.jpg)
Olimpik Tokyo: 'Kami sudah lakukan yang terbaik' - Pandelela
"Kami sudah melakukan yang terbaik," demikian reaksi ratu terjun negara Pandelela Rinong selepas tamat acara 10 meter platform seirama wanita Sukan Olimpik Tokyo di Pusat Akuatik Tokyo, hari ini.
![Olimpik Tokyo: Pandelela-Mun Yee gagal butir pingat pertama negara Olimpik Tokyo: Pandelela-Mun Yee gagal butir pingat pertama negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/41627372220_PandelelaRinong.jpg)
Olimpik Tokyo: Pandelela-Mun Yee gagal butir pingat pertama negara
Meskipun cemerlang memulakan dua terjunan pertama, kesilapan besar mereka dalam baki tiga terjunan selepas itu mengundang padah.