PHNOM PENH: Pemain perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao melangklah ke suku akhir Sukan SEA Kemboja 2023 selepas mengatasi wakil Singapura, Joel Koh Jia Wei, pada pusingan kedua, di sini, hari ini.
Selaku pilihan ketiga, Jun Hao terpaksa berhempas pulas pada set pertama untuk melakarkan kemenangan 23-21 sebelum mudah mencipta kemenangan 21-14 pada set kedua dalam saingan selama 38 minit.
Jun Hao mengakui bahawa keghairahannya untuk memenangi set pertama selepas menikmati kelebihan enam mata pada 20-14 hampir mengundang padah apabila Joel berjaya membuat kebangkitan untuk menyamakan kedudukan pada 20-20 sebelum bertenang untuk memenangi set pertama dengan hanya margin dua mata.
"Ketika di penghujung set pertama, fikiran saya hanya mahu habiskan perlawanan dengan cepat. Walaupun saingan agak sukar, namun saya berjaya mengatasi dan harap ini permulaan baik di sini," katanya kepada pemberita selepas perlawanan tersebut di Dewan Badminton Morodok Techo, di sini.
Sementara itu, Jun Hao, pemain nombor ke-64 dunia, berkata beliau tidak memandang remeh kemampuan lawanannya, Joel Angelo Albo dari Filipina di suku akhir.
Joel Angelo mara ke suku akhir selepas menundukkan pemain Myanmar, Zaw Lin Htoo, 21-13, 21-15.
Walaupun hanya lima hari digandingkan sebelum tiba di sini, beregu campuran negara, Yap Roy King-Cheng Su Yin, tidak mengahadapi masalah untuk mengesahkan tiket ke suku akhir apabila menewaskan pasangan Singapura, Donovan Willard Wee-Xiao En Heng, 21-14, 21-17.
Roy King-Su Ying akan berdepan dengan pasangan Kemboja, Vannthoun Vath-Kimloung Lim di suku akhir selepas pasangan tuan rumah itu mudah mengalahkan wakil Filipina, Zidane Ovaldo-Zoraida Dela Torre, 21-6, 21-8, pada pusingan kedua.
Roy King berkata beliau gembira untuk mara ke suku akhir selepas merasakan lawan mereka dari Singapura itu tidak bersedia untuk menentang mereka dan berharap untuk ke separuh akhir.
Cheah pula berkata mereka masih dalam usaha mencari rentak dan berharap dapat beraksi sebaik mungkin dalam temasya dwitahunan itu.
Sementara itu, pemain perseorangan wanita negara, Ong Xin Yee, ditunjukkan jalan keluar di pusingan kedua oleh pemain Indonesia, Ester Nurumi Tri Wardoyo, 21-15, 21-18.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 13 2023
Jun Hao terpaksa berhempas pulas pada set pertama untuk melakarkan kemenangan 23-21 sebelum mudah mencipta kemenangan 21-14 pada set kedua dalam saingan selama 38 minit. - Gambar fail
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
ISTAF cadang kurangkan pengadil menerusi teknologi baharu
ISTAF bakal membawa cadangan untuk mengurangkan jumlah pengadil dalam perlawanan serta memberikan pengadil kuasa untuk memanggil challenge (cabaran) sebagai langkah penambahbaikan.
PSM setia dengan Ahmad Jais
Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) memutuskan untuk mengekalkan khidmat Ahmad Jais Baharun sebagai ketua jurulatih skuad sepak takraw lelaki kebangsaan.
Papan Selaju: Momo mula persiapan hadapi Sukan SEA 2025
Program pembangunan yang diusahakan pasukan the Razkals sudah bermula sejak 2020 untuk cuba melayakkan atlet Malaysia ke Olimpik pada 2028.
Keputusan Sabah tidak jejas persiapan Sukan SEA 2027 - Hannah
Persiapan penganjuran Sukan SEA 2027 tidak terjejas meskipun Sabah memutuskan mahu mempertimbangkan semula cadangan menjadi penganjur bersama.
KOM 'pantau' pemenang emas SUKMA 2024
Acara olahraga yang berlangsung selama lima hari pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 menyaksikan satu rekod kebangsaan dan 11 rekod temasya baharu dirakamkan.
PM Anwar setuju Sarawak jadi penganjur bersama Sukan SEA 2027
Perdana Menteri berkata, perkara itu akan dibentang dan disahkan dalam mesyuarat jemaah menteri pada Rabu depan.
Sarawak tunggu kelulusan KBS berhubung penganjuran bersama Sukan SEA 2027
Sarawak sedang menunggu keputusan serta kelulusan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berhubung kesediaannya menjadi penganjur bersama Sukan SEA 2027.
Kerajaan perlu belanja RM235 juta anjur Sukan SEA, Para ASEAN 2027 - Hannah
Kerajaan Persekutuan perlu membelanjakan kira-kira RM235 juta bagi menganjurkan temasya Sukan SEA dan Para ASEAN 2027.
SUKMA 2024: Bukan hanya kejuaraan, Sarawak juga mahu lahirkan atlet bertaraf antarabangsa
Edisi ke-21 SUKMA dapat menjadi kayu pengukur bagi menilai keupayaan Sarawak untuk menjadi tuan rumah acara di peringkat lebih tinggi khususnya selepas menawarkan diri menjadi hos bersama Sukan SEA.
Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama Sukan SEA 2027 - Hannah
Pulau Pinang menjadi negeri terbaharu selepas Sarawak untuk menjadi hos bersama penganjuran temasya Sukan SEA 2027, menurut Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.