HANOI: Skuad berbasikal MTB kebangsaan mencipta pencapaian bersejarah apabila merangkul pingat emas pertama acara berganti-ganti rentas desa campuran pada Sukan SEA ke-31 yang berlangsung di wilayah Hoa Binh, Vietnam, hari ini.
Ia merupakan emas pertama Malaysia dalam sukan itu sepanjang penganjuran temasya Sukan SEA dengan pencapaian terbaik sebelum itu adalah pingat perak pada edisi 2011 yang menjadi pingat terakhir diraih kem berbasikal MTB negara.
Pada saingan final hari ini, skuad kebangsaan dibarisi Ahmad Syazrin Awang Ilah, Zulfikri Zulkifli, Nur Assyira Zainal Abidin dan Natahsya Soon merekodkan masa 1 jam, 23 minit dan 14 saat untuk muncul juara sekali gus menghadiahkan Malaysia emas ke-20 pada temasya sukan dwitahunan itu.
Pasukan tuan rumah yang diwakili Van Linh Dinh, Thi Nhu Quynh Dinh, Van Nhat Bui dan Thi Thom Ca terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas mencatat masa 1'23.48s.
Pingat gangsa menjadi milik gandingan Phunsiri Sirimongkhon, Warinthorn Phetpraphan, Supuksorn Nuntana dan Keerati Sukprasart dari Thailand dengan masa 1'24.54s.
Pengurus pasukan, Firdaus Arshad menyifatkan kejayaan itu sesuatu yang menakjubkan apabila skuad kebangsaan yang dilabel sebagai pasukan 'underdog' berjaya mencipta kejutan.
Katanya pencapaian hari ini dipengaruhi semangat kem negara yang sedang membara rentetan kejayaan membanggakan Nur Assyira dan Natahsya selepas masing-masing menghadiahkan pingat perak dan gangsa dalam acara Merentas Desa di venue sama, semalam.
"Bagi saya ini satu kejayaan yang luar biasa, tetapi suntikan semangat itu daripada acara semalam apabila kami datang dengan penetapan minda merendah diri tetapi yakin untuk mencipta kejutan raih pingat dalam acara individu mahupun berpasukan.
"Kami sebenarnya sasarkan untuk membawa pulang sekurang-kurangnya satu pingat pada Sukan SEA kali ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Kejayaan meraih masing-masing satu perak dan gangsa semalam menamatkan kemarau 11 tahun kem berbasikal MTB negara pada temasya Sukan SEA.
Pada edisi 2011 di Indonesia, atlet wanita Masziyaton Mohd Radzi menghadiahkan perak menerusi acara Merentas Desa sekali gus memperbaiki pencapaiannya pada edisi 2009 di Laos apabila membawa pulang gangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 17 2022
Skuad kebangsaan dibarisi Ahmad Syazrin Awang Ilah, Zulfikri Zulkifli, Nur Assyira Zainal Abidin dan Natahsya Soon merekodkan masa 1 jam, 23 minit dan 14 saat untuk muncul juara.- Foto Facebook MSN
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
ISTAF cadang kurangkan pengadil menerusi teknologi baharu
ISTAF bakal membawa cadangan untuk mengurangkan jumlah pengadil dalam perlawanan serta memberikan pengadil kuasa untuk memanggil challenge (cabaran) sebagai langkah penambahbaikan.
PSM setia dengan Ahmad Jais
Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) memutuskan untuk mengekalkan khidmat Ahmad Jais Baharun sebagai ketua jurulatih skuad sepak takraw lelaki kebangsaan.
Papan Selaju: Momo mula persiapan hadapi Sukan SEA 2025
Program pembangunan yang diusahakan pasukan the Razkals sudah bermula sejak 2020 untuk cuba melayakkan atlet Malaysia ke Olimpik pada 2028.
Keputusan Sabah tidak jejas persiapan Sukan SEA 2027 - Hannah
Persiapan penganjuran Sukan SEA 2027 tidak terjejas meskipun Sabah memutuskan mahu mempertimbangkan semula cadangan menjadi penganjur bersama.
KOM 'pantau' pemenang emas SUKMA 2024
Acara olahraga yang berlangsung selama lima hari pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 menyaksikan satu rekod kebangsaan dan 11 rekod temasya baharu dirakamkan.
PM Anwar setuju Sarawak jadi penganjur bersama Sukan SEA 2027
Perdana Menteri berkata, perkara itu akan dibentang dan disahkan dalam mesyuarat jemaah menteri pada Rabu depan.
Sarawak tunggu kelulusan KBS berhubung penganjuran bersama Sukan SEA 2027
Sarawak sedang menunggu keputusan serta kelulusan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berhubung kesediaannya menjadi penganjur bersama Sukan SEA 2027.
Kerajaan perlu belanja RM235 juta anjur Sukan SEA, Para ASEAN 2027 - Hannah
Kerajaan Persekutuan perlu membelanjakan kira-kira RM235 juta bagi menganjurkan temasya Sukan SEA dan Para ASEAN 2027.
SUKMA 2024: Bukan hanya kejuaraan, Sarawak juga mahu lahirkan atlet bertaraf antarabangsa
Edisi ke-21 SUKMA dapat menjadi kayu pengukur bagi menilai keupayaan Sarawak untuk menjadi tuan rumah acara di peringkat lebih tinggi khususnya selepas menawarkan diri menjadi hos bersama Sukan SEA.
Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama Sukan SEA 2027 - Hannah
Pulau Pinang menjadi negeri terbaharu selepas Sarawak untuk menjadi hos bersama penganjuran temasya Sukan SEA 2027, menurut Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.